
Dua bulan menimang cahaya mata pertama, pasangan selebriti Zahirah MacWilson dan suaminya, Aiman Hakim Ridza hari ini mendedahkan wajah anak lelaki tersayang kepada umum.
Menerusi muat naik di Instagram Zahirah dan Aiman, mereka telah berkongsi gambar buah hati tersayang beserta nama.
Memilih nama Isaac Raees kepada putera sulung , pasangan ini mendoakan agar bayi mereka membesar dengan sihat, kuat dan baik.
Selain itu, pasangan ini turut membuat akaun Instagram bayi mereka dengan menyertakan gambar-gambar perkembangan sejak dia dilahirkan.
Zahirah telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada 8 Januari 2021 di Australia. Dia dan Aiman telah berangkat pulang ke kediaman keluarga Zahirah pada Oktober tahun lalu iaitu kira-kira tiga bulan sebelum bersalin.
Sumber: Zahirah MacWilson, Aiman Hakim Ridza, Isaacraees
Nahas WCE: Isteri Berulang Kali Minta Maaf Sebelum Hembuskan Nafas Terakhir

Nahas WCE: Isteri berulang kali minta maaf sebelum hembuskan nafas terakhir. Wanita yang maut dalam kemalangan di Kilometer 212.3, Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE), arah Selatan di sini hari ini sempat memohon maaf kepada suami sebelum menghembuskan nahas terakhirnya.
Nahas WCE: Isteri Berulang Kali Minta Maaf Sebelum Hembuskan Nafas Terakhir
Suami mangsa, Mohammad Syuqur Ahmad, 24, berkata, dalam keadaan nazak, isterinya itu berulang kali memohon maaf sebelum dia bertindak menenangkan wanita itu.
Menurut Mohammad Shuqur, sepanjang perjalanan menuju ke Kampung Acheh di sini, isterinya, Nor Fadhilah Mohd Azlan, 24, banyak bersembang sambil meminta maaf dan meminta kirim salam kepada ibunya.
“Dalam masa sama, isteri ada beritahu kalau dia ‘pergi’, biarlah dia pergi bersama Iman (Muhammad Iman Irfan, 15 bulan). Saya hairan dan bertanya kenapa cakap begitu?
“Isteri hanya menjawab ‘mungkin hendak jadi kot’. Saya terdiam dan sambil memandu itu, saya terlihat seperti ada haiwan di tengah jalan dan saya cuba mengelak dan selepas itu saya tidak ingat apa-apa,” katanya ketika ditemui di pekarangan Unit Forensik, Hospital Seri Manjung di sini.
Mohammad Shuqur yang bekerja sebagai pemandu lori berkata, sebaik tersedar dia mendapatkan isterinya yang dalam keadaan nazak dan sempat bisikkan dua kalimah syahadah.
“Dalam keadaan nazak, isteri tidak putus-putus meminta maaf, saya minta dia bersabar sebelum tiba-tiba dia senyap.
“Anak sulung (Muhammad Alif Sufi, 3) masa itu menangis peluk saya. Saya jadi kosong tidak tahu apa-apa kerana kejadian berlaku sangat pantas,” katanya.
Jelasnya, sebelum kejadian, mereka sekeluarga bercadang untuk sarapan bersama di sebuah restoran 24 jam di Ayer Tawar selepas mengambil lori majikan yang di parkir di Kampung Acheh.
“Isteri mahu guna kereta jadi dia ikut ambil lori dan saya akan mengikutinya memandu kereta dari belakang untuk berhenti sarapan sebelum dia pulang ke rumah sewa kami dekat Gelung Pepuyu, Bota.
“Ikut perancangan asalnya begitulah tetapi hasrat untuk sarapan sama-sama itulah tidak kesampaian,” katanya.
Mohammad Shuqur berkata, isterinya banyak menunjukkan perubahan apabila kelihatan gembira dan banyak ketawa sepanjang berada di kampungnya di Felda Lui Selatan, Negeri Sembilan pada Rabu.
“Isteri sebelum itu memang bersungguh-sungguh mahu balik ke kampung jumpa ibunya dan saya tunaikan hasratnya dengan menggunakan cuti Hari Krismas untuk balik kampung.
“Walaupun sekejap saja mereka bertemu, nampak jelas di wajahnya dia sangat ceria sebelum kami bergerak pulang pada sebelah petang,” katanya.
Tambahnya, jenazah isteri dan anaknya itu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Lui Selatan, Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan selepas selesai bedah siasat.
Dalam kejadian sekitar jam 5 pagi itu, Nor Fadhilah Mohd Azlan, 24, dan bayi lelakinya yang berusia 15 bulan, Muhammad Iman Irfan maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.
Dalam kejadian itu, Mohammad Syuqur yang memandu kereta Perodua Kelisa dan seorang lagi anak lelakinya, Muhammad Iman Irfan berusia tiga tahun pula cedera.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Hasbullah Abd Rahman berkata, kemalangan membabitkan kereta Perodua Kelisa dinaiki empat beranak itu berlaku dipercayai akibat hilang kawalan lalu terbabas dan merempuh pembahagi jalan.
Katanya, kemalangan itu mengakibatkan seorang bayi lelaki tercampak keluar dari kenderaan sebelum dilanggar sebuah kenderaan lain yang tidak dikenal pasti.
Sumber: Sinar Harian
Baca artikel lain juga: Nahas Jalan Raya, Tujuh Mangsa Maut, Dua Beradik Belum Tahu Ibu Bapa Sudah Tiada
Pasangan Suami Isteri Nahas Treler, Rupanya 12 Tahun Berkahwin Tiada Anak!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my
“Saya Tabur, Molek Je Cambah Tu Ha..” Wanita Ni Kongsi Rahsianya!

Menyemai benih daun sup bukanlah sesuatu yang sukar untuk dilakukan, apatah lagi bila membaca perkongsian daripada Nur Alia ini.
Melihat daun sup yang ditanam hidup subur, itu menambahkan lagi rasa ingin tahu bagaimana dia lakukannya.
Untuk itu, di sini dikongsikan tip dan serba sedikit info berkaitan penanaman daun sup menggunakan biji benih.
Ramai yang mengadu semai daun sup tak hidup….kenapa ye?
Saya semai.. setiap kali saya tabur.. molek je cambah tu ha.. cuma tempoh pecah biji tu kadang sampai 10 hari baru cambah..
Jangan baru tabur 2 hari dah tanya saya nape daun sup tak cambah pun..sabarlah…biji benih ni ada yang cepat cambah, ada yang lambat cambah…yang tak cambah pun ada..
Oklah saya share cara saya.
TIP 1
Media dalam tray tu: tanah hitam, tanah kuning, sabut lebih…bubuh biji benih..
TIP 2
Sentiasa sembur bagi lembab tanahnya..jangan tunggu..kalu tunggu memang lambat…rajin-rajin je sembur air.
TIP 3
Sudah naik 2 inci nanti pokoknya pindahkan masuk pasu atau polibag..buatlah 1 pasu 3..4pokok je..
Tak pun waktu semai tu bacalah doa makan..kot-kot cepat dia tumbuh cepatlah buat makan…hahaha gurau je ye semua….
Sumber : Nur Alia Zahra
15 Perangai Anak Kedua, Pelik & Aneh Tetapi Penyayang! Betul Ker?

Perasan tak anak kedua kita sedikit pelik perangainya berbanding adik beradik yang lain? Mereka punya sifat yang tersendiri. Adakalanya mereka mungkin disenangi oleh semua anggota keluarga atau ada juga yang menjengkelkan sehingga langsung tidak disenangi oleh adik beradik lain.
Sama seperti anak sulong, anak kedua juga sangat istimewa di dalam keluarga kita. Lebih istimewa lagi, mereka ini punya macam-macam perangai dan tersendiri. Apa yang pelik dan tersendiri? 20 perihal anak kedua ini perlu anda tahu. Sama tak dengan anak anda?
1. Anak kedua selalu sangat mengalah dalam segala hal dan ini mempengaruhi perkembangan keperibadian mereka.
2. Menurut Alfred Adler, seorang dokter perubatan dan psikologi, anak kedua lebih senang menjadikan kawan sebagai tempat untuk meluahkan rasa hati. Senang cerita adakalanya mereka suka asingkan diri di dalam keluarga.
3. Perangai anak kedua berbeza daripada anak-anak lain kerana terlalu berjuang untuk cuba tarik perhatian ibu bapa.
4. Anak kedua selalu mencuba untuk jadi anak yang baik dan penuhi apa sahaja permintaan mak ayah.
5. Suka berimaginasi dan berangan-angan tetapi semangat mereka tinggi untuk capai sesuatu.
6. Tidak suka bekerja di bawah tekanan.
7. Anak kedua juga sangat suka pada perkataan kebebasan dan fleksibiliti. Mereka tak suka pada kerja yang banyak peraturan dan undang-undang. Mereka nak bebas!
8. Selalunya memilih untuk bekerja sendiri atau pekerjaan yang membolehkan mereka berekspresi dengan sendiri. Kalau bos bagi kebebasan, ni paling mereka suka!
9. Pandai menjalinkan persahabatan dengan orang lain, mudah mesra dan kawan-kawan pun ramai. Senang cerita, anak kedua memang ramah dan disenangi ramai.
10. Mereka selalu berusaha untuk membuat orang lain suka dan menyenangi mereka. Jaga hati kawan sentiasa!
11. Sukar buat keputusan sendiri dan tak berapa yakin dengan diri sendiri.
12. Adakalanya mood mereka cepat sangat berubah. Baik pada kawan-kawan tetapi ikut mood!
13. Selalu sangat berprasangka sendiri dan mempunyai pemikiran tersendiri. Lain yang kita maksudkan, lain yang difahaminya. Ni semua disebabkan mereka terlalu kreatif!
14. Bijak dan berkemahiran tinggi dalam berkomunikasi hinggakan mereka pandai memanipulasi. Sebab itulah mereka ramai yang jadi usahawan berjaya, pandai pusing sana sini!
15. Paling penting mereka ni jenis yang penyayang terutama pada sahabat handal dan keluarga.