Usahawan terkenal dan juga pengasas jenama FashionValet, Vivy Yusof, selamat melahirkan bayi keempatnya petang tadi. Berita gembira tersebut dikongsikan oleh isteri kesayangan Fadzarudin Shah Anuar menerusi laman instagramnya.
Dalam perkongsian tersebut, dia turut memuat naik gambar bayi lelakinya dan turut mengumumkan nama anak Idris Ali Shah.
Di ruangan komen hantaran Instagram, rata-rata kenalan serta pengikutnya membanjiri dengan pelbagai ucapan tahniah serta doa buatnya dan bayi keempatnya itu.
aishahsyairahFinally 1 fadza junior😂, the rest are vivy junior😂😂😂
nrsulaiiimmMa shaa Allaah finally Fadza’s face😂, may Idris jadi anak soleh dan penyejuk mata for his parents and family🌻
Sebagai info, Vivy dan Fadza mendirikan rumah tangga sekitar tahun 2012. Hasil perkahwinan, pasangan sebelum ini sudah dikurniakan tiga orang cahaya mata, Daniel Azim Shah, Mariam Iman Shah dan Sarah Ilham Shah.
Apabila lihat perkembangan anak lambat, ibu mana yang tidak risau. Sepatutnya pada usia tertentu anak sudah boleh meniarap, merangkak dan seterusnya perkembangan lain.
Namun setiap perkembangan anak-anak berbeza. Tapi tidak salah untuk kita melihat faktor lain berkaitan merangsang perkembangan anak-anak.
Sebagaimana perkongsian puan Syahirah Idris menjelaskan bahawa pemakaian sarung tangan bayi menjejaskan perkembangan anak.
Beliau melahirkan rasa terkejut apabila doktor yang pemeriksa rutin kesihatan bayinya menegur pemakaian sarung tangan bayi.
Ikuti perkongsiannya.
Mama Please Baca Ni Ye!
“Sampai Bila Awak Nak Pakaikan Mittens Pada Tangan Anak Awak?”..
Hari ini saya terpanggil untuk berkongsi sedikit ilmu yang saya perolehi dari seorang doktor pakar kanak-kanak (Paediatric) di Hospital Columbia Asia.
Ketika Danny berusia 2 bulan, saya buat check untuk dia. Seperti biasa sebelum berjumpa dengan doktor, nurse akan ambil anak saya dan timbang serta ukur ketinggian terkini. Selepas selesai, nurse serahkan balik mittens tadi. Sebelum ini pun, nurse buat perkara yang sama juga. Jadi, saya pun pakaikan kembali mittens itu.
Sampai di bilik doktor, mittens sekali lagi ditanggalkan. Pada masa itu saya berasa pelik dan bertanya mengapa doktor tanggalkan mittens anak saya.
“Awak nak perkembangan anak awak ini cepat atau lambat? Sampai bila awak nak pakaikan mittens pada tangan anak awak? Semua orang berlumba-lumba supaya perkembangan anak dia cepat,” jawab doktor itu dengan selamba.
Jawapan doktor itu membuatkan saya terkebil-kebil, keliru dan tidak memahami apa yang cuba disampaikan oleh doktor. Selepas dia menjelaskan mengenai perkara itu, saya serta merta terus hentikan pemakaian mittens pada anak saya.
Jika kita berterusan pakaikan mittens pada anak kita, anda akan dapat perhatikan tangan anak kita akan sentiasa menggenggam. Betul tak?
Jadi, jika kita tanggalkan mittens seawal yang boleh, tangan anak kita akan menyentuh segala yang ada berdekatan dengannya. Secara tidak langsung sentuhan itu akan merangsang otak bayi.
Jika tangannya sentiasa berada dalam mittens dan terus menerus menggenggam tangan, bayi kita tidak akan dapat explore apa yang ada di sekeliling dia dan otak juga tidak akan terangsang.
Kenapa kita pakaikan mittens pada bayi kita?
Antara sebabnya, kita tidak mahu anak tercakar mukanya sendiri, tangan anak sejuk. Betul? Orang Melayu kita sudah terbiasa dengan pemakaian mittens ini. Kalau tidak dipakaikan, nanti orang tua bising pula. Pernah dengar orang tua kata sawan daki dekat celah-celah jari bayi? Sebab itu selepas mandi kena lap kering-kering baru pakaikan mittens. Kalau tak pakaikan mittens pun, tak ada masalah daki di celah jari.
Memang pada awalnya anak kita akan tercakar mukanya sendiri. Memang akan luka tetapi sekali dua sahaja dan selepas itu anak kita belajar kalau terkena kuku, dia akan merasa sakit. Jadi dia akan berhenti mencakar muka dan akan menggosok mukanya dengan belakang tapak tangan.
Si ibu kena pastikan kuku bayi sentiasa pendek. Jadi, pada yang masih ada bayi, yang masih pakai mittens, boleh tanggalkan dan berhenti memakaikan mittens seawal bayi berusia sebulan. Bila bayi yang guna botol, boleh ajar pegang botol. Yang amalkan breastfeeding, boleh sentuh kulit ibunya dan proses ini dinamakan bonding. Banyak lagi benefit tanpa memakai mittens pada bayi.
Sama juga dengan konsep yang banyak kita praktikkan dalam group (Home Schooling Genius Syurga) ini, motor skills developement, kinestetik, all of that thing use hand. Jadi kenapa kita halang jari jemari anak kita dan tangannya menyentuh segala-gala yang ada di sekeliling?
Stop using mittens for our baby. Let’s their fingers explore the world.
(Mia dulu pakai mitten sampai umur 2 bulan lebih. Patutlah perkembangan ade lambat sikit. Aaisyah pulak pakai sampai umur sebulan. Perkembangan memberansangkan. Meniarap pun umur 4 bulan.
Sumber: Syahirah Idris
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Buat penggemar kek buah yang dikukus pastinya akan berpuas hati bila dapat menikmati kek buah kukus yang mempunyai rasa yang lemak manis, moist dan sarat dengan pelbagai jenis buah-buahan kering di dalamnya.
Pun begitu, diakui menyediakan kek buah kukus ini bukanlah mudah dan biasanya mengambil masa yang panjang ketika proses mengukusnya. Melebihi dua tiga jam barulah kek buah kukus ini masak sempurna. Tapi bila sudah suka, masa memasak yang panjang bukanlah halangannya untuk kita sediakan kek buah kukus ini. Apatah lagi, keistimewaan kek buah yang dikukus boleh bertahan hingga berbulan-bulan lamanya jika disimpan dengan baik.
Untuk itu, sesiapa yang ingin mencuba untuk menyediakan sendiri apa kata buat dengan resipi yang dikongsikan oleh Maz Abdul. Merujuk resipi yang dikongsikannya itu, masa yang diambil untuk mengukus kek buah ini adalah dua jam dan ada tips atau teknik kukusan yang dikongsikannya juga. Nak tahu lanjut, ikuti resipi dan cara membuatnya.
RESEPI KEK BUAH KUKUS
Bahan A
1 1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan air panas
250g (1buku) butter
3 cawan mix fruit
– panaskn gula dalam kuali hingga berwarna perang gelap (guna api kecil)
– masukkn air panas perlahan-lahan dan masak semula hingga gula larut.
– masukkn butter dan kacau hingga butter cair.
– masuk pula mix fruit, masak hingga mendidih
angkat dan biarkan sejuk.
Bahan B
300g tepung gandum (anggaran 2 1/2 cawan)
2 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
1/2 sudu teh serbuk kayu manis (jika suka)
– ayak bahan2 3 kali
– masukkan ke dalam adunan A sikit-sikit sambil dikacau hingga rata.
Bahan C
3 biji telur gred A (kalau telur kecik guna 4 biji)
1 sudu teh esen vanilla
– pukul telur hingga kembang berbuih,masuk dlm adunan tadi dan kacau hingga rata.
– boleh tambah 2 sb sunquick jika suka.
– tuang adunan dalam loyang yg telah disapu minyak dan dialas baking paper. (jika guna acuan plastik,sapu minyak sahaja)
– tutup loyang dengan plastik supaya wap dari penutup kukusan tak jatuh atas kek, boleh juga balut penutup kukusan dengan kain.
– pastikan air kukusan sudah mendidih baru kukus kek.
– kukus kek selama 2 jam.
Sejam yang pertama kukus guna api sederhana dan sejam lagi guna api kecil.
– bila kek dah masak,tutup api,buka penutup dan biarkn kek atas kukusan hingga kek suam baru diangkat. (Supaya buah dalam kek tak turun ke bawah)
-tunggu sejuk baru potong.
SELAMAT MENCUBA
Pasti ramai yang menantikan perkembangan anak keempat, usahawan dan pelawak, Shuib.
Terbaru, Shuib memaklumkan, Ayash Affan yang lahir secara pramatang pada 6 Ogos lalu kini sudah dikeluarkan dari inkubator di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia.
Anak bongsu Shuib dan allahyarham Siti Sarah juga yang berusia 3 minggu itu mula menunjukkkan perkembangan yang baik selepas dikeluarkan dari Inkubator.
“Alhamdulillah, ‘baby’ dah pun dikeluarkan dari inkubator sejak dua hari lalu. Berat makin naik, alhamdulillah dia juga dah mula minum susu ibu (daripada sepupu Shuib).
“Begitulah perkembangannya dan doktor cakap dalam masa kira-kira tiga minggu, insya-Allah dia akan keluar (dibawa pulang ke rumah),” katanya memetik Harian Metro.
Sebelum ini, Shuib mencari calon sesuai untuk menjadi ibu susuan buat Ayash. Kini masalah tersebut sudah diselesaikan apabila sepupunya sendiri mengatakan persetujuan.
“Syukur kepada Allah apabila dalam kalangan keluarga saya ada sepupu yang baru melahirkan anak kira-kira enam bulan lalu dan dialah ibu susuan Ayash,” katanya.
Terdahulu pada 9 Ogos lalu, isteri kepada bintang berkenaan yang juga penyanyi Siti Sarah Raissuddin telah meninggal dunia akibat Covid-19 di Unit Rawatan Rapi (ICU) HCTM.
Pasangan selebriti ini mendirikan rumah tangga pada 26 Februari 2011 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra, Ariq Matin, dan Ayash Affan.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...