Impian Raja Farah, 34, untuk menimang cahaya mata perempuan akhirnya dimakbulkan.
Dalam satu perkongsian di laman instagram miliknya, pelakon ini berkongsi berita gembira selamat menyambut anak ketiganya.
“Alhamdulillah. Terima kasih semua yang doakan untuk saya dan baby. Syukur semuanya selamat, lancar dah sihat, Alhamdulillah.
“Doakan proses berpantang saya pulak ye? Semoga dipermudahkan, Amin,” tulisnya menerusi kapsyen.
Bayi perempuan ini dilahirkan dengan berat 2.81 kilogram. Dia sebelum ini sudah memiliki dua anak lelaki iaitu Imran Iskandar dan Ilham Iskandar.
Sebelum itu, pelakon filem Anak Halal ini turut memuatnaik luahan rasa tatkala menantikan detik melahirkan bayi ketiganya itu.
Sumber: rajafarahaziz