Suami mana yang tidak risau dengan keadaan isterinya bila asyik batuk, tentu akan di bawa berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan. Pun begitu, baru-baru ini pelakon versatil Datuk Fizz Fairuz merasa hairan berkenaan rawatan yang diterima isterinya di mana Datin Almy Nadia perlu menjalani pemeriksaan X-ray di muka untuk merawat penyakit batuk yang dialaminya.
Persoalan ini dikongsikan oleh Fizz Fairuz dalam satu hantaran video di Instagramnya.
“Masuk hospital, sebab batuk tapi kena scan (X-tray) muka, hahaha” tulisnya meluahkan rasa pelik.
Di dalam hantaran video tersebut juga warganet dapat melihat keadaan Almy Nadia yang sedang batuk apabila cuba menjawab persoalan yang diajukan oleh suaminya itu. Hal ini sekali gus mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata risau dengan keadaan Almy Nadia.
Tidak dengan itu, ramai juga yang turut berkongsi pengalaman berkenaan prosedur yang dijalankan ketika mendapat rawatan akibat batuk berpanjangan.
“Perlu kalau jumpa pakar ENT 😷😅 nanti akan ct scan lepas tu akan nampak punca lain pulak sinus or else,”terang salah seorang pengikutnya.
Ads
“Saya penah kena, batuk lebih sebulan.. G klinik, buat xray, g farmasi, klinik komuniti, no choice terpaksa g hospital terus.. Buat xray, doktor cakap ayooo kuman sudah banyak.. so kena admit wad 6 ari, buat test tu test Ini… Last dapat darah tinggi… 😂😂😂 Kekal sampai arini.. Moga dato dan isteri dikurniakan kesihatan yang baik dan dilindungi Allah SWT selalu 😍😍😍,” tulis yang lain pula.
“Saya batuk teruk hari tu doc scan belakang badan,”komen yang lain pula.
“Saya pernah kena batuk camni dato datin…rupanya simtom nak getd gastric , anxiety bagai…macam-macam ubat dah cuba…gi kk barulah ok,” cerita yang lain pula.
Sekarang ni cuaca tak menentu. Sekejap panas, sekejap hujan. Kalau time panas tu, nak keluar tengahari pun tak lalu tau! Terik sangat, kena kulit memang terasa mencucuk panasnya.
Bila dah cuaca macam tu, mula la mencari air sejuk! Dah minum air tak puas dah habis, dimakannya pula ais tu.
Meskipun pada pandangan mata ia seperti perlakuan remeh, namun tabiat suka mengunyah ketulan ais sebenarnya berisiko merosakkan gigi manusia.
Melalui satu perkongsian di laman Facebook rasmi Medical Mythbuster Malaysia, Dr Muhammad Iqbal menegur para ‘pengunyah tegar ais’ bahawa ada risiko buruk menanti mereka tanpa disedari.
Ujarnya, hal ini kerana tabiat mengunyah ais boleh menyebabkan kehilangan struktur gigi. Walaupun proses tersebut berlaku pada skala mikro ataupun sangat kecil, namun kesannya akan ketara jika semakin lama dan banyak jumlah air batu yang telah digigit. Jom ikuti perkongsiannya!
Kalau anda seorang pemakan atau pengunyah ais tegar, anda sebenarnya sedang menjahanamkan gigi anda tanpa anda sedar. Sikit-sikit gigi anda akan mengalami kehilangan struktur gigi yang bersifat mikro.
Makin banyak dan lama anda kunyah ais, makin banyak struktur gigi yang hilang.
Ini dinamakan “Abfraction”. Gigi anda akan berlubang tapi bukan berlubang macam tak gosok gigi tu. Gigi anda akan “berlekuk”, terutamanya di bahagian leher gigi.
Ini disebabkan oleh kesan trauma yang berpanjangan ke atas gigi anda akibat daripada kerap mengunyah sesuatu yang keras seperti ais.
Kesan daripada “abfraction” ini akan menyebabkan gigi lama kelamaan akan menjadi sensitif, dan jika tak dibendung, gigi boleh patah dan pecah kerana telah banyak struktur gigi yang hilang tanpa disedari.
Mari saya ceritakan tentang makan ais ini.
Saya pernah dapat seorang pesakit ni, mengadu gigi geraham dia pecah. Bila saya check, mulutnya bersih, gigi semua tak ada rosak kecuali yang pecah tu. Satu gigi je.
Dia memang ada tabiat mengunyah ais lepas makan-makan di kedai. Sambil berborak-borak dia ambil seketul ais dan kunyah. Lepas satu, satu.
Pecah gigi dia tu, sampai nampak saluran akar. Eh tak sakit ke? Dia jawab tak. Maknanya bukan sahaja gigi pecah, tapi saluran saraf mengalami trauma. Terus ‘mati mengejut’.
Jadi untuk rawat gigi dia, kena buat rawatan saluran akar (root canal treatment) dulu, baru tampal dan sarung gigi (crown).
Kepada yang suka makan ais, kurangkan dan berpada-padalah.
Mak ayah mana yang tidak resah bila anak batuk berkahak yang tidak menunjukkan tanda semakin reda.
Puas dicuba pelbagai jenis ubat tetapi kahak anak masih lagi pekat dan tidak reda.
Amalan minum air kelapa seperti yang dikongsikan oleh Dr Mazliana Mazlan ini patut mak ayah cuba untuk rutin harian anak. Bukan itu sahaja bahkan ada beberapa lagi amalan pemakanan yang mak ayah patut cuba.
Jom ikuti perkongsiannya.
Pencair kahak dengan kesan segera. Ambil air kelapa, magnesium flakes, habbatussauda’, madu dan bawang putih.
Mula dengar anak batuk kering dengan kahak pekat.
Kalau serasi, sehari dua guna, dah terus dengar bunyi kahak mencair dan batuk makin kurang. Boleh try k.
Air kelapa ni boleh dijadikan aiskrim bila anak sakit tekak & ulcer.
Aiskrim buat sendiri tanpa gula tambahan, pewarna dan perisa. Aiskrim paling sihat untuk anak. Anak sakit tekak & ulcer memang tak lalu makan, aiskrim kelapa jadi penyelamat tinggi khasiat.
Tidak dinafikan hari-hari kita rasa stres atau tertekan. Dada tu pula asyik berdebar je. Jika pakai smart watch tentu lambang nadi tu naik turun antara 90-100. Malah kadang boleh capai 115! Bahaya tu untuk jantung kita!
Nak tahu punca kita rasa stres tanpa kita sedari. Sebagaimana perkongsian Dr Dr Zubaidi Hj Ahmad yang menjelaskan bahawa rutin harian adalah pencetus kepada rasa stres itu.
Jom ikuti perkongsian beliau.
STRESS ZAMAN DULU
Pada zaman silam, orang-orang zaman dulu juga mengalami stress tetapi dalam jangka masalah yang pendek. Sebagai contoh ketika berburu, mereka terserempak dengan harimau. Mereka akan stress.
Degupan jantung akan menjadi laju, pernafasan akan bertambah pantas dan tahap gula akan meningkat dalam darah (untuk mendapat tenaga tambahan sama ada untuk lari atau melawan).
Keadaan stress ini akan menyelamatkan mereka. Keadaan stress ini akan berakhir apabila mereka selamat kembali ke rumah.
STRESS ZAMAN SEKARANG
Pada masa sekarang di zaman moden ini kita sentiasa mengalami stress. Kita mengalami pelbagai masalah yang menyebabkan stress dari segi kehidupan peribadi (pekerjaan, kewangan), hubungan suami isteri, anak-anak dan rakan sekeliling kita, dan malah peralatan elektronik seperti telefon bimbit boleh menyebabkan kita stress.
7 RUTIN HARIAN PENCETUS STRESS
1.Kerisuan pekerjaan dan anak
Bayangkan kita bangun awal pagi sekitar pukul 5-6 am ketika kita masih memerlukan rehat (tidur) kerana tidak tidak dapat melelapkan mata malam semalam. Kita terlalu risau dengan pekerjaan dan hal anak-anak kita).
2. Kesesakan Jalan raya
Kita bersiap sedia dengan pantas untuk ke tempat kerja dan menyediakan sarapan anak ke sekolah. Apabila kita memandu di tempat kerja, jalan raya telah dipenuhi dengan kenderaan dan kita berada dalam kesesakan jalan raya. Sedangkan kita sudah agak lambat.
Kita mula gelisah dan mungkin memaki hamun kenderaan yang memotong kita dengan tergesa-gesa atau memandu dengan kelajuan yang perlahan. Kita tengah mengalami stress tanpa kita sedari.
3. Parking tak ada
Sampai di tempat kerja, kita pula marah kerana tiada lagi pakir kereta untuk kita. Sampai di meja tempat kita bekerja, seperti biasa kita menjadi sibuk dan tahap stress kita semakin meningkat.
4. Terkejar-terkejar ambil anak lepas waktu kerja
Kemudian bila tamat bekerja, kita cepat-cepat keluar untuk mengambil anak atau mengelakkan kesesakan jalanraya. Kita menjadi stress bila ada pemandu yang meng’hon’ di belakang kita.
5. Pinggan mangkuk bertimbun
Sampai di rumah kita melihat pinggan mangkuk bertimbun dalam sinki, baju berlonggok belum dicuci, ada selonggok kain yang belum dilipat. Kita terus stress sebelum stress kita yang tadi menurun.
6. Hidang makan malam, anak-anak bergaduh
Kita pula menyediakan makanan untuk makan malam. Ada anak kita yang telah tertidur tetapi belum mandi lagi. Anak kecil pula bergaduh dengan abang/kakaknya. Kita marah dan stress lagi.
7. Baru teringat tinggal barang dalam kereta lewat malam
Lepas kita selesaikan semua ini, kita baru hendak berehat setelah menggosok baju, Jam telah menunjukkan pukul 12 atau 1 tengah malam. Bila baru hendak baring di atas katil, kita teringat yang ada barang dalam kereta yang belum dimasukkan ke dalam peti sejuk.
SETIAP HARI STRESS CETUS PENYAKIT
Tentu kita biasa dengan situasi yang lebih kurang begini. Jika ia berlaku sesekali, mungkin tidak mengapa. Tetapi ia berlaku setiap hari, kita mengalami stress yang kronik.
Stress yang kronik, masa tidur kita bukan saja tidak mencukupi tetapi kualiti tidur kita juga teruk, pemakanan kita yang tidak seimbang dan tidak bernutrisi.
Kita tidak melakukan sebarang aktiviti fizikal. Apatah lagi aktiviti kerohanian yang akan membantu kita mendapat ketenangan dan kedamaian.
Kita akan mengalami masalah ketidakseimbangan hormon akibat kerosakan pada kelenjar hormon dalam tubuh kita terutama kelenjar adrenal yang sangat sensitif terhadap stress.
Jika ia berlaku bertahun-tahun, kelenjar adrenal kita akan mengalami keletihan. Keadaan ini dinamakan “adrenal fatigue”.
Ini menyebabkan kita akan menjadi lebih mudah mendapat penyakit atau mendapat penyakit pada usia yang lebih muda, berbandingan dengan orang-orang yang terdahulu.
Dalam rumah tangga, hubungan suami isteri bukan sekadar berkongsi kehidupan, tetapi juga memahami keperluan masing-masing termasuk keperluan seksual.Walaupun ia sering dianggap isu peribadi, hakikatnya...