“‘Favourite’ Kami Dari Kecil, Inti Bergedil Kentang Kapit Biskut Hup Seng..” Wanita Ni Kongsi Resipi Ramai Teruja Nak Cuba!

Share

Bergedil sebagaimana ramai tahu tersedia dalam pelbagai jenis, sama ada bergedil kentang, bergedil ayam mahu pun bergedil daging. Memang enak jika dimakan bersama nasi atau tidak lengkap rasanya jika tidak dihidang ketika menikmati soto dan sebagainya.

Pun begitu, ada satu lagi jenis bergedil yang mungkin ada yang belum pernah lihat atau menikmatinya, iaitu bergedil biskut. Bergedil nan satu ini akan dikapit dengan biskut kering sebelum dicelup ke dalam telur untuk digoreng.

Tentu rasanya istimewa, rasa lemak masin biskut yang rangup dan kelembutan kentang yang dilenyek dapat memberi gabungan rasa yang enak. Sangat sesuai dijadikan menu minum petang atau sarapan yang cukup mengenyangkan.

Jadi buat anda yang ingin mencubanya, bolehlah buat sepertimana yang dikongsikan oleh Nuraisyah ini. Difahamkan resipi yang dikongsikan ini adalah daripada ibunya yang pernah belajar cara buatnya daripada arwah kakak iparnya ketika muda-muda dahulu.

“Bergedil biskut.. Sape pernah makan ni.. Mak saya belajar dengan arwah kakak iparnya masa muda-muda dulu.. Favourite kami dari kecik.. Inti bergedil kentang kapitkan dengan biskut hupseng celup telur dan goreng.. Sedap makan macam tu jer.. Tak payah cicah-cicah pun boleh.. Siapa berminat cubalah.. InsyaAllah rasa tak menghampakan.”Tulisnya di salah satu group berkongsi resipi masakan di fb.


Bahan-bahan:
Kentang dalam 6 7 biji direbus dan dilenyek
Garam, lada sulah, cukup rasa
Bawang besar potong dadu
Bawang putih 2 ulas cincang halus
Daun sup dan bawang hiris halus
Telur sebiji
Biskut hupseng secukupnya
Telur untuk celup bergedil sebelum goreng

Cara buat : Sama macam buat bergedil biasa tu.. Cuma di kapitkan dengan biskut hupseng celup telur dan goreng seperti biasa.


*boleh jugak guna resepi mana-mana bergedil.. Cuma saya dah biasa buat dengan bergedil kentang jer.. Tak pernah lagi try dengan ayam atau daging.
* yang saya buat ni tak ada daun sup sebab tak ada stok kat rumah, kalau letak mesti lagi sedap.

Sumber : Nuraisyah Abdullah

 

 

ARTIKEL MENARIK:“Personal Loan Ni Macam Virus..” – Pastikan Tahu Urus Duit Jika Tidak Boleh Muflis!

LAGI ARTIKEL MENARIK :Pakar Jelaskan Punca Kemerosotan Tulang & Otot, Serta Tips Pemakanan Yang Baik. Sila Take note, Rugi Kalau Tak Tahu!

Baca Ini Juga : Umur 40an Aim Nak Badan Langsing. Pakar Dietitian Ni Kongsi Caranya Perlu Praktik!

Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual untuk anda merasai seperti berada di Ripleys Believe It or Not Adventureland Genting Highlands dan beberapa lagi tempat menarik di Genting Highlands!

Bila anda join event ini, anda juga layak menerima 2 tiket Ripleys Believe It or Not Adventureland Genting Highlands secara PERCUMA untuk anda sekeluarga.

Bukan itu sahaja malah banyak lagi aktiviti menarik yang boleh dilakukan bersama-sama sepanjang program ini. Jadi jangan tunggu lagi, tempat terhad! Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club