Keibubapaan

“Financial Planning” Kena Rancang Betul-Betul” Kos Besarkan Anak Tinggi, Uyaina Titip Pesan Untuk Mak Ayah!

Share

Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad mengakui kos untuk membesarkan anak pada zaman kini agak mahal ditambah pula dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu serta kenaikan harga barang yang tinggi.

Biarpun begitu kata Uyaina tanggungjawab membesarkan anak tidak harus dipandang mudah dan membiarkan anak tidak terurus dalam pelbagai aspek.

Tambah ibu anak dua ini lagi setiap ibu bapa perlu menyediakan barang keperluan asas yang cukup buat anak mereka yang masih kecil.

“Realiti hari ini (ekonomi dan barang keperluan bayi) mahal. ‘Anak’ bukan murah.

“Zalim sekiranya kita tak berikan keperluan asas untuk anak-anak,” tulisnya menerusi Insta Story.

Tambah pengacara ‘Wanita Hari Ini’, ibu bapa juga perlu bijak merancang kewangan mereka demi menjamin masa depan anak.

“Bila dah jadi ibu bapa, ‘financial planning’ kena rancang betul-betul,” ujarnya lagi.

Nasihat itu disampaikan Uyaina selepas memuat naik semula (repost) hantaran di Instagram Story mengenai anggaran kos keperluan asas untuk membesarkan seorang bayi pada 2025 lebih RM15,000.

Untuk rekod, Uyaina mendirikan rumah tangga dengan suaminya, Raja Syahiran pada 21 Disember 2021 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki.

Sumber: IG Uyaina Arshad