Pelakon terkenal Fattah Amin luah syukur live di Tiktok sebelum ini menjadi fenomena dan bercadang untuk mendedahkan identiti sebenar Pak Mat Western pada Jumaat ini.
Muat naik video dengan tonton hampir 1 Juta menerusi akaun Instagram millik, Fattah Amin bercadang untuk membuat kelainan promosi jenama kambing perap terkenal itu menerusi sesi live TikTok pada hari Jumaat ini dengan kemunculan individu bernama Pak Mat Western.
“Untuk kelainan ajak Pak Mat joint sekali live tu.” – Fattah Amin
Terdahulu menerusi video, Fattah Amin memberi penghargaan kepada peminatnya dengan mengucapkan terima kasih setelah live di tiktok menjadi fenomena.
Video yang dirakam secara swafoto itu memperlihatkan gaya penyampaian Fattah secara santai turut meluahkan rasa terkilan apabila ada peminat mengadu di bahagian komen tidak dapat membeli pada minggu lepas.
Ads
Katanya demi menghargai peminatnya, dia telah memberi cadangan untuk mengadakan sekali lagi live untuk memenuhi permintaan peminatnya.
Fattah memberi tahu live itu akan diadakan pada hari jumaat jam 9 malam di platform yang sama sebelum ini.
NETIZEN TAK SABAR NAK TAHU IDENTITI PAK MAT
Aoa yang pasti, sudah tentu ramai yang tidak sabar untuk mengetahui siapakah sebenar Pak Mat Western.
Ads
“Fattah nak reveal muka pakmat.”
“Pandai Fattah nak reveal muka pakmat.”
“Betul ke PakMat nak muncul live dengan Fattah ni.
Ads
“Kita pun curious ni siapaaaa PakMat sebenarnya.”
Untuk info, minggu lalu Fattah telah muncul dalam sesi siaran langsung jenama daging tersebut untuk mempromosikan pek promosi mereka. Sesi siaran langsung selama tiga jam tersebut telah meraih jumlah tontonan sebanyak 100,000 dan lebih 44 juta tanda suka.
Tidak hadir ke sekolah, guru wanita ditemui tidak bernyawa di rumah. Seorang guru wanita berusia 55 tahun ditemui tidak bernyawa di kediamannya di Taman Satelit, Bahau, pagi Isnin.
Menurut sumber, kejadian disedari selepas guru tersebut tidak hadir ke sekolah seperti biasa, malah pihak sekolah turut gagal menghubunginya menerusi telefon.
Keadaan itu mendorong Penolong Kanan sekolah berkenaan untuk pergi sendiri ke rumah guru terbabit bagi memastikan keadaannya.
“Sampai sahaja di rumah, kenderaan milik mangsa masih ada di hadapan rumah namun panggilan telefon tidak dijawab, menimbulkan rasa curiga,” katanya.
Susulan itu, pihak sekolah menghubungi pasukan bomba untuk mendapatkan bantuan membuka pintu kediaman mangsa.
Sebaik tiba, anggota bomba berjaya membuka pintu rumah dan mendapati guru wanita tersebut telah meninggal dunia.
Pihak polis turut dipanggil ke lokasi untuk menjalankan siasatan lanjut berhubung insiden berkenaan.
Maklumat awal mendapati mangsa mempunyai sejarah penyakit jantung dan pernah menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Norhisham Mustapar mengesahkan kejadian tersebut.
Beliau berkata, hasil siasatan awal tidak menemui sebarang unsur jenayah dan kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).
Lelaki baru 3 minggu kahwin, kemalangan di Singapura, keluarga mohon bantuan kos rawatan. Seorang rakyat Malaysia kini terlantar di unit rawatan rapi (ICU) di Hospital Universiti Nasional (NUH) Singapura selepas terbabit kemalangan di Ekspreswe Ayer Rajah (AYE) Khamis lalu.
Akif-Zarr Ukasyah Shuhaimi, 28, yang dalam perjalanan pulang ke Johor Bahru dari tempat kerja, digilis sebuah motosikal berkuasa tinggi setelah dia terjatuh dari motosikalnya kerana cuba mengelak kemalangan lain.
Berikutan kemalangan itu, Akif memerlukan bantuan orang ramai untuk membiayai kos rawatannya di republik itu. Keluarga Akif meminta jasa baik rakyat Malaysia, bermurah hati untuk menghulurkan sumbangan.
Akif-Zarr yang berasal dari Kelantan dan bekerja sebagai penyelia di sebuah syarikat makanan dan minuman (F&B) di Bencoolen Street, baru sahaja mendirikan rumah tangga tiga minggu lalu.
Lelaki itu mengalami cedera serius di bahagian tulang belakang, patah tangan kiri selain pendarahan dalaman akibat kecederaan paru-paru.
Isterinya, Nur Syahirah Md Zohir yang bekerja di Kulim, Kedah berkata keluarga diminta membayar sekurang-kurangnya 50 peratus kos rawatan di NUH sebelum dipindahkan ke Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.
“Sebelum ini suami memang dinasihatkan untuk tidak dipindahkan kerana belum stabil. Hospital baru sahaja maklumkan petang tadi bahawa Akif-Zarr sudah boleh dipindahkan,” katanya.
Nur Syahirah yang kelihatan sugul berkata mereka sekeluarga kini runsing memikirkan bil hospital yang perlu diselesaikan. Bil setakat 23 Oktober berjumlah S$110,537.60 (S$1=RM3.29).
Ibu Akif-Zarr, Ku Amazon Tuan Yusof, yang bekerja sebagai guru di sebuah sekolah negeri di Kelantan berkata mereka sekeluarga kini berulang dari Johor Bahru setiap hari bagi melawat anak keduanya itu.
Beliau berkata mereka kini menumpang di rumah kawan Akif-Zarr dan akan berada di hospital sehingga waktu melawat berakhir pada 8 malam setiap hari.
“Saya tengok keadaan dia, Akif-Zarr memang perlukan sokongan kami sekeluarga. Jadi, walaupun dengan keadaan yang kurang sihat, kami akan tetap berulang sampai dia boleh pindah ke HSA,” katanya yang menghidap hipertensi, selain bapa Akif-Zarr yang mempunyai penyakit jantung.
Ku Amazon berkata, beliau memohon jasa baik orang ramai untuk menyumbang bagi membayar bil hospital, selain mendoakan semoga anak kedua daripada enam adik beradik yang selama ini menjadi harapan keluarga cepat sembuh dan tabah menghadapi proses penyembuhan yang panjang.
“Doktor beritahu masih ada beberapa pembedahan yang perlu dilakukan. Kami hasrat untuk buat di Johor nanti.
“Keutamaan kami, selesaikan bil di sini dan kemudiannya fikirkan langkah seterusnya.
“Doktor juga ada minta kami sediakan kerusi roda. Kami sekeluarga ada ikhtiar untuk jual apa yang ada namun semua itu perlukan masa, dan kami kesuntukan waktu,” katanya.
Ku Amazon berkata buat masa ini walaupun dalam keadaan yang lemah, Akif-Zarr sudah mampu berkomunikasi dengan menulis.
“Kami berterima kasih pada NUH sebab bagi rawatan selain prihatin. Pekerja sosial juga ada jumpa tanya keadaan kami.
“Kami juga berterima kasih pada yang telah dan akan menyumbang,” katanya.
Beliau berkata setakat ini, sumbangan yang telah diterima adalah sebanyak S$7,000.
Sumbangan boleh disalurkan kepada nombor akaun berikut: Ku Amazon Tuan Yusof (ibu) (Maybank – 153039098822) atau Nur Syahirah Md Zohir (isteri) (CIMB – 7612785947).
Atuk 80 tahun cedera, kereta dipandu rempuh warung. Seorang lelaki berusia 80 tahun yang juga pesara polis mengalami kecederaan ringan selepas kereta Perodua Myvi yang dipandunya terbabas dan merempuh sebuah warung di Batu 13, Pantai Belimbing, Durian Tunggal pada petang Isnin.
Menurut Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Ashari Abu Samah, kejadian berlaku sekitar jam 2.55 petang ketika mangsa sedang memandu seorang diri dari arah Pulau Sebang menuju ke Taman Melaka Perdana.
“Setibanya di lokasi kejadian, kenderaan dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke bahu jalan dan melanggar warung yang terletak di tepi jalan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.
Nasib menyebelahi kerana tiada sesiapa berada di warung berkenaan sewaktu insiden berlaku. Mangsa pula hanya mengalami bengkak di bahagian kepala.
Mangsa yang menetap di Taman Dahlia, Bukit Beruang, Ayer Keroh kemudian dikejarkan ke Hospital Alor Gajah untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Kes kini disiasat di bawah Peraturan 10, Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59) kerana gagal mengawal kenderaan semasa memandu.