Pelakon Fattah Amin telah bersetuju menyerahkan hak penjagaan anak tunggal mereka, Nur Fatima Aisya, kepada bekas isterinya, Nur Fazura.

Sebagaimana laporan yang dipetik Ohbulan!, peguam yang mewakili Fattah, Syamimi Ab Rahman berkata, keputusan itu dibuat selepas kedua-dua belah pihak bersetuju dengan terma yang telah ditetapkan.

“Untuk terma tuntutan hadanah, kedua belah pihak telah bersetuju untuk memberikan hak penjagaan anak sepenuhnya kepada Fazura selaku ibu kandung,” katanya.

Syamimi memaklumkan Fattah tetap mendapat hak lawatan bermalam dan lawatan harian meskipun hak penjagaan jatuh sepenuhnya kepada Fazura.

Fazura Dapat Hak Jaga Fatima Sepenuhnya, Fattah Amin Dibenarkan Lawat Tiga Kali Seminggu

Ads

“Untuk hak lawatan ada dua terma iaitu lawatan bermalam dan lawatan harian.”

“Fattah juga perlu memaklumkan dua hari sebelum minggu lawatan untuk bermalam dengan Fatimah. Manakala, untuk lawatan harian dan tanpa bermalam, Fattah dibenarkan untuk meluangkan masa bersama Fatimah sebanyak tiga kali seminggu,” katanya.

Syamimi berkongsi perkara tersebut selepas selesai prosiding tuntutan hadanah melibatkan Fattah dan Fazura di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam.

Ads

Fazura Dapat Hak Jaga Fatima Sepenuhnya, Fattah Amin Dibenarkan Lawat Tiga Kali Seminggu

Terdahulu, Fattah dan Fazura atau nama penuhnya Nur Fazura Sharifuddin sah bercerai talak satu selepas aktor itu melafazkan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya, Subang Bistari pada 7 Oktober selepas tujuh tahun berkahwin.

Ads

Untuk rekod, pasangan yang popular dengan singkatan Fattzura itu diijabkabulkan pada 27 November 2017.

Sekadar info, hadanah bermaksud penjagaan kanak-kanak yang masih kecil dan belum berupaya untuk menguruskan dirinya sendiri, sama ada lelaki atau perempuan, sama ada dalam tempoh perkahwinan atau selepas perceraian, terutama anak yang masih kecil dan memerlukan perhatian serta perlindungan.

“Untuk lawatan bermalam, Fattah diberikan hak sebanyak dua kali dalam sebulan bergantung kepada kelapangan Fattah iaitu jemput Fatimah pada hari Jumaat dan pulangkan semula pada hari Ahad.

Sumber: OhBulan!

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI