Fasha Sandha Gurau Lambung Anak, Buat Netizen Risau!

Share

Gurau senda antara ibu dan anak setelah pulang ke rumah daripada tempat kerja tentu sahaja menjadi momen yang  cukup membahagiakan. Bahkan mendengar anak-anak tertawa riang, mampu menghilangkan kepenatan seharian bekerja.

Berkongsi video, pelakon cantik Fasha Sandha menerusi hantaran di Instagram berkongsi saat yang cukup meriangkan bersama anak bongsunya iaitu Aisha Amaira setelah baru pulang dari tempat kerja.

Namun begitu, tindakan Fasha melambung anaknya telah menarik perhatian netizen.

Momen paling best bila balik kerja. Rindu anak-anak ibu selalu masa ibu kat tempat kerja.

Walau bagaimanapun, cara gurauan dengan melambung anaknya itu kurang disenangi warganet kerana risau anak kecil berkenaan tercedera atau mengalami gegaran pada bahagian otak sekiranya terjatuh. Malah ada juga di antara mereka yang menasihati agar pelakon itu tidak bergurau seperti itu lagi.

Antara komen yang diberikan oleh netizen antaranya

“Jangan lambung tinggi kak Fasha bahaya takut nanti Aisya jatuh ke bawah kalau terlepas tangan.”

“Ini berkenaan dengan otak dah. Dah biasa ke lambung tinggi-tinggi? Better stop Fasha bergegar otak.”

“Ingatkan sekali je dia lambung rupanya banyak kali. Seramnya takut baby terjatuh. Bahaya untuk otak bayi jugak.”

Namun, Fasha memberitahu bahawa anak bongsunya itu sudah terbiasa dengan gurauan seperti itu dan menyatakan apa yang penting adalah fokus kerana ia sama seperti mendukung anak, di mana kadang-kadang anak juga boleh terlepas dari genggaman ketika didukung.

Dah biasa dah buat macam tu insyaAllah okay.

Kena pastikan awak fokus, fokus sama macam sedang mendukung. Mendukung pun kadang-kandang boleh terlepas kan?

Sumber : Ig Fasha Sandha

Jom saksikan video menarik tentang adik-adik BK kita ni makan Ayam McD 3X pedas. Boleh tahan ke tidak? Jom saksikan.

 

Tonton juga video ini, rasa-rasanya apa yang menarik jika kita shopping di beberapa kedai yang dianggap ‘kedai saka’ ni ye?

ARTIKEL MENARIK : Berminggu-minggu Batuk Tak Hilang, Rupanya Petua Dari Aunty Cina Ni Yang Serasi Bantu Anak Pulih!

LAGI ARTIKEL MENARIK :15 Minit Jaraknya, Anak Kembar Sepasang Ni Dilahirkan Lain Bulan & Lain Tahun!

Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.

Lagi video menarik!

Baca Ini Juga :Tiba-tiba Tiada Elektrik, Ambilkan Saja Cotton Bud & Buat DIY Untuk Jadikan Lilin. Boleh Tahan Berhari-hari!

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club