Fedtri Yahya Luah Rasa Tentang Sahabat. Deep Perkongsiannya.

Share

Pengacara dan personaliti televisyen, Fedtri Yahya telah berkongsi pengertian sebuah persahabatan. Biarpun nampak biasa-biasa aje perkongsiannya, namun bait-bait yang dilontarkannya sungguh terkesan.

Jika sebelum berkahwin, sahabat adalah teman sejati untuk meluahkan rasa tetapi setelah berumahtangga, sahabat ditinggalkan. Namun hakikatnya, sahabat ini ada baik dan buruknya. Pesannya yang dikongsi sebuah peringatan bersama. Deep!

Dalam dunia persahabatan, setiap insan mungkin akan memiliki:
* Orang terdekat yang ikhlas dan ditakdirkan dekat selalu
* Orang jauh yang kita tak tahu dia mendoakan kita
* Musuh dalam selimut
* Musuh ‘part time’. Tikam bila perlu
* Musuh terang- terangan
* Berkawan kerana matlamat dan kepentingan tertentu. Tak dapat apa dihajati atau dah tak perlu lagi, perlahan2 angkat kaki. * Bukan tak nak baik tapi tak serasi * Yang makin pudar nilai keakraban akibat putaran waktu atau peristiwa tertentu

#Baik atau buruk, kehadiran mereka tak lain tak bukan hanya untuk menjayakan takdir kita

#Paling bererti jika ada yang akan terus bersahabat dan mengambil berat selepas ketiadaan kita. Ditawarkan bantuan- bantuan yang tak dijangka – membantu waris yang ditinggal, mendoakan selalu, mencari ruang agar warisan ilmu atau harta kita diperkembangkan agar pahala mengalir berterusan… Siapa tahu yang kita anggap buruk, boleh menjelma selepas kita pergi dan membantu sebagai talian hayat di alam sana

Siapa tahu… yang kita harap-harapkan mungkin sekadar memerhati dan membiarkan persahabatan itu terkubur bersama pusara yang akan hancur

Moga jadi seperti mentari. Bersinar dan tak memilih siapa untuk disinari. Sekali budi disemai, mungkin seribu bantuan akan hadir dari sumber yang tak disangka

Sumber: Instagram fedtriyahya