Muat naik terkini di instagram milik Pelakon Fasha Sandha mengejutkan ramai pihak apabila keputusan untuk menaiki penerbangan kelas ekonomi pulang beraya di kampung halaman bersama keluarga dipertikai seorang pramugari baru-baru ini.

Menerusi coretannya insiden tersebut berlaku ketika menaiki sebuah penerbangan pada 30 Mac lalu.

Fasya Sandha Kena Sindir Balik Kampung Pilih Kelas Ekonomi
“Seorang pramugari menyambut kedatangan saya dengan ayat ‘Fasha Sandha, kelas ekonomi?’

“Terkejut saya dan anak-anak sebab tidak pernah ditanya sebegitu sebelum ini. Saya terkesima dalam keadaan berpuasa.”

 

“Saya kecewa sebelum ambil gambar pramugari itu dari jauh untuk buat aduan supaya dapat meningkatkan taraf servis syarikat penerbangan tersebut.

“Kemudian seorang pramugari datang dan minta maaf. Sepanjang hidup, tidak pernah orang tanya soalan begitu dan sebagai pramugari, tak sepatutnya tanya perkara yang menggores hati penumpang,” luahnya dalam Instagram.

BUKAN NAK AIB TAPI BERI KESEDARAN

Ads

Fasya Sandha Kena Sindir Balik Kampung Pilih Kelas Ekonomi

Katanya, tujuan perkongsiannya bukan untuk mengaibkan mana-mana pihak sebaliknya mahu dijadikan sebagai pengajaran kepada semua orang khususnya mereka yang bekerja sebagai kru kabin.

“Mampu atau tidak belakang kira, saya pilih untuk berjimat-cermat daripada membazir perkara tidak perlu.”

“Apa salahnya kami naik kelas ekonomi? Kelas ekonomi atau bisnes, kita semua sama, tak perlu luahkan dengan kata-kata begitu kepada penumpang.”

“Saya memandang tinggi kerjaya pramugari. Ramai juga tahu saya pernah bercita-cita jadi pramugari.

Ads

“Apa yang terlintas dalam hati, simpan sahaja. Tak perlu terkeluar di mulut depan anak-anak penumpang dan orang lain. Jagalah hati penumpang anda,” katanya.

Dia bagaimanapun tetap menganggap perkara tersebut sebagai sesuatu yang memalukan dirinya di hadapan penumpang lain.

“Untuk pengetahuan semua, Jemyma selalu minta nak naik kelas bisnes tetapi saya selalu cakap kos beribu sedangkan kelas ekonomi harga beratus.

“Lebih baik kita sedekah duit tu pada yang memerlukan daripada bayar hanya untuk keselesaan buat satu jam sahaja.

Ads

“Namun, bila terjadi perkara ini, anak-anak saya pun terkejut. Kami ibarat dihina depan khalayak ramai oleh seorang pramugari.

“Kepada pramugari berkenaan, semoga awak belaiar daripada kesilapan tersebut. Golongan VIP, selebriti atau sesiapa sekali pun, tak salah untuk duduk di kelas ekonomi,” tuturnya.

Awak bernasib baik, kalau suami orang lain agaknya awak akan dimaki depan khalayak ramai.
“Apa juga alasan awak, tanya soalan begitu adalah tidak sesuai kepada penumpang.

“Walaupun awak dah minta maaf dan hantar piza untuk anak-anak saya, tak dapat mengubati luka ini,” ujarnya lagi.

Menerusi perkongsian sama, Fasha turut memuat naik foto pramugari tersebut namun bahagian wajah ditutup.

Fasya Sandha Kena Sindir Balik Kampung Pilih Kelas Ekonomi

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI