Bercuti di luar negara siapa sahaja yang tidak suka bukan? Apa tidaknya bila bercuti ke luar negara, kita akan dapat melihat budaya, suasana dan persekitaran yang indah dan tersendiri. Semua itu menjadi pengalaman yang berharga dan tidak mungkin dapat dilupakan begitu sahaja.
Pun begitu untuk membawa seisi keluarga bercuti ke luar negara, pasti sahaja memerlukan kos yang besar. Umpamanya jika ingin bercuti ke negara Jepun, bukan sedikit kos yang diperlukan untuk beli tiket penerbangan, penginapan, makan, minum dan shopping. Itu belum lagi bila memikirkan nilai mata wang Yen yang jauh lebih tinggi daripada Ringgit Malaysia. Senang cakap, wang kena mantap!
Tapi tahukah anda semua, bahawa untuk merasai seakan bercuti di Jepun anda sebenarnya tidak perlu terbang jauh bilamana melancong ke negeri Sabah. Pengalaman menarik ini telah dikongsikan oleh Asri Meris Anthony
bersama keluarganya yang telah bercuti di Kundasang, Sabah baru-baru ini.Setiap gambar yang dikongsikan di akaun facebooknya berjaya mencuri tumpuan wargamaya yang turut teruja untuk merasai keseronokan dan keunikan bercuti di lokasi tersebut.
Memandangkan ramai yang tanya kami bercuti dekat mana beberapa hari ni, jadi di sini kami kongsikan lokasi yang kami duduk selama beberapa hari bersama keluarga.
Apa yang paling menarik, homestay yang kami duduk ni betul-betul feel macam kat Jepun.. Tak payah beli tiket mahal-mahal nak ke Jepun, kat Malaysia pun ada juga tempat yang korang boleh rasa seolah-olah tengah bercuti di Jepun.
Homestay Hidden Hill Kundasang ni tak jauh dari Pekan Kundasang.. Kalau tak nak menginap kt sini pun korang still boleh datang untuk sewa baju yukata atau cosplay untuk ambil gambar sekitar homestay ni.
Ini adalah kali kedua kami stay dekat sini dan unit yang menjadi pilihan kami adalah “Azabu Juban”.. Unit ni ada 2 bilik dan satu ruang tamu sekali dengan ruang dapur. View memang sangat-sangat memukau dari setiap sudut especially bila buka tingkap bilik yang betul-betul menghadap Gunung Kinabalu.
Kalau nak book dan tengok availability tarikh yang korang nak stay, boleh terus book kt booking.com. Ada banyak pilihan unit yang ada mengikut budget korang.
Ni view depan reception & cafe.. Seriously betul-betul feel macam dekat Jepun
Depan ni ada seekor beruang comel yang besar yang akan menyambut kehadiran korang.. so wajib kena ambil gambar dekat sini.. Asfiya pun tak nak lepaskan peluang
Ni salah satu unit yang ada dekat sini.. First stay hari tu kami stay dekat unit ni.. So disebabkan best sangat kami repeat kali ke dua ke sini.
Azabu Juban adalah unit kami kali ni.. Seriously memang selesa dan luas.. 3 Tingkat okey.. Bawah sekali bilik tidur, tingkat tengah ruang tamu dan dapur serta balkon dan tingkat atas sekali ada satu lagi bilik. Setiap tingkat ada bilik air.
Ni ruang bilik dekat bawah.. view MasyaAllah tak nak keluar bilik rasa..
Ni bilik kami dekat tingkat paling bawah
Bilik ni pula tingkat paling atas.. Mak dengan bapa duduk bilik ni.. Memang luas, siap ada 3 katil dan sofa.. bilik air dengan bilik mandi pun ada.. View bilik ni paling clear gunung Kinabalu.
Ruang tamu sekali ruang dapur, ruang makan dan ruang bermain anak-anak. Yang paling best boleh duduk di balkoni sambil menghirup udara sejuk. Sepanjang kami di sini suhu turun sehingga 15darjah.. seriously sangat-sangat sejuk.
Part paling best adalah sewa yukata dan cosplay.. Dapatlah feeling jadi orang Jepun sekejap.. boleh bergambar sekitar homestay.. Yang tak menginap dekat sini pun boleh datang untuk sewa untuk ambil gambar..
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club