Sekali lagi, anak pelakon, Rita Rudaini berkongsi khabar gembira apabila anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin berjaya memperoleh keputusan cemerlang. Lebih bangga anak sulungnya itu telah meraih Anugerah Pengetua. Tahniah Ryan!
Muat naik di Instagram milik pelakon itu berkongsi kegembiraan kejayaan anaknya telah meraih perhatian wargamaya.
Foto berkenaan memaparkan keputusan Purata Nilaian Gred (GPA) 3.842 yang diraih Ryan di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sungai Besar, Selangor.
Menerusi kapsyennya pelakon Mami Jarum Junior
itu meluahkan rasa syukur dengan kejayaan anaknya.“Alhamdulillah…Ryan dapat anugerah pengetua lagi hari ini ni.”
Terima kasih HR ryan mami ustazah @norfaiza8 wakil kan untuk Ryan
“…flyhigh Ryan…”
NETIZEN KAGUM KECEMERLANGAN ANAK
Dalam pada itu, meninjau di ruangan komen, rata- rata wargamaya mengucapkan tahniah kepada anak pelakon itu yang menunjukkan kecemerlangan dalam akademik.
“Hebat ibunya tahniah rayyan
“Congrats ryan! Fly high. Kejar 4 flat
“berkat doa ibu.. semoga berjaya dunia akhirat rayyan
“Tahun gemilang bt mommy & anak-anak.”
Artikel Trending:
Caruman i-Sayang Untuk Suami Hargai Isteri, Dah Ramai Rupanya Dah Buat
Pelajar Tingkatan 1 Kongsi video Sebelum Maut Jatuh Dari Tingkat 8 Bangunan Sekolah
Terdahulu, pada tahun lepas, Ryan yang menuntut mengikuti aliran Ulul Albab di Maktab Rendah Sains MARA Sungai Besar meraih GPA 3.99 dan disenaraikan sebagai 10 pelajar terbaik bagi Tingkatan Dua.
Kecemerlangan anak sulung Rita Rudaini bukan sahaja dalam bidang akademik tetapi bidang sukan.
Sebagaimana baru-baru ini, Rayyan meleburkan beberapa rekod balapan Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) Sabak Bernam 2024.
Lebih manis lagi Rayyan dalam proses untuk bergelar Huffaz al-Quran dalam tempoh dua tahun lagi semasa di Tingkatan Lima.
Sumber: Instagram ritrud727
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my