Fedtri Yahya Kongsi Kebaikan Surah At Taubah. Rupanya Ramai Yang Telah Amalkan Surah Ini

Share

Rencah kehidupan manusia, ada kala gembira, ada kala dilanda kesukaran dalam hidup.

Baru-baru ini perkongsian pengacara popular Ahmad Fedtri Yahya di entri Instagram mengenai kebaikkan surah At Taubah ayat 128-129 telah menarik perhatian netizen. Rata-rata memberi ulasan telah mengamalkan ayat ini dalam kehidupan.

Bapa kepada empat orang anak ini, turut berkongsi kebaikkan  mengamalkan surah ini termasuk diberikan pertolongan ketika kesusahan dan dibebaskan daripada masalah hutang.

Semoga kita muhasabah diri untuk menjadi seorang muslim yang baik didunia dan diakhirat.

“Dikatakan bahawa barangsiapa yang membaca ayat ini sebanyak 7 kali setiap kali selesai solat fardhu, dengan izin Allah – jika dia seorang yang lemah, maka akan menjadi kuat.
“Jika dia seorang yang hina, maka akan menjadi seorang yang mulia. – jika dia seorang yang kalah, maka akan segera mendapatkan pertolongan. – jika dia seorang yang berkesempitan, maka akan mendapat kelapangan. – jika dia seorang yang berhutang, maka akan segera dapat membayar.
“Jika dia seorang yang berada dalam kesusahan, maka akan hilang kesusahannya. – jika dia seorang yang sulit dalam penghidupan, maka akan segera mendapat kelapangan kehidupan.
At Taubah ayat 128-129.”
Dalam pada itu, netizen turut berkongsi manfaat mengamalkan ayat ini.
Amalan ayat ini kesihatan dan kehidupan bertambah baik
Terima kasih atas perkongsian ini
Sumber : Instagram fedtriyahya