Jangan mengabaikan masalah batuk kerana jika dibiarkan ia akan menjejaskan kesihatan anda selain akan memudaratkan diri sendiri.
Batuk adalah tindakbalas semulajadi untuk menyingkirkan bendasing dan kuman di mana ia dapat membantu menghalang salur pernafasan daripada terkena sebarang jangkitan dan memasuki paru-paru yang boleh menyebabkan penyakit yang serius seperti radang paru-paru (pneumonia).
Apabila batuk menyerang segera dapatkan rawatan di klinik kesihatan yang berdekatan. Sudah tentu doktor akan membekalkan ubat yang sesuai untuk anda.
Ads
Dalam pada itu, Farmasi Sabak Bernam turut berkongsi maklumat jenis batuk dan jenis ubat untuk rawatanya.
Ads
Dengan ini, anda telah mempunyai ilmu ubat-ubatan. Boleh digunakan untuk rujukan anda.
Ads
1. Batuk kering (Dry cough)
– Tanda-tanda batuk kering: tiada kahak, kegatalan pada
tekak, suara bertukar menjadi garau dan boleh
mengakibatkan hilang suara.
– Punca batuk kering: jangkitan virus di tekak, menghidapi
asma/lelah, habuk/jerebu/bahan kimia/asap rokok, kesan
sampingan ubat.
2. Batuk basah (Wet cough)
– Tanda-tanda batuk basah: berkahak, rasa sesak dada
(tight chest) bila batuk.
– Punca batuk basah: jangkitan bakteria di tekak,
pneumonia, post-nasal drip.
JENIS-JENIS UBAT UNTUK MERAWAT BATUK
1. Expectorant (penyingkir kahak)
– Sesuai untuk batuk berkahak
– Cth: DCM Expectorant, Mucolix
2. Antitussive (penghenti batuk)
– Sesuai untuk batuk kering tanpa kahak
– Cth: Copastin, Rasitin
3. Anti-asthmatics (batuk lelah)
– Sesuai untuk batuk lelah (terutama batuk pada sebelah
malam)
– Cth: Ventolin, Salmodil
4. Mucolytics (cair kahak)
– Untuk mencairkan kahak pekat supaya senang
dikeluarkan dan melegakan batuk.
– Cth: Bromhexine, Stenac
5. Decongestant (ubat selsema)
– Sesuai untuk melegakan batuk yang disebabkan oleh
hingus yang mengalir ke belakang tekak (post nasal drip).
– Sesuai untuk melegakan batuk, selsema dan hidung
tersumbat.
– Cth: Cough-EN, Sedilix
6. Antibiotic
– Sekiranya batuk melebihi 3 hari berserta kahak
hijau/kuning (perlu slip daripada doctor jika ingin
mendapatkan antibiotic di farmasi luar)
7. Lozenge
– Untuk menghilangkan kegatalan tekak yang menyebabkan
batuk.
– Cth: Difflam, Strepsils, Sobenz
*Selain daripada ubat-ubat batuk yang terkawal seperti di atas, terdapat juga ubat batuk herba/traditional yang boleh melegakan batuk. Cth biasa seperti Prospan, Ubat Batuk Cap Kelapa Laut Afrika, Ubat Batuk Cap Ibu & Anak, Ubat Batuk Hurix’s dan bermacam-macam lagi yang boleh anda dapatkan di farmasi.
Batuk walau dianggap sakit biasa-biasa sahaja, namun jika berminggu-minggu menanggung deritanya memang perit juga dirasakan.
Puas dimakan pelbagai ubat, andai tidak serasi bolehlah dicuba petua ini dengan menghasilkan minyak untuk diusap di beberapa bahagian tubuh. Dikatakan, cara rawatan ini dapat membantu meredakan batuk bagi yang serasi.
Jadi apa kata ketahui cara penyediaan minyak tersebut yang dikongsikan oleh wanita ini untuk merawat batuk cucunya.
Cara buat minyak bawang putih yang saya buat untuk cucu batuk…
Alhamdulillah.. . Memang mujarab…
Cara penggunaan:
Usapkan 2 kali ke telapak kaki dia, lalu betis, belakang dan dada… langsung lega batuk nya…
Caranya buat minyak bawang putih
1 – mula-mula ambil sebuku bawang putih lalu dibakar dalam kuali dan tutup…. Bakar agak-agak dah naik baunya dia dan warna kulit bawang menjadi kekuningan..
2 – ambil bawang tadi letakkan dalam mangkuk dan siram minyak diatas bawang yg sudah dibakar tadi. Biarkan lebih kurang 10 menit…
( boleh gunakan minyak yang anak biasa pakai. Minyak telon, minyak angin atau minyak zaitun dan minyak masak pun boleh. Saya guna minyak kelapa masak sendiri)
3 – tumbuk hancurkan bawang kedalam minyak tadi. Hingga Bawang sudah menjadi lembut. Dah boleh oleskan ke telapak kaki anak, ke betis belakang serta dada anak .
Insha Allah anak akan merasakan reda batuk nya dan batuk akan sembuh dengan izin Allah.. Cuba lah.. Mudahkan .
Minyak masak yang digunakan berulang kali boleh menyebabkan hipertensi, merosakkan hati dan meningkatkan risiko kanser.
Minyak masak tidak sepatutnya digunakan lebih dari dua atau tiga kali untuk menggoreng.Yang terbaik menggunakannya hanya sekali. Apabila digunakan berulang kali, tahap kelikatan hidrokarbon di dalam minyak masak meningkat dan menyebabkan salur arteri tersumbat, hipertensi dan merosakkan hati.
Kebanyakan kita tidak membuang minyak yang telah digunakan dan menggunakanya lagi beberapa kali sebelum dibuang.
Selain itu dalam kajian yang pernah dilakukan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia, ke atas 19 jenama minyak masak mendapati bahawa kebanyakan minyak dalam peket 1 kg ini tidak sihat mengikut piawaian yang ditetapkan Lembaga Minyak Sawit Malaysia.
Oleh itu masyarakat diingatkan agar berhati-hati menggunakan minyak masak dalam peket 1kg. Sebagai langkah selamat, gunakan minyak yang mendapat pengesahan dari SIRIM sahaja.
Selain daripada itu, elakkan dari membeli minyak yang tidak dapat dipastikan pengeluarnya walaupun harganya adalah lebih murah.
Fenomena ini akan menyebabkan pengguna lebih terdedah kepada risiko untuk memakan minyak yang telah dikitar semula.
Bagi mengelakkan kemudaratan kesihatan, masyarakat mestilah mengurangkan tabiat makan makanan yang digoreng di luar rumah kerana dibimbangi peniaga menggunakan minyak masak yang dikitar semula kerana berharga murah dan dapat mengurangkan kos.
Selain itu, dengan cara ini, bukan sahaja dapat menjamin kesihatan tubuh dan minda, malah perkara utama adalah makanan yang dinikmati dijamin berkualiti dan halal.
Rumusannya, mana-mana minyak masak boleh digunakan selagi ada label SIRIM untuk menjamin kesihatan kita. Jangan gunakan minyak masak berulang kali. Minyak yang dikitar semula hanya sesuai dijadikan biodisel untuk bahan bakar.
Kredit: Dr Zubaidi Hj Ahmad
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Perkongsian wanita ini yang membiasakan keluarganya minum air lemon, nyata menu air yang diminum dipelbagaikan.
Menurutnya, air lemon yang diamalkan bertujuan untuk menjaga kesihatan. Nak tahu lanjut ini perkongsiannya.
DEMAM AKIBAT JANGKITAN VIRUS
Rupa-rupanya tempoh hari, kemungkinan encik suami demam akibat jangkitan virus.. Maknanya kami sekeluarga pun sama lah jugak sebab dah berjangkit 1 rumah.
Hari Isnin sepatutnya suami jumpa doktor dan nak buat ujian makmal untuk influenza lak. Tapi memandangkan keadaan suami dah tak demam dan batuk pun dah semakin reda, doktor sekadar beri opsyen (nak buat boleh, tak nak buat pun takpe). Doktor cuma syak berdasarkan simptom-simptom yang suami alami macam
☑ Demam panas & mendadak
☑ Demam yang berulang-ulang
☑ Sakit kepala
☑ Sakit badan & sendi
⬜ Badan menggigil (antara kami bertiga, cuma saya je ada simptom ni)
☑ Batuk tak berkahak
☑ Selesema
☑ Ruam pada badan (hanya suami)
☑ Cirit-birit
⬜ Muntah
Doktor cakap, demam akibat virus ni sebenarnya tak ada ubat pun. Antibiotik tu untuk demam sebabkan bakteria. Bagi jangkitan yang tak kronik, boleh sembuh dalam masa beberapa hari hingga dua minggu, bergantung kepada respon imun badan masing-masing.
Tapi kalau tak jaga dengan betul, boleh sebabkan komplikasi gak (nak-nak pada anak kecil, orang tua & orang yang lemah imun). Ni antara langkah-langkah yang perlu diambil bila demam
☑ Minum banyak air kosong
☑ Rehat secukupnya
☑ Jaga pemakanan (makan makanan seimbang)
☑ Amalkan kebersihan & cuci tangan dengan sabun (elakkan pegang muka)
☑ Elakkan gi tempat orang ramai (untuk elak sebarkan jangkitan)
☑Dapatkan rawatan doktor jika gejala berterusan
MAKANAN TINGGI VITAMIN C
Alhamdulillah, saya syukur sangat sebenarnya sebab gejala yang kitorang alami tak teruk sangat & cepat gak kurang.. Selain amalkan ambil bone broth & menu² upkan imun yang lain, saya gak suka buat air lemon nak-nak bila ada yang tak sihat. Lemon ni bukan berfungsi upkan imun tau.. Tapi kandungan vit C dia tinggi & sangat elok untuk cepatkan proses penyembuhan.
Selain lemon, boleh je ambil buah-buahan & sayur lain yang tinggi vitamin C macam nanas, blackcurrant, kiwi buah-buahan sitrus, brokoli, kubis, kale (kubis keriting), dll. Saya suka guna lemon sebab selalu ada stok lemon jer kat rumah.. Saya hiris nipis 1-2 biji lemon & simpan dalam freezer (gunakan plastik ziplock/bekas kedap udara) sebagai ‘first aid herbs’. So saya sentiasa ada stok lemon walaupun saa-saat tak terduga camni. Kemudian barulah beli yang fresh untuk kegunaan hari seterusnya..
Bila buat air lemon, saya suka pelbagaikan perisanya dengan tambah bahan-bahan lain supaya tak cepat bosan. Sekarang ni Fydh pun dah suka minum air lemon+madu. Ni antara variasi lemonade yang saya pernah buat. Saya tak buat masam-masam sangat sebab buat untuk dak Fydh ni sekali. Tambah/ubahlah sukatan lemon ikut citarasa sendiri ye..
Air Lemon & Madu
½ biji lemon
500-600 ml air panas (bergantung pada saiz lemon)
Sedikit madu asli
Untuk Fydh saya tambahkan madu sikit & setitik stevia sebab dia tak suka air masam sangat & rasa madu terlalu kuat
Air Lemon Madu & Pudina
½ biji lemon
500-600 ml air panas (bergantung pada saiz lemon)
Sedikit madu asli
Beberapa helai daun pudina
Tip :
– gentel/ramas daun sebelum masukkan dalam air supaya patinya keluar
– daun pudina kurangkan batuk & cairkan kahak
Teh Hijau Lemon Madu
1 uncang teh hijau
½ biji lemon
500-600 ml air panas (bergantung pada saiz lemon)
Sedikit madu asli
-teh hijau mengandungi kadar antioksidan yang tinggi, membantu melawan jangkitan virus & mengurangkan selesema
-teh hijau tak boleh diambil berlebihan. Hanya 1-2 cawan jer sehari.
Lemonade Mawar
½ biji lemon diperah airnya
500-600 ml air panas/suam (bergantung pada saiz lemon)
2 sudu air mawar
Sedikit stevia/ gula
-pastikan pilih air mawar gred makanan (bukan bahagian kosmetik ye!)
-air ni sedap diminum sejuk
-air mawar tinggi kandungan antioksidan
-boleh mengurangkan stres, anxiety & membaiki mood (bila selalu stres & bad mood akan melambatkan sistem tubuh untuk sembuh)
-bukan setakat bagus untuk kulit, minum air mawar ni awet muda gak tau..heheh
Lemonade Pandan
½ biji lemon diperah airnya
500-600 ml air (bergantung pada saiz lemon)
1 helai daun pandan (dicarik & diikat)
Sedikit stevia/ gula batu
-masak air bersama daun pandan dan gula batu. Selepas mendidih, tutup api & masukkan perahan lemon.
-air ni sedap diminum sejuk
-selain boleh meredakan demam, minum rebusan daun pandan boleh meredakan sakit² badan, mengurangkan sakit kepala, sakit telinga & arthritis.
-elakkan pengambilan daun pandan sekiranya ada simptom cirit-birit sebab daun pandan ni gak ada kandungan laksatif yang bertindak macam julap.
⚠ Kalau terbatuk-terbatuk sampai dah luka tekak, jangan buat air lemon masam-masam sangat sebab akan pedihkan lagi tekak yang luka..
TEH HERBA UNTUK BATUK
Teh herba ni saya buat masa tengah batuk teruk hari tu.. Lepas minum memang rasa lega sikit sebab ada buah pelaga & kayu manis tu. Buah pelaga memang berfungsi meredakan batuk dalam perubatan ayurveda. Kayu manis tu plak kurangkan rasa sesak dada akibat batuk..
1 uncang teh (sebaik²nya teh hijau)
500 ml air panas
½ batang kayu manis
1-2 biji buah pelaga
Sedikit madu asli
-minum ketika masih suam
-saya guna 1 jer buah pelaga sebab tak suka rasa buah pelaga kuat sangat. Kalau guna sebiji, rasanya macam teh kayu manis jer.
-buah pelaga & bahagian dalam kayu manis (pecahkan dulu) perlu dibasuh dengan larutan cuka sebab kadang² bahagian dalam batang kayu manis ni berkulat.
-ketuk buah pelaga sebelum tambah air untuk keluarkan minyaknya.
-minum setiap hari untuk kurangkan batuk & sakit tekak.
Menerusi perkongsian di Instagram (IG) terbaru, Tomok atau nama sebenar Shah Indrawan Ismail berkongsi video memaparkan dirinya melangkah hari pertama di Universiti Pendidikan Sultan...