Pelakon dan penyanyi, Fattah Amin meluahkan rasa kebimbangannya terhadap anak perempuannya, Nur Fatima Aisya yang dikhabarkan kurang sihat.
Menerusi Insta Storynya, Fattah dilihat berkongsi tangkap layar daripada akaun IG Fatima yang menunjukkan anak tunggalnya itu diberikan ubat.
Perkongsian Fattah juga mencetuskan tanda tanya apabila berkongsi tidak dapat bertemu anaknya.
Ads
“Dah berapa kali Daddy datang, tapi tak dapat jumpa Fatima.
“Kesian Fatima tak sihat,” tulisnya.
Ads
Bahkan Fattah yang turut diberikan kebenaran untuk berjumpa Fatima tiga kali seminggu itu juga meminta mendoakan Fatima agar segera sembuh.
“Mohon doakan Fatima,” tulis Fattah.
Ads
Terdahulu, Fattah dan Fazura mencapai kata sepakat berhubung hak penjagaan anak. Hak penjagaan diserahkan sepenuhnya kepada Fazura, manakala aktor itu diberikan hak lawatan dan bermalam.
Fattah dibenarkan bermalam dua kali dan lawatan tiga kali seminggu.
Terdahulu, Fattah dan Fazura yang mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dikurniakan cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun. Pasangan ini bagaimanapun bercerai talak satu pada Oktober 2024.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bagi meringankan lagi beban rakyat untuk menyambut Raya Aidil Fitri nanti, kerajaan akan mula menyalurkan pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 mulai Isnin.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peruntukan tahun ini sebanyak RM1.7 bilion berbanding RM1.5 bilion pada tahun tahun lalu.
Tambahnya lagi, bagi STR Fasa 2, hampir 9 juta penerima yang terdiri daripada 60 peratus rakyat dewasa negara ini bakal mendapat bantuan sehingga RM650.
“Kerajaan MADANI kekal peka akan keperluan golongan terbanyak dalam mengharungi beban kos sara hidup, lebih-lebih lagi menjelang Hari Raya Aidilfitri.
“Peningkatan peruntukan STR dan SARA pada tahun 2025 sebanyak RM3 bilion atau 30 peratus kepada RM13 bilion adalah ikhtiar untuk meningkatkan martabat hidup rakyat secara saksama,” katanya yang juga Menteri Kewangan dalam kenyataan hari ini.
Penerima sedia ada dan penerima baharu yang berdaftar di dalam pangkalan data STR akan menerima pembayaran STR Fasa 2 melalui pengkreditan ke dalam akaun bank atau disalurkan secara tunai melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) secara berperingkat mengikut kategori kelayakan STR masing-masing.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bakat dan anugerah seorang lelaki yang menulis menggunakan tulisan tangan bagi menyiapkan replika Al-Quran gergasi di Masjid Buluh Gua Musang menjadi tarikan dan mendapat perhatian.
Paling membanggakan pastinya tulisan tangan yang dihasilkan oleh beliau cukup cantik, halus dan berseni.
Replika Al-Quran ‘gergasi’ yang memaparkan ayat dari surah Al-Baqarah (164-176) yang terletak di hadapan Masjid Buluh Gua Musang terus menjadi tumpuan orang ramai yang bersinggah di Masjid Buluh.
Rata-rata melahirkan kekaguman mereka tentang keunikan tulisan ayat suci Al-Quran yang menggunakan tulisan tangan ini apa lagi bakat sedia ada yang dimiliki lelaki ini dalam penulisannya. Amat membanggakan.
Difahamkan replika ini menjadi simbolik kepada pemerkasaan syiar islam di Gua Musang dan seterusnya menjadi daya tarikan pelancongan pada masa hadapan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Dunia dikejutkan berita duka apabila seramai 179 orang terkorban dalam nahas pesawat Jeju Air penerbangan 7C2216 yang terhempas di Muan International Airport, Korea Selatan, pada pagi Ahad. Hanya dua mangsa selamat dalam nahas pesawat.
Pesawat berkenaan yang berlepas dari Bangkok membawa 181 orang, meletup dan terbakar selepas melanggar tembok semasa mendarat.
Kata-kata mangsa yang terselamat dan mesej terakhir mangsa nahas
Selepas kejadian tragis itu, dua perkara yang mendapat perhatian dunia adalah kata-kata salah seorang daripada dua mangsa yang terselamat dan mesej terakhir mangsa nahas.
Memetik laporan agensi berita Yonhap, mangsa, seorang pramugara berusia 33 tahun yang hanya dikenali sebagai Lee, merupakan kru penerbangan pesawat Jeju Air mendedahkan dirinya hanya sedar setelah diselamatkan.
“Ketika saya sedar, saya sudah diselamatkan,” katanya kepada doktor, menurut Pengarah hospital itu Ju Woong, dalam satu sidang media.
Dalam pada itu, mesej terakhir nahas begitu menyentuh hati seluruh dunia apabila mangsa sempat menghantar kepada ahli keluarga sebelum nahas paling buruk di korea itu.
Media tempatan melaporkan mesej itu berbunyi,
“Perlukah saya buat wasiat?
Penerima mesej, dikenali sebagai Encik A, berada di lapangan terbang bersama keluarganya ketika kejadian. Dia berkata, “Saya tidak dapat menghubungi mereka selepas diberitahu ada masalah dengan pesawat.”
Dalam laporan lain, seorang penumpang memberitahu melalui mesej bahawa seekor burung tersangkut pada sayap pesawat, menyebabkan ia gagal mendarat.
Agensi berita News1 turut melaporkan mesej lain yang dihantar berbunyi, “Patutkah saya ucapkan kata-kata terakhir saya?”
Dunia berduka dengan insiden tragis ini. Ia melibatkan pesawat B737-800 milik Jeju Air itu berlaku ketika ia cuba melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan, kira-kira 290 kilometer ke barat daya Seoul pada Ahad.
Pesawat yang disyaki mengalami kegagalan gear pendaratan itu dilaporkan mendarat tanpa roda, menyebabkan ia tergelincir daripada landasan dan melanggar dinding pagar luar landasan.
Nahas yang berlaku sekitar 9 pagi itu menjadikan insiden ini sebagai tragedi penerbangan paling dahsyat di Korea Selatan dan ketiga paling maut yang melibatkan syarikat penerbangan Korea.
Suami rendah, isteri tinggi, murah rezeki? Pernah tak anda dengar pepatah orang lama, “kalau suami rendah, isteri tinggi, murah rezeki”? Mungkin bagi sesetengah orang, ia sekadar gurauan atau kepercayaan turun-temurun, tapi sebenarnya pepatah ini menyimpan satu mesej yang lebih dalam dari sekadar perbezaan fizikal.