Keibubapaan

Fattah Amin Dapat Hak Lawatan Bertemu, Bermalam Dengan Anak!

Share

Peguam syarie yang mewakili pelakon Nur Fazura iaitu Fakhrul Azman Abu Hassan akan memfailkan kes baharu berkaitan hak penjagaan anak di Mahkamah Tinggi Syariah, Kuala Lumpur.

Fakhrul berkata, perkara itu perlu difailkan di Mahkamah Tinggi Syariah kerana ia di luar bidang kuasa Mahkamah Rendah Syariah.

“Terma persetujuan juga sudah direkodkan termasuklah nafkah edah, anak dan apa-apa yang berkaitan dengan bidang kuasa Mahkamah Rendah Syariah.

“Hak penjagaan akan rekodkan di Mahkamah Tinggi Syariah sebab bukan bidang kuasa di Mahkamah Rendah.

“Kami kena failkan kes baharu di Mahkamah Tinggi untuk merekodkan persetujuan yang tercapai dalam perjanjian. Tarikh belum ditetapkan sebab baru boleh difailkan,” katanya ditemui pada prosiding kedua kes perceraian mereka di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, di sini, pagi tadi.

Sementara itu, Fattah berkata, biarpun Fazura mendapat hak jagaan ke atas Fatima, namun dia masih mempunyai peluang untuk bertemu dan bermalam dengan anaknya itu.

“Betul hak jagaan anak diberi kepada Fazura, tapi kami ada perjanjian yang perlu dipersetujui bersama.

“Antaranya saya dapat hak lawatan untuk berjumpa Fatima dan bermalam dengannya, Alhamdulillah,” katanya.

Menarik: MK K Clique Kongsi Nama Puteri Sulung, Makna Pun Elok!

Murahnya Hati MUA Bellaz Belanja 500 Rider Petrol Percuma!

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my