Seronok bila tengok anak makan berselera. Barulah mak-mak rasa lega bila anak kekenyangan dan paling penting boleh tambahkan berat badan anak.
Pun begitu, nak bantu anak naikkan berat badannya biarpun dengan nutrisi yang betul. Jangan asyik minum air dan makanan bergula tinggi untuk anak.
Jom ikuti panduan dari Dr Mazliana Mazlan untuk tip naikkan berat badan anak dengan makanan sumber yang tepat.
Naikkan berat badan anak dengan makanan berkualiti.
Cara macam ni, mungkin lambat sikit dan ibu kena lebih kreatif. Tapi, berbaloi dan beri kesan baik untuk jangka masa panjang, insyaAllah.
Antaranya;
– Anak makin suka explore makanan baru
– Anak kurang memilih dan picky eater
– Anak kurang nak makan minum manis
– Anak tak ketagih makanan tinggi proses
Milo, susu kotak, susu formula, susu full cream, kuih manis, biskut, roti. Ini pun boleh naikkan berat badan anak, tapi ibu ayah perlu lebih teliti belek bahagian bahan ramuan dan juga fakta nutrisi.
Kemudian buat conscious decision, makanan minuman tersebut elok tak untuk anak dalam jangka masa panjang, jika diambil secara berterusan atau secara harian.
Kita taknak berat anak naik sebab sugar overload. Kita nak berat dari nutrisi yang betul-betul anak perlukan. Berat naik sebab khasiat makanan sebenar, bukan berat gula.
Ads
Usaha kenalkan, semua kumpulan makanan ni untuk anak.
1. Protein
– Daging lembu, ayam, kambing
– Ikan sardin segar, ikan kembung
– Telur
– Homemade nugget, meatball, burger, pastikan dari isi ayam dan daging sebenar
– Kekacang almond, cashew, walnut
– Tofu, tempe
2. Lemak baik
– Minyak kelapa
– Minyak zaitun
– Pure butter
– Ghee minyak sapi
– Tallow lemak sapi
– Santan
3. Karbohidrat
– Nasi
– Bihun
– Laksa
Ads
4. Tenusu
– Susu kambing segar
– Susu lembu segar
– Susu tepung lembu atau kambing tanpa campuran
– Yogurt asli tanpa campuran
– Cheese asli tanpa campuran
5. Buah dan sayur
– Ubi keledek
– Ubi kentang
– Isi kelapa
– Avokado
– Kurma
– Pisang
– Buah tin
Ada banyak lagi contoh yang korang boleh pilih. Berbanding hanya terus terima cadangan untuk berikan anak susu kotak atau milo. Ianya ultra processed food.
Sesekali ambil, mungkin tak ada masalah. Tapi bila anak ambil secara harian, risiko ketagihan sangat tinggi. Ketagih dengan gula yang ada dalam tu.
Ads
Kita usaha sama-sama ya, belajar kenalkan anak dengan real food, berbanding makanan tinggi proses.
Wow best giler! Inilah peluang untuk semua followers Pa&Ma dan Pn Nad Masrom bersama rakan-rakan menyambut MINGGU PENYUSUAN SEDUNIA bersama-sama di WEBINAR PENYUSUAN – SYOKNYA SUSUKAN ANAK!
Tunjukkan kuasa ibu menyusu mampu gegarkan webinar ini dengan kehadiran seramai yang boleh. Sambil-sambil itu kita tambah lagi ilmu penyusuan.
Bukan itu sahaja ya, ada banyak hadiah cabutan menarik kita sediakan. Antaranya, baucar penginapan 2H 1M di hotel best, pam susu elektrik serta banyak lagi.
Menyebut G6PD mungkin ada diantara kita kedengaran bunyinya begitu asing. Pun begitu, hakikatnya G6PD pada dasarnya tidaklah perlu bahaya dan tidak perlu dirisaukan andai tahu pantang larangnya. Namun jika tersalah langkah, boleh undang bahaya. Oleh itu, nak tahu lanjut, ikuti perkongsian daripada doktor ini untuk info bersama.
G6PD dan Pengambilan Ubat-ubatan
Ramai ibu bapa yang risau apabila mengetahui anak mereka menghidap penyakit kekurangan enzim G6PD. Sebenarnya apakah penyakit ini dan adakah ia sesuatu yang berbahaya?
Glucose-6-phosphate dehydrogenase (G6PD) ialah sejenis enzim yang terdapat di dalam sel darah merah. Fungsinya adalah untuk menstabilkan membran sel darah merah. Paras enzim G6PD yang rendah merupakan satu penyakit bawaan genetik yang ditentukan oleh bahan baka yang dibawa oleh kromosom X. Oleh itu, kebanyakan pesakit yang mempunyai kekurangan enzim G6PD adalah lelaki, manakala perempuan pula biasanya adalah pembawa.
Kekurangan enzim G6PD adalah keadaan seumur hidup dan tiada rawatan khas yang dapat menyembuhkan G6PD kerana rawatan biasanya tidak diperlukan sekiranya penghidap tidak menunjukkan sebarang komplikasi yang lebih buruk.
Pesakit kekurangan enzim G6PD ini amat mudah mengalami keadaan kekurangan sel darah merah atau dikenali juga sebagai anemia apabila mereka terdedah kepada ubat-ubatan tertentu, makanan dan bahan-bahan tertentu atau jangkitan. Apabila terdedah kepada unsur-unsur ini, pemecahan sel-sel darah merah atau dikenali juga sebagai hemolisis akan berlaku seterusnya menyebabkan anemia.
Pada kebiasaanya, kebanyakan pesakit yang mempunyai kekurangan enzim G6PD ini jarang menunjukkan sebarang gejala atau komplikasi. Jika berlaku hemolisis anemia atau krisis sel darah merah pecah, dapatkan rawatan di hospital dengan segera. Antara gejala penyakit anemia adalah seperti sesak nafas, pucat, sakit dada, tidak bermaya, pening, degupan jantung yang laju, penyakit kuning (jaundice) dan pembesaran limpa.
Semua bayi baru lahir akan disaring untuk mengenalpasti penyakit kekurangan enzim G6PD dengan menggunakan darah daripada tali pusatnya. Bayi-bayi baru lahir yang dikesan mempunyai kekurangan enzim G6PD ini perlu diperhatikan di dalam wad untuk suatu jangka masa tertentu kerana mereka boleh mendapat penyakit kuning (jaundice) yang serius dengan cepat, akibat daripada hemolisis berlebihan.
Paras bilirubin pada tahap tertentu boleh memindahkan toksin ke otak dan menyebabkan risiko terencat akal. Bayi yang mendapat penyakit kuning (jaundice) perlu diletakkan di bawah lampu (fototerapi) untuk menurunkan tahap bilirubin dalam darah. Walau bagaimanapun ibu bapa tidak perlu terlalu risau kerana keadaan kekurangan enzim G6PD ini biasanya tidak menjejaskan perkembangan dan tumbesaran kanak-kanak.
Bagi kanak-kanak dan orang dewasa yang kekurangan enzim G6PD, mereka perlu berhati-hati terhadap pemakanan dan ubat untuk mengelakkan berlakunya hemolisis. Pesakit perlu mengetahui jenis ubat-ubatan dan bahan-bahan makanan yang perlu dielakkan.
Pesakit yang menghidap kekurangan enzim G6PD perlu mengelakkan bahan-bahan yang boleh menyebabkan sel darah merah pecah. Antara contohnya adalah elakkan perkara-perkara yang berisiko tinggi seperti makan kacang parang, terdedah kepada ubat gegat, mengambil sesetengah antibiotik yang mengandungi sulfur, ubat tradisional, ubat anti-malaria, udara yang mengandungi bahan kimia dan ubat nyamuk yang mengandungi pyrethium.
Terdapat ubat-ubatan alternatif yang selamat dan boleh digunakan oleh pesakit kekurangan enzim G6PD dalam rawatan penyakitnya. Namun, semua ubat-ubatan yang diambil haruslah atas nasihat doktor atau ahli farmasi. Selain daripada itu, pesakit kekurangan enzim G6PD dinasihatkan untuk memaklumkan kepada doktor setiap kali sebelum menerima apa-apa rawatan di hospital atau klinik kesihatan bagi memastikan ubat-ubatan yang diterima adalah selamat untuk mereka.
Jika pesakit kekurangan enzim G6PD termakan ubat-ubatan yang boleh menyebabkan hemolisis akut atau syaki mengalami gejala hemolisis, pesakit hendaklah berhenti ambil ubat tersebut serta-merta dan mendapatkan rawatan daripada doktor segera. Dalam keadaan hemolisis akut yang serius, pemindahan darah mungkin akan diberikan. Namun, ibu bapa juga perlu tahu bahawa apabila ubat atau makanan yang terlibat dihentikan, proses hemolisis akan berhenti dan pemulihan secara spontan berlaku. Kesan sampingan berpanjangan dan berterusan jarang berlaku.
Selain daripada menjaga pemakanan, ibu-ibu yang menyusukan bayi yang kekurangan enzim G6PD pula perlu berhati-hati kerana terdapat juga ubat-ubat yang diambil boleh memasuki susu ibu. Walaupun begitu, tidaklah bermaksud ibu ini tidak boleh menyusukan bayi mereka, mereka hanya perlu berbincang dahulu dengan doktor atau ahli farmasi agar jenis ubat yang sesuai diberikan.
Pesakit yang mengalami penyakit kekurangan enzim G6PD boleh menjalani kehidupan secara normal dengan mengambil perhatian yang serius terhadap diet dan ubat. Pesakit digalakkan untuk berbincang dengan doktor atau pegawai farmasi terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang ubat-ubatan untuk memastikan ubat yang diterima selamat untuk pesakit dan tidak akan menyebabkan hemolisis berlebihan berlaku.
Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan ubat-ubatan, pesakit atau orang awam boleh menghubungi Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (NPCC) melalui talian 1 800-88-6722.
Disediakan Oleh
Melinda Kwan
Pegawai Farmasi
Hospital Queen Elizabeth, Sabah
Perkongsian wanita ini berkenaan kakaknya yang berjaya turunkan berat badan setelah amalkan pengambilan makanan yang khusus setiap malam benar-benar memotivasikan dirinya untuk melakukan teknik yang sama untuk turunkan berat badan.
Apa yang menarik, menu istimewa tersebut cukup mudah disediakan dan nampak begitu enak. Jadi sesiapa pun boleh sediakannya, dan resipinya ada dikongsikan di sini.
Semoga dengan cara ini turut berhasil untuk yang lain juga. Jadi tunggu apa lagi, jom baca perkongsiannya dan mulakan diet yang konsisten.
Tak boleh jadi nih! Berat badan kakak saya dah turun daripada 79kg – 73kg sebab makan ni je setiap malam. Saya nekad ni, saya nekad nak kurus mcm dia jugakk.
Ok tadi dah pegi beli semua bahan2nya. Korang tu Mana yang dah mula rasa lemak badan dah Tak Tau nak pegi Mana bolehlah try menu ni. Marilah Kita!
Bahan2
Epal hijau – ikut suka berapa bijik nak letak
Ikan kembong – rebus dan carik2 isinya
Bawang besar
Limau kasturi
Garam halus
Cara buat Ada dekat Setiap gambar.
Step 1 : Epal tu racik halus-halus canggitu. Ikutlah nak buang kulit ke tak nak. Kalau rasa nak kunyah lama-lama macam makan chewing gum tu tak yah buang kulit dia. Saya pun silap pergi buang pulak kulitnya tadi, patutlah laju je menelan.
Step 2 : Potong, racik dan hancur-hancurkan bawang macam tu. Pakai pisau je takyah pakai blender.
Step 3 : Ikan tu ambil isinya sahaja, then gaulkan semua bahan macam dalam gambar ini. Jangan lupa tabur garam halus sedikit sahaja. Perah limau kasturi, letak dalam 7 – 8 biji pun tak apa, lagi masam lagi sedap.
Siap dah, sekejap sahaja habis ni cayalah. Korang trylah buat, kita nak kurus kan.
MASA MAKAN
Waktu pengambilan menu ni antara pukul 7-8malam SAHAJA Tau. Pastu jangan makan Pape dah, kok lapar sangat telan air masak mati je
Sumber : Nazuhaina Azu via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Mengamalkan minum herba tradisional memang dikatakan terlalu banyak kebaikannya. Salah satu jenis minuman herba untuk penjagaan kesihatan tubuh badan adalah air asam kunyit. Menurut mereka yang mengamalkan minuma ini, dikatakan akan merasakan badan lebih bertenaga, segar dan ringan sahaja malah masalah keputihan juga dapat diatasi.Untuk lebih lanjut ikuti perkongsian daripada Puan Nabilah yang juga turut berkongsi resipi untuk menghasilkan minuman istimewa ini. Jom semak!
Saya amalkan minum setiap pagi sebelum sarapan dan malam sebelum tidur. Biasanya saya minum lepas makan malam. Saya jarakkan masa sebab nak tidur saya makan jamu. Alhamdulillah best jugak rasa badan.
Rasa dia macam air asam jawa yang dalam botol tu. Tapi best yang ni lagi lah. Huhu. Habis ni nak buat lagi.
AIR ASAM KUNYIT MABELES
Bahan:
Kunyit hidup
Asam jawa
Manjakani (optional, jika tak nak letak tak apa. Saya letak sebiji je *takut pahit)
Gula perang/madu/gula batu (ikut citarasa, saya guna gula perang)
Cara penyediaan:
1. Ketuk kunyit. Kemudian rebus/reneh dengan manjakani.
2. Rebus air satu periuk, renihkan sehingga jadi separuh periuk.
3. Letak asam jawa secukup rasa dan gula perang. (Cukup sekadar rasa)
4. Sejukkan dan masukkan dalam botol/tupperware. Simpan dalam peti. Minum secawan pagi dan malam.
KEBAIKAN:
1. KUNYIT
Cuci darah dan kotoran dalaman,kecutkan rahim (elok untuk kurangkan buncit), kecutkan semua jenis ketumbuhan dalaman (boleh cegah kanser), pulihkan luka-luka dalaman, naikkan seri muka, buang angin, elakkan tombong/rahim keluar/rahim jatuh.
2. ASAM JAWA
Untuk buang lemak, bagi kesegaran tubuh badan, membantu buang air besar.
3. MANJAKANI
Pulihkan otot dalaman, dengan kata lain ketatkan kembali ‘aset’ lepas bersalin. Mampu untuk tegangkan balik segala ‘aset-aset’ kewanitaan. Untuk awet muda kurangkan masalah keputihan, cepatkan penyembuhan luka jahitan dan sebagainya.
1. Boleh buat banyak-banyak dan simpan dalam peti.
2. Boleh juga letak halia (ikut cita rasa)
3. Jangan minum waktu period dan wanita hamil dilarang sama sekali.
sumber : Nabilah Mohd Nawi
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Gara-gara tidak mementingkan kesihatan diri, seorang pemuda menderita menghidapi sakit buah pinggang kronik.Ia berlaku akibat tidak menjaga pemakanan hariannya dengan mengamalkan tabiat makanan tidak...