Masih terpahat ingatan mengenai tragedi pada 13 Julai tahun lepas apabila seorang kanak-kanak, Muhammad Fawwaz Adli Mohd Bukhari, ketika itu berusia lima tahun cedera parah setelah dihempap peti sejuk. Kisahnya telah mendapat simpati dan doa agar dirinya kembali sembuh agar kembali menjadi kanak-kanak yang ceria.
Namun hari ini khabaran duka dikongsikan oleh bapanya, Mohd Bukhari Zainal Annuar menerusi facebook bahawa anak kesayangannya telah menemui sang pencipta setelah 14 bulan terlantar sakit akibat tragedi itu.
Ads
Allahyarham Muhammad Fawwaz Adli Mohd Bukhari,6, menghembuskan nafas terakhir pada jam 4.30 petang tadi di sebuah hotel di Melaka ketika sedang menjalani rawatan saraf.
“Saya dan isteri membawa Muhammad Fawwaz ke sana sebagai ikhtiar rawatan untuk kesembuhannya. Tapi ALLAH lebih sayangkannya dan dia meninggal dunia di samping saya dan isteri.”
Ads
Terdahulu, Mohd Bukhari melalui perkongsiannya memaklumkan anaknya menunjukkan perkembangan positif seperti menggerakkan kaki dan tangan dan semakin aktif.
Ads
Namun, Allah lebih sayang kepadanya. Anak syurga ini pergi jua meninggalkan orang tersayang. Laporan Sinar Harian, jenazah dibawa pulang ke rumah mentuanya di Kampung Gedung Lalang Ampangan dan dijangka dikebumikan jam 8 pagi esok.
Sumber : Sinar Harian, Mohd Bukhari Zainal Anuar
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Baru-baru ini, isteri kepada pelakon hindustan popular, Shah Rukh Khan dijemput menjadi tetamu dalam rancangan talkshow ‘Koffee with Karan Season 7’. Gauri Khan dalam program tersebut telah memberikan sedikit ‘nasihat cinta’ buat anak bujangnya, Aryan Khan yang kini sudah pun dewasa.
Merujuk kepada laporan dari The Indian Express, Gauri mengatakan bahawa Aryan bebas untuk keluar dating dengan sebanyak mana wanita sehingga dia membuat keputusan untuk bernikah.
Jadi, selepas dia mengambil keputusan tersebut, dia harus berhenti dari menjalinkan sebarang cinta dengan mana-mana wanita lagi.
“Keluarlah dengan seberapa banyak gadis yang kamu mahu, sampai kamu mengambil keputusan untuk bernikah, tolong berhenti dari melakukan itu semua lagi,” kata Gauri.
Walau bagaimanapun, ditanya tentang anak gadisnya pula, Suhana Khan, Gauri mengatakan yang dia berharap anak keduanya itu setia dengan satu pasangan sahaja.
“Jangan pernah menjalinkan hubungan cinta dengan dua lelaki sekali gus,” tegas wanita tersebut.
Selain daripada memberikan nasihat kepada anak-anak, wanita berusia 51 tahun itu turut menitipkan pesan buat suami tercinta, Shah Rukh Khan dalam talkshow tersebut.
Katanya, dia berharap aktor hebat itu terus memberi perhatian kepadanya setiap kali mereka perlu berbincang untuk sesuatu hal dalam keluarga mereka.
“Saya ingin merasa dia selalu memberikan saya perhatian setiap kali dia bercakap dengan saya,” mintanya.
Untuk rekod, Shah Rukh Khan dan Gauri Khan telah mendirikan rumah tangga pada 1991 dan dikurniakan 3 orang anak iaitu Aryan Khan, Suhana Khan dan Abram Khan.
Sekali pandang ramai beranggapan wanita ini mungkin belum berumah tangga. Hakikatnya, wanita berusia 32 tahun ini sudah memiliki tujuh cahaya mata dengan seorang daripada telah meninggal dunia ketika kandungan berusia empat bulan.
Noriza Tul Akma Abdullah mendirikan rumah tangga dengan Muhamad Izzhar Abdullah, 34, pada tahun 2006 ketika dia berusia 16 tahun.
Ditakdirkan, wanita mesra disapa Akma itu dikurniakan rezeki awal apabila menimang cahaya mata sulung setahun selepas berkahwin sekali gus menjadikannya ibu pada usia muda.
Menurut Akma dia memang berkahwin atas kerelaan sendiri, bukan atas paksaan keluarga atau dijodohkan oleh mereka.
Ibu jelita ini mengakui tempoh lima tahun di awal perkahwinan agak sukar juga kerana usia belum matang malah pernah juga catu makan tetapi semakin biasa menyesuaikan dengan keadaan selepas melahirkan anak kedua.
Tambah Ilmu Keibubapaan
Menurut Akma, selain merujuk dengan ibu bapa, dia juga banyak membaca buku berkaitan penjagaan bayi untuk menambah pengetahuan. Katanya, pengetahuan diperoleh itu cuba diaplikasikan mengikut keadaan setiap seorang anaknya.
“Kalau pergi kedai buku, saya memang suka cari buku berkaitan penjagaan anak.
“Dari situ, saya belajar walaupun realitinya tidak sama dan lebih mencabar,” katanya.
Setiap kali keluar bersama anak, Akma tidak menafikan ada yang menyangka dia anak sulung dan berjalan-jalan membawa adik.
Akma berkata, ada juga individu yang cuba ‘mengayatnya’ kerana beranggapan dia belum berkahwin.
“Hakikatnya, saya sudah berkahwin dan ibu kepada tujuh cahaya mata dengan yang sulung berusia 15 tahun dan bongsu dua tahun manakala anak syurga saya, Muhamad sudah meninggal dunia kerana jantung berhenti semasa dalam kandungan.
“Saya tidak layan dan anggap ia sekadar usikan daripada mereka yang tidak kenal kerana orang terdekat tahu saya sudah berkahwin,” katanya.
Suami Banyak Membantu
Berhubung kisahnya yang tular selepas memuat naik video di TikTok, Akma berkata, dia sekadar berkongsi untuk suka-suka saja dan tiada niat mencari perhatian.
@akmaabdullah90Bukan suami yang nak anak ramai, tapi diri sendiri.. mungkin sebab dapat suami yg rajin tolong uruskan rumah tangga so tak serik beranak 🤣 tapi lepas czer anak no 7 ni, memang serik sangat, siap request dekat doc nak ikat tapi doc tak bagi pulak, dia kata muda lagi 🤣 untuk yang tengah berusaha untuk ada anak, Akma doakan moga semua dipermudahkan..♬ DJ Cantelo – Angi Lay
“Saya muat naik video itu kelmarin (Jumaat) dan tak sangka ramai yang menonton. Alhamdulillah, banyak komen positif dan terima kasih saya ucapkan kepada yang mendoakan namun ada juga menuduh video itu hanya rekaan serta sekadar bahan (content).
“Saya tidak ambil kisah komen negatif dan terima saja dengan lapang dada.
“Apa yang pasti, saya doakan mereka belum ada cahaya mata atau sedang berusaha dikurniakan rezeki anak oleh Allah.
Selain itu Akma juga melahirkan rasa kesyukuran kerana dikurniakan suami yang banyak membantunya menguruskan anak-anak.
“Bagi yang ada perancangan kahwin awal pula, saya nasihatkan jangan terburu-buru melainkan sudah benar-benar bersedia memikul tanggungjawab sebagai suami dan isteri.
“Ia kerana perkahwinan bukan perkara mudah malah kelangsungan hubungan suami isteri menuntut tolak ansur serta kesabaran tinggi,” katanya yang mencari rezeki menerusi perniagaan dalam talian.
Walaupun sudah pelbagai usaha dan pekerjaan dilakukan dengan berkerja keras siang dan malam untuk mendapatkan rezeki, namun seakan rezeki susah juga untuk dimiliki.
Mungkin ada perkara-perkara tertentu yang tanpa sedar kita sering lakukan dan menjadi penyebab rezeki terhalang.
Untuk itu, fahami perkongsian ini berkaitan penyebab rezeki terhalang.Jom semak.
Kadang puas sikit fikir, celah mana lagi kita silap sampai rezeki kita susah nak lekat. Sembahyang jaga dah, sedekah pun dah buat, tolong kawan pun selalu.
Asyik sahaja rasa tak cukup. Rezeki tu nampak dah tapi tak sampai.
Rupanya selama ni kita selalu membazir makanan. Masak banyak makannya sikit, lebihnya buang. Beli terlebih, terbiar sampai basi. Buang juga akhirnya.
Hal yang kecil, kita pandang remeh kadang boleh jadi faktor besar dalam soal rezeki dan berkat.
Tuhan pesan dalam Quran membazir itu saudara kepada syaitan kan?
Maka, berpadalah masa ambil makanan. Punyalah banyak makan terbuang daripada kita ni.
Moga selepas ini, urusan rezeki kita dimudahkan. Amin.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...