Tahniah diucapkan buat pelakon dan usahawan, Fizo Omar yang bakal menimang cahaya mata keempatnya tidak lama lagi.
Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok, Fizo atau nama lengkapnya Wan Hafizol Wan Omar berkongsi akan kehamilan isterinya, Fazeera Nazri.
“Dapat adik baru. Alhamdulillah.
“Kakak dan adik kena get ready untuk menjadi kakak-kakak yang baik. Terujanya nak sambut adik baru,” tulisnya.
Ads
Dalam pada itu Fizo juga meluahkan rasa syukurnya yang tidak terhingga atas kurniaan rezeki itu dalam keluarganya.
“Alhamdulillah. Cahaya mata nama diberi yang datang tak kira ruang dan waktu. Yakinlah pada lorong dan corong rezeki yang hadir daripada cahaya itu. Tidak salah firasatku, benarlah perjanjian dari yang Esa ini.
“Kami bersyukur kerana munculnya cahaya mata yang kami ada, sepi tak lagi terasa kerana tawa kecilnya pemecah kesunyian.
Ads
“Walau ada rintangan, di waktu kesempitan, kami kekal percaya akan ada sinar rezeki di setiap cahaya mata bagi meneruskan kehidupan di dunia ini.
“Alhamdulillah, kami bersyukur kepada-Mu kerana kami tahu rezeki bukan dilimpah dalam bentuk kekayaan sahaja. Namun, ianya disimbah dalam bentuk kesihatan, cahaya mata dan ketenangan,” ujarnya lagi.
Dalam entri itu juga, Fizo turut berkongsi beberapa kepingan gambar terkini isterinya dengan baby bump yang jelas kelihatan.
Ads
Ruangan komen usahawan ini turut dihujani dengan ucapan tahniah malah mendoakan agar kehamilan ini dipermudahkan.
Terdahulu, Fizo dan Fazeera mendirikan rumah tangga pada 21 Oktober 2021. Pasangan ini dikurniakan dengan dua orang anak perempuan iaitu Wan Khaleeda dan Wan Umaira. Fizo turut mempunyai seorang cahaya mata lagi, Wan Maryam menerusi perkahwinan terdahulunya.
Penantian selama empat tahun pelakon, Rozita Che Wan atau Che Ta untuk berpindah ke banglo mewahnya yang bernilai hampir RM10 juta di Kota Damansara, Petaling Jaya, akhirnya tercapai tahun ini.
Che Ta berkata, banglo mewah yang sudah siap sepenuhnya itu adalah hadiah terindah sempena sambutan ulang tahunnya ke-50 pada 9 Mac lalu.
“Saya terpaksa menunggu lama kerana proses pengubahsuaian banglo ini tertangguh selepas menghadapi beberapa masalah termasuk kontraktor menghilangkan diri selepas saya melabur jutaan ringgit. Selain itu, kita juga diuji dengan pandemik Covid-19 ketika itu,” katanya kepada Harian Metro.
Menurut Che Ta, dia bersyukur kerana akhirnya dia sekeluarga dapat berpindah ke situ.
“Sukar untuk saya gambarkan perasaan menyambut ulang tahun kali ini. Apatah lagi, dapat pula berpindah ke banglo baharu yang dinantikan selama ini. Maklumlah, bukan sedikit wang yang dilaburkan untuk pengubahsuaiannya,” katanya.
Mengenai sambutan hari lahirnya pula, kata Che Ta, tiada apa lagi yang mahu dikejarnya dalam hidup.
“Saya akan berusaha sehabis baik untuk menjadi isteri, ibu dan anak yang baik. Saya juga tidak akan berhenti untuk terus membahagiakan keluarga. Pada masa sama, saya juga perlu menjaga kesihatan pada usia 50-an ini,” katanya.
Majlis sambutan ulang tahunnya yang bertemakan menuju ke syurga itu dihadiri keluarga, teman rapat dan pendakwah bebas, Ustaz Syamsul Debat di premis terkemuka di ibu kota.
Sumber : Harian Metro
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Azah Aziz enggan bermadu, suami buat perjanjian khas perkahwinan sebelum mendirikan rumah tangga. Pelakon Azah Aziz mengakui ada membuat perjanjian khas dengan suaminya, Daud Leroy Abdullah agar lelaki itu tidak berkahwin lebih daripada satu sebelum mereka mendirikan rumah tangga.
Azah Aziz Enggan Bermadu, Suami Buat Perjanjian Khas Perkahwinan Sebelum Mendirikan Rumah Tangga
Azah atau nama sebenarnya Norazah Aziz, 51 bertemu jodoh dengan Daud yang juga warganegara Perancis pada 7 Januari 1995 dan mereka menetap lama di Montreal, Kanada.
“Saya tahu juga mengenai kisah kemelut rumah tangga pasangan artis di Malaysia yang hangat diperkatakan ketika ini. Cuma, apa yang saya boleh cakap, dalam hubungan perkahwinan memang ada pasang dan surutnya.
“Tetapi, syukur Alhamdulillah untuk perkahwinan saya dan suami yang akan genap 30 tahun pada Januari 2025, setakat ini okay saja. Namun, kalau ditanya rahsia kami kekalkan perkahwinan, pemikiran saya ada lain sedikit.
“Suami saya yang juga mualaf, boleh kalau nak berkahwin empat macam lelaki lain. Tapi, kami dah ada buat perjanjian perkahwinan yang dia (suami) tak boleh berkahwin lebih daripada satu,” katanya.
Tambah Azah lagi, dia bukan hanya berkahwin dengan lelaki asing namun, pernah menetap di beberapa negara seperti Kanada dan Perancis yang jauh dari keluarga bersama suaminya itu.
“Saya pun sebenarnya tidak juga meletakkan sepenuh kepercayaan kepada suami sebab memang ada rasa gusar juga jika dia (suami) akan ‘serong’ dengan kita.
“Malah, saya dari semasa ke semasa mesti periksa ke mana dia pergi. Ditambah, sekarang saya pun tinggal di Malaysia serta aktif berlakon dan suami pula bekerja di Dubai.
“Tapi, pada era teknologi ini mudahlah kami buat panggilan telefon setiap hari. Kalau saya terlupa, suami yang akan hubungi saya sebab wajib untuk kami kirim pesanan sebelum tidur,” katanya.
Menurut Azah, dia dan suaminya mempunyai kebiasaan untuk memastikan tidak membawa sebarang perbalahan yang terjadi antara mereka ke hari seterusnya.
“Pada saya, soal kebahagiaan (dalam rumah tangga) ini kita perlu cari sendiri. Cuma, apa yang penting ialah kena sabar dan cara berkomunikasi.
“Hampir 30 tahun hidup bersama, saya dan suami tidak pernahlah kami bergaduh besar. Jika ada perselisihan faham, kita mesti selesaikan segera sebab tak nak ia berlanjutan lama,” katanya.
Hasil perkongsian hidup tiga dekad itu, mereka bahagia dengan dikurniakan tiga cahaya mata lelaki iaitu Aaron, 26, Ryan, 20, dan Justin, 17 tahun.
Setiap ibu bapa pastinya inginkan kejayaan buat anak-anaknya. Mereka sanggup melakukan apa sahaja bagi memastikan anak-anak mendapat pendidikan yang sempurna. Malah ada yang sanggup kerja lebih masa demi memastikan mempunyai peruntukkan bagi memastukan anak-anak mendapat mengikut kelas tambahan bagi memperolehi keputusan peperiksaan yang terbaik untuk masa depan anak.
Sebagaimana perkongsian yang dipaparkan oleh Mohd Noor Azam Tuan yang mengisahkan bagaimana jiranya sanggup berjimat cermat demi memastikan kejayaan anaknya. Lebih mengejutkan, jirannya tetap memperuntukkan sejumlah perbelanjaan tambahan untuk kelas waktu cuti sekolah biarpuan terpaksa makan bubur. Sungguh deep perkongsian ini. Sungguh komited ibu bapa ini sehingga sanggup melakukan pengorbanan sebegitu demi memastikan kejayaan anak. Moga menjadi motivasi bersama untuk membina sebuah keluarga inspirasi demi kecemerlangan anak-anak.
GERAM!! SAYA PERHATI LAMA DAH JIRAN SAYA NI!!
Dia kaum Cina. Mula-mula segan mahu tanya, tetapi rasa ingin tahu itu ada.
Sepanjang cuti sekolah ni, setiap hari van sekolah akan datang untuk ambil anaknya ke sekolah. Saya tahu sebab bunyi hon akan dibunyikan.
Seminggu 5 kali. Pukul 8 pagi sampai 11 pagi. Dah tentu sekolah swasta.
Oleh sebab saya mahu tahu dan belajar sesuatu, saya tegur dia sewaktu dia sedang membasuh kereta.
Selepas berbual biasa, saya terus bertanyakan perihal anaknya.
Katanya, memàng mereka hantar anak ke sekolah walau musim cuti. Duduk rumahpun asyik main tak tentu. Di sekolah bukan belajar saja, ada aktiviti untuk bakat. Anaknya berumur 6 tahun. Katanya lagi semua anaknya macam tu.
Saya tanya kos dan dia senyum saja.
“Azam, kami sanggup makan bubur asal anak jadi pandai. Ini keretapun sudah habis bayar. Dalam rumah saya kosong saja. Rumah memang mahal sebab tempat sini bagus untuk pelaburan. You spend habis beli barang mahu pakai berapa tahun?
Azam beli perabot mahal, dua tiga tahun sudah tukar. Bukan harga makin naik. Azam beli mahal confirm pakai sampai reput. Bestkah? Beli biasa saja nanti rosak cepat tukar baru. Itupun jika perlu saja. Tak perlu tak payah beli. utamakan anak-anak.
Kita kena tahu apa perlu dan apa kita hendak. Bukan semua kita hendak itu perlu. Azam kena pandai bezakan. Nanti membazir. ITU PELABURAN DIRI MAAA..”
Sambungnya lagi.
“Kereta ada 2. 1 pakai hari-hari. Cari kos maintenance rendah. 1 lagi mahal sikit tak apa. Itu untuk jalan jauh. Bukan selalu. Jadi sekali servis memang mahal cuma bukan selalu”
Anak-anaknya dihantar ke kelas berenang, ping-pong dan macam-macam lagi. ‘Have fun’ kata dia. Nanti dia pandai ilmu saja tapi jadi budak pendiam. Takut jumpa orang sebab tak ada sosial dan kemahiran. Buat itu ini tak pandai.
Bijak saja tak cukup zaman sekarang.
“Anak kita memang kena ada sijil SPM. Lepas itu kita sudah set siapa anak kita mahu jadi. Ambil itu belajar yang principal. Kemahiran matematik itu mesti. Pergi hantar ‘private class’. Belajar asas ‘education’ untuk bidang anak kita mahu jadi apa nanti”
Sungguh saya terkesan PELABURAN DIRI mereka.
Sanggup makan bubur dan belanja duit kepada yang sepatutnya.
Saya teringat semasa isteri ambil ACCA (the Association of Chartered Certified Accountants), hanya dia seorang saja perempuan Melayu. Pelajar lain masih muda daripadanya dan ada yang baru habis SPM (semua bangsa lain)
Mereka pakai biasa-biasa saja. Air masak terisi dalam botol besar memang tak boleh tinggal. Makan di rumah.
Bila ditanya, katanya “kita tak suka lambat”.
“Sekolah dan sijil itu memang wajib ada. Tapi lepas tu kita belajar apa kita mahu jadi dan habiskan cepat. Mahalpun tak apa. Kami kurang dapat bantuan. Pakcik, makcik semua tolong bagi duit.
Nanti habis belajar bukan terus jadi bos. Kita pandaipun kena mula kerja daripada level kuli. Cari pengalaman. Tapi tak akan kerja dengan orang sampai mati. Buka bisnes dan cari duit banyak-banyak untuk tolong anak-anak pakcik, makcik yang bagi kita pinjam duit dulu”
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.