Sikap saling tolak ansur dan sentiasa memahami keperluan isteri adalah kunci kebahagian sesebuah rumahtangga. Memberi hadiah kepada isteri, sediakan sarapan serta makan malam dan bercerita hari tua adalah antara yang dilakukan oleh selebriti ini, sejak berkahwin dengan Mawar Abdul Karim. Perkongsian selebriti Fizo Omar menerusi fizoomar.com sungguh sweet untuk dijadikan panduan bersama untuk keharmonian rumahtangga.
_____________________________________________________________________
Bait-baik lagu Tan Sri P.Ramlee, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Hal rumah tangga seharusnya diambil serius kerana apabila rumah tangga kita penuh keceriaan, maka hal-hal lain akan menjadi sangat mudah untuk kita uruskan. Kepada para suami di luar sana, walaupun anda penat bekerja, cubalah untuk menjadi romantik kepada isteri anda. Kalau boleh, jadi lebih romantik daripada zaman sebelum alam perkahwinan. Kali ini saya nak kongsi tips untuk membantu golongan adam di luar sana untuk menjadi suami yang romantic. Jom scroll!
Hadiah tidak semestinya yang mahal. Kadang-kadang tu, benda simple sahaja mampu membuatkan isteri kita tersenyum. Contohnya, bila anda pergi ke mana-mana tempat atas urusan kerja, anda boleh belikan pinggan yang ada lukisan tu. Tak mahal pun dan anggap sahaja ianya sebagai satu pelaburan kepada rumah tangga yang bahagia. Tulis la ayat yang romantik sikit atas pinggan tu. Mungkin ada boleh tulis kenapa anda sayangkan isteri si dia. Sweet kan?
Mesti isteri anda cair punyalah. Kalau isteri anda ada kerjaya tersendiri, memang dia akan lebih terharu la. Anda bangun awal sikit, sediakan breakfast dan bawa ke bilik. Kata orang, mulakan hari dengan senyuman. Tak cukup dengan breakfast, dinner pula. Bayangkan dia penat balik dari office dan anda dah sediakan dinner. Confirm dia akan sebak punyalah. By the way, jangan bagi alasan tak tahu masak sebab buku resipi banyak, di internet pun penuh. Nak masakkan untuk Madame Rose lah malam ni.
Sambil menikmati makan malam tu, tak salah untuk anda tanya tentang rutin harian si isteri. Mana tahu isteri anda stress dengan kerjanya pada hari tersebut. Tetapi bila anda masak untuk dia, ambil berat tentang rutin harian dia, terus dia akan rasa lebih dihargai. The sense of belonging is there and that will make her appreciate you even more. Jika anda boleh tolong dengan masalah yang si dia hadapi, cuba sehabis baik. Beritahu si dia yang anda akan sentiasa menyokongnya walau dalam apa sahaja keadaan pun.
Tidak kisah sama ada anda sudah mempunyai anak mahupun belum ada rezeki lagi, percutian pendek adalah perlu. Sebab apa? Waktu bercuti lah anda boleh hilangkan segala tekanan di tempat kerja. Bukan selalu kan? Plan dengan rapi berkenaan tarikh dan hari yang sesuai dan saya pasti, ikatan kasih sayang antara anda, isteri dan anak-anak akan semakin rapat. Lagipun sekarang pakej percutian ada banyak dan murah-murah belaka.
Secara psikologi, pasangan yang sudah mendirikan rumah tangga akan cepat tersentuh apabila isu hari kemudian dibincangkan. Mana tidaknya, kita akan dapat gambaran dan perasaan yang perkahwinan kita akan kekal sehingga ke anak cucu, InsyaAllah. Antara topik yang relevan untuk dibincangkan adalah seperti aktiviti harian yang akan dilakukan bila anak-anak kita duah mempunyai keluarga sendiri. Contohnya nak pergi sky diving bila dah bersara hehe. Romantik habis lah! Boleh menitis air mata.
Macam mana bro? Semangat sikit tak nak ajdi romantik selepas baca artikel ni? Mudah kan nak jadi suami yang romantik? Untuk langkah pertama, anda boleh ke dapur dan tengok barang basah yang ada dalam peti ais tu. Mana tahu boleh masak ikan tiga rasa untuk dinner hari ni.
Gambar: Instagram Fizo Omar
Sumber: fizoomar.com