Tiada apa yang membuatkan ibu bapa berasa lega dan berlapang dada bila mana anak-anak perempuannya telah bertemu jodoh dengan pasangan hidup yang sehati sejiwa.
Sabtu lalu, pelakon Sharifah Amani sah bergelar isteri kepada jejaka pilihan hati, Ahmed Faris dengan sekali lafaz dalam satu majlis diadakan di Masjid Saidina Umar Al Khattab, Bukit Damansara.
Memetik BH Online, ibu kepada pelakon itu iaitu aktres yang guru lakon, Fatimah Abu Bakar meluahkan rasa syukur anaknya itu bertemu dengan lelaki ‘sekepala’ dan memahami dirinya.
“Akhirnya, lengkap keempat-empat anak perempuan sudah bergelar isteri orang. Biarpun dua adik Nani iaitu Sharifah Aryana dan Sharifah Aleysha lebih dulu bertemu jodoh atau melangkah bendul, saya bersyukur dia (Nani) dikurniakan suami yang baik dan serasi.
“Alhamdulillah, keluarga mentua pun menerima Nani dengan baik dan begitulah sebaliknya,” katanya.
Harapan & Pesanan
Sebagai ibu sudah tentu dia mengharapkan anaknya itu bahagia serta mendoakan Amani dan menantunya itu bersama-sama menjaga bahtera rumah tangga yang dibina.
“Mereka kena jaga, hormat dan sokong antara satu sama lain. Nani dikurniakan Med dan begitulah sebaliknya… saling melengkapi. Moga bahagia melayari mereka sampai Jannah,” katanya.
Turut berkongsikan tips rumah tangga, Fatimah turut menitipkan pesanan buat Amani dan Faris tentang kehidupan rumah tangga serta saling menghargai.
“Banyak bersabar kerana mendirikan rumah tangga ini umpama permainan ‘roller coaster’, ada turun dan naik. Pandai-pandailah kemudi. Apabila berada dalam dakapan bahagia, jangan lupa diri.
“Apabila diuji seperti pepatah ‘sedangkan lidah lagi tergigit’, usah cepat putus asa. Kena banyak bertolak ansur,” pesannya.
Terdahulu, pelakon berusia 36 tahun itu mengakui dia terpikat dengan kebijaksanaan Ahmed Faris yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah syarikat swasta serta pandai mengambil hatinya.
Meninjau di ruangan komen, wargamaya mengucapkan tahniah dan tidak kurang juga ramai mengatakan Sharifah Amani dan suami mempunyai iras wajah yang sama. Didoakan agar pasangan ini kekal bahagia hingga Jannah.
KELUARGA INSPIRASI selami perkongsian eksklusif keluarga dan kerjaya daripada figura yang pernah menjadi fenomena Bonda Rozita, Encik Azmi Zainal, Profesor Dr Md Nasir Ibrahim, Datuk Rashid Sidek dan Ustazah Asma Harun.
Saksikan setiap jam 2.30 petang pada 12-16 September 2022 hanya di facebook keluargamagazine. Jangan ketinggalan ok!
ARTIKEL MENARIK : “Di Rumah Auto Jadi Bapak-bapak..”-Isteri Abam Bomba Viral Kongsi Rutin Suami,Tarik Perhatian!
Baca Ini Juga :Hidup Mewah, Rupanya Datuk Lee Chong Wei Buat Macam-macam. Bukan Main Badminton Je Dulu!
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club