Pertandingan Dewi Cilik Bintang Kecil 2023 yang dianjurkan oleh Bintang Kecil baru-baru ini berjaya melakarkan sejarahnya yang tersendiri. Apa tidaknya bermula daripada sesi pencarian Dewi Cilik Bintang Kecil 2023 yang telah diadakan sejak bulan Julai yang lalu, berjaya menarik perhatian hingga 200 orang kanak-kanak untuk turut serta dalam ujibakat tersebut.
Barisan finalis Top 10 Dewi Cilik Bintang Kecil 2023
Pun begitu diacara kemuncak pertandingan Dewi Cilik Bintang Kecil 2023, hanya 10 peserta sahaja yang bertuah dan layak sampai ke pentas final yang berlangsung di Plaza Shah Alam. Mereka adalah adik Puteri Raisya Eva Ryanna binti Budiman,8, Nur Zara Aamily Binti Nazri,10, Heidi Nur Aleesya,9, Syazwina Bt Mohd Taib,12, Putri Diana Ellysa,12, Nur Syasya Ardini Bt Muhammad Afandi,12, Putri Nur Nariesya Eizeanies, 12,Ainul Masmardhiah,8, Malaeka Humaira Bt Saiful Rizal,8 dan Nur Farisha Dania, 11.
Penganjuran yang julung-julung kalinya ini memperlihatkan gaya anak-anak kecil ini yang berusia di bawah 13 tahun beraksi di pentas peragaan bak sang puteri. Cukup memukau!
Barisan juri pertandingan Dewi Cilik Bintang Kecil 2023
Bahkan Dewi Cilik Bintang Kecil 2023 tidak hanya mempamerkan kecantikan semata-mata tetapi turut dinilai melalui keberanian, kelincahan dan kebijaksanaan di atas pentas oleh barisan juri yang professional iaitu Puan Norfarhati Binti Abdul Hakim pengasas Mewah Rose, Encik Faizal Hamid, Senior Lecturer, Fashion Department dari UITM Shah Alam dan Cik Shaza Bae, Dewi Remaja 2019/2020.
Kesemua finalis telah diuji melalui catwalk mereka serta keyakinan mereka. Untuk cabaran pertama kesemua finalis diadili melalui peragaan busana tradisional. Kesemua peserta tampil anggun dengan fesyen tersendiri.
Tampil anggun persis seorang puteriManis bergaya dengan persalinan rona biru
Selain itu, mereka turut melalui cabaran Tiktok di mana mereka perlu menari apabila mendengar lagu viral di aplikasi itu yang dimainkan secara rawak.
Penuh yakin menari tarian viral di TikTokComel dengan aksi lincah menari
Selain tampil berbusana tradisional, para peserta juga diminta untuk menggayakan fesyen tutu skirt mengikut kreativiti masing-masing.
Barisan Top 5 Dewi Cilik Bintang Kecil 2023
Kecil-kecil Cili Padi
Ads
Akhirnya tanggal 19 Ogos 2023, teka teki siapakah pemenang Dewi Cilik Bintang Kecil 2023 terjawab sudah apabila nama adik Farisha diumumkan diikuti dengan sorakan meriah oleh pengunjung Plaza Shah Alam yang turut meraikan kejayaan anak kecil ini menyandang gelaran Dewi Cilik Bintang Kecil 2023.
Farisha, wajah pertama Dewi Cilik Bintang Kecil 2023. Tahniah!
Kecil-kecil cili padi, meskipun kecil namun keberaniannya di pentas peragaan cukup hebat. Sekali gus melayakkan adik Nur Farisha Dania membawa pulang wang tunai bernilai RM1500 sumbangan Plaza Masalam, jam tangan Ice Watch, bunga tajaan Mewah Rose serta hadiah sampingan lain.
Begitu juga tidak kurang gamat sorakan yang diterima apabila diumumkan nama adik Nur Zara Aamily Binti Nazri sebagai pemenang tempat ke dua Dewi Cilik Bintang Kecil 2023 yang membolehkan membawa pulang wang tunai bernilai RM1000 sumbangan Plaza Shah Alam berserta jam tangan Ice Watch serta hadiah sampingan lain.
Ads
Manakala tempat ke tiga pula jatuh kepada adik Syazwina Bt Mohd Taib, menerima wang tunai bernilai RM500 sumbangan Plaza Shah Alam berserta jam tangan Ice Watch serta hadiah sampingan lain.
Tahniah buat semua yang berjaya
Di atas pentas pertandingan ini juga menyaksikan adik Putri Nur Nariesya Eizeanies memenangi cabaran photo Dewi Cilik Bintang Kecil 2023, dengan membawa pulang wang tunai bernilai RM200 tajaan Plaza Shah Alam berserta jam tangan Ice Watch dan hadiah sampingan lain.
Manakala adik Putri Diana Ellysa pula dinobatkan sebagai Dewi Aktif sekali gus layak menerima wang tunai bernilai RM200 sumbangan Plaza Shah Alam berserta jam tangan Ice Watch serta hadiah sampingan.
Tahniah kepada semua pemenang Dewi Cilik Bintang Kecil 2023 kerana anda adalah wajah pertama Dewi Cilik Bintang Kecil!
Ads
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Nampaknya cukup mudah cara Gan Alma Daud menyemai pokok limau dan ini secara tidak langsung menyuntik semangat kepada orang lain untuk mencubanya.
Mana tahu dengan teknik ini, tak ada lagi istilah ‘tangan panas’ untuk menanam buat sebahagian antara kita. Jadi tunggu apa lagi, jom dicuba teknik ni!
“1 hingga 2 minggu jadi pokok begini, semai dari biji dalam cup2 tepi sink sahaja.”
Tak de susah naw. Taruk ja biji limau dalam cup2 bunga tepi sink. Tutup dengan tanah sikit. Seminggu dah tunas. Tunggu keluar 3 daun kaleh ke tea bag ni. Dalam uncang teh tu gaul tanah sesudu.
Kemudian tunggu keluar 5 daun kita bagi rumah baru ke dia.
Ini kalau semai limau nipis atau kasturi. Tak payah keringkan biji. Limau kasturi senang tumbuh.
Kalau limau purut, lemon ka, lagi senang.
CARANYA : Potong tangkai muda yang 5 daun, celup dalam penggalak akar, semai dalam cup tinggi.
Selain itu, Puan Nor Amirah Omar juga ada berkongsi cara menyemai cili dengan memanfaatkan uncang teh. Ini perkongsiannya.
Semua anak-anak dah tidur. Jadi mama pergi usha anak benih cili pula kat dapur.
Yang dalam uncang teh tu cili merah. Biji cili merah yang mama guna waktu masak. Selalu biji tu dibuang. Rajin sikit so mama try semai. Ada lah dalam 4-5 hari rasanya. Alhamdulillah ada yang dah tumbuh.
Biji cili yang atas tisu ni pula cili api. Pokok cili api ada dah sebatang tapi cili apinya tak pedas. Jadi mama ambil biji cili api yang beli di pasar dan cuba semai. Benih cili api ni baru sehari dua. Jadi kita tunggu lagi few days.
Dua-dua cara ni belajar dari youtube je. Mudah semua di hujung jari.
Kalau kita guna kemudahan untuk kebaikan jadi kebaikan lah yang kita dapat.
Doakan naik elok cili-cili ini ya. Nanti kita try semai biji tomato pula. Dalam youtube nampak sonang je dia buat. Nanti kita try. Sekejap je nak semai benih ni. Nak menunggu keluar cambah tu yang menguji kesabaran.
Di dalam sebuah grup masakan, wanita ini berkongsi cerita si suami pandai menggoreng telur mata. Bakat yang ada pada suaminya itu membuatkan Dila Noordin mahu berkongsi dengan orang lain akan kaedah tersebut.
Dalam masa yang sama, dia berhasrat memiliki kaca mata baru. Melalui perkongsian tersebut, dia berharap mendapat like yang banyak bagi membolehkan keinginanya dipenuhi oleh suami.
Saya puji suami saya pandai dia goreng telur. Rangup kat luar..cair di tengah. Lepas tu saya cakap nak letak dalam fb. Dia kata, gambaq teloq pun ada orang nak like ke? Saya cakap kalau dapat like banyak saya nk spek mata baru. Sebab silau makin teruk. Hihi.. ada ke yang nak tolong sy dapatkan spek mata baru.
note: just for funnnn. ???
Update:
Tips telur gedik by hubby.
– Pilih telur yg kecik supaya bila masak putih tak melebar. – Pecahkan dalam mangkuk kalau tak yakin takut kuning pecah. Baru boh dalam kuali. – Minyak banyak telur tengelam. Tapi tak lah penuh sekuali. – Minyak betul² panas sampai berasap²..dah berasap kecikkan api baru masuk telur. – Sira minyak atas kuning telur. – Masak sekejap sahaja xsmpai 1 min. – Selamat mencuba.
Hahahaha.. Tq likers. Just made my day. 3hari demam tak kebah. Pagi ni ada food delivery. Hubby buat semua. Sebab tu sy puji dia. Alhamdulillah. Senyum saya baca komen semua. ?
Siapa sangka, perkongsian gambar telur goreng atau digelar Telur ‘gedik’ oleh Dilla mendapat lebih dari 105k likes di facebook berkenaan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Penggunaan internet di rumah bukan lagi dilihat suatu keperluan bagi pengguna dewasa semata-mata, bahkan bolehlah dikatakan menjadi keperluan untuk setiap ahli keluarga. Apatah lagi dengan perlaksanaan PdPR, anak-anak belajar secara dalam talian sekali gus ibu ayah cukup prihatin untuk memasang Wi-Fi bagi memastikan sesi pembelajaran anak-anak dapat berjalan dengan lancar.
Pun begitu, tentu anda biasa dengar bahawa Wi-Fi ini ada yang 5.0 GHz dan 2.4 GHz. Tapi apa sebenarnya beza kedua-dua jenis Wi-Fi ini ya? Lagi banyak Gigahertz lagi laju ke atau bagaimana?
Terpanggil untuk memberi pemahaman mudah berkenaan perbezaan antara 5.0 GHz dan 2.4 GHz, pemilik akaun TikTok masfaizhakim berkongsi info. Nyata, video yang dikongsikan olehnya menarik perhatian ramai hingga ditonton oleh 430 ribu penonton.
Menurutnya bila anda memahami kedua-duanya, memudahkan untuk anda membuat pilihan mana satu yang perlu anda gunakan bersesuaian dengan kedudukan dan situasi anda berada ketika itu untuk memastikan sambungan Wi-Fi lebih pantas dan laju.
5.0 Gigahertz
Frekuensi tinggi, wavelength rendah
Wi-Fi tidak boleh travel jauh
Jika posisi anda dekat dengan Wi-Fi sebaiknya pakai jenis 5.0 GHz
2.4 Gigahertz
Frekuensi rendah, wavelength tinggi
Wi-Fi boleh travel jauh
Jika posisi anda jauh dengan Wi-Fi sebaiknya pakai jenis 2.4 GHz
Kesimpulannya, nak dapat Wi-Fi laju tak semestinya kena guna yang frekuensi tinggi, tapi anda kena pilih antara dua jenis ini mengikut posisi atau jarak anda dengan Wi-Fi.
Hendak lagi jelas, fahami video yang dikongsikan ini
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...