Tanpa sebarang tanda atau kontroversi sebelum ini, tiba-tiba muncul berita mengejutkan bahawa pemyanyi Datuk Fazley Yaakob dan Azrene Soraya Abdul Aziz telah sah bercerai selepas 18 tahun berkahwin. Berita perpisahan ini mengejutkan ramai pihak.
Menurut laporan Kosmo!, Fazley, 46, berkongsi berita perpisahan itu dan menjelaskan keputusan tersebut dibuat atas persetujuan bersama antara kedua-dua pihak.
Fazley juga mengesahkan bahawa beliau sendiri yang memfailkan penceraian beberapa bulan lalu, dan kini tempoh idah sudahpun berakhir. “Saya sendiri telah memfailkan penceraian beberapa bulan lalu, dan tempoh idah telah pun tamat,” ujarnya
EMPAT ANAK JAGAAN BERSAMA
Sementara itu, pelantun lagu ‘Asmara Ini’ memberitahu bahawa keempat-empat anak mereka dibawah jagaan bersama dan memohon agar pendedahan ini dapat menjelaskan status hubungan mereka sekarang.
“Empat anak kami kini di bawah hak jagaan bersama. Semoga dengan penjelasan ini, tidak akan ada lagi kekeliruan tentang hubungan kami berdua selepas ini,” katanya
Walau bagaimanapun, selebriti berkenaan memaklumkan yang hubungannya dengan bekas isteri masih lagi dalam keadaan baik dan tetap seperti diawal perkenalan mereka.
Sekadar info, Fazley Yaakob dan Azrene Soraya telah mendirikan rumah tangga November 2007. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan 4 orang cahaya mata iaitu, Ahmad Fariedz Shah, 15, Ahmad Fieradz Shah, 14, dan Ahmad Fierudz Shah 13 dan seorang anak perempuan, Alayna Selma kini berusia 7 tahun.
Sumber: Kosmo!