
Tiada angin, tiada ribut, aktres jelita Diana Danielle telah memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, Farid Kamil pada awal bulan ini.
Difahamkan, permohonan itu dibuat atas alasan tiada persefahaman dan telah berlaku shiqaq iaitu perbalahan berpanjangan antara mereka.
Memetik laporan Utusan Online, pelakon filem Imaginur telah membuat permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari dekat sini pada pagi tadi.
Ketika permohonan, Farid atau nama sebenarnya Farid Kamil Zahari enggan melafazkan cerai tersebut terhadap isterinya. Difahamkan, pasangan itu tidak lagi tinggal serumah.
Sehubungan itu, Hakim Syarie, Shukran Yusof memerintahkan pasangan itu untuk menjalini proses Jawatankuasa Pendamai (JKP) dan ditetapkan semula untuk sebutan pada 28 Mac ini.
Untuk rekod, pasangan itu berkahwin pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 6.
Sumber: Utusan Online
Suami Take Note! Jangan Culas Buat Ni Supaya Rezeki Melimpah.

Pelbagai cara nak buat rezeki melimpah ruah. Jika selama ini kita asyik memikirkan kenapa tak cukup aje duit, tentu ada yang kita culas lakukan.
Sebagaimana perkongsian ini moga ia menjadikan kita muhasabah diri untuk menjemput rezeki.
7 TIPS UNTUK SUAMI SUPAYA REZEKI MASUK TANPA HENTI.
1. Bangun lebih awal dari isteri. Kesian isteri. Dia mungkin tidur lewat untuk uruskan keluarga kita sendiri.
2. Kejutkan isteri dengan penuh kasih sayang untuk tahajud bersama. Bukan kejut untuk ‘bersama’ jer. Percikkan air di wajahnya yang jelita jika isteri terasa berat nak bangun.
3. Solat Taubat setiap hari. Khuatir ada perbuatan kita tidak menjadi contoh yang baik buat isteri dan anak-anak selama ini.
4. Solat berjemaah Subuh di surau. Ia menjemput keberkatan datang bertamu di rumah sendiri.
5. Solat berjemaah dengan isteri dan anak-anak setiap kali berpeluang. Jadilah imam yang baik di dunia supaya kita mampu menjadi imam yang baik ke Syurga.
6. Pergi kerja dengan senyuman, balik kerja pun dengan senyuman dan kasih sayang. Antara rezeki yang paling mahal ialah keharmonian rumahtangga. Orang bisnes pun sama.
7. Solat Hajat setiap kali selepas solat Maghrib. Mudah untuk istiqamah bila buat waktu ini. Doakan agar keluarga kita kaya, berjaya dan bahagia sampai ke Syurga!
Kredit: Syakirah Kapli
Patutlah Perangai Sama Aje Dengan Ibunya, Rupanya Jadi Perhatian Anak Perempuan.

Anak perempuan permata keluarga. Melihat anak perempuan sama seperti kita melihat gambaran generasi yang akan datang.
Mendidik anak perempuan ni ada carannya tersendiri. Namun tahukah anda bahawa anak perempuan ini adalah cerminan ibunya. Sikapnya suka melihat gerak geri ibunya.
Nak tahu lanjut ikuti perkongsian perunding Keibubapaan, Taufiq Razif tingkah laku anak perempuan.
Anak perempuan suka perhatikan Ibunya
1. Dia akan perhati akhlak ibunya dalam bertutur kata samada gunakan bahasa yang sopan dan cantik ataupun jelik
2. Dia akan perhati cara ibunya memarahi dan meleterinya samada menggunakan emosi semata mata ataupun memang bertujuan mendidiknya
3. Dia akan perhati cara ibunya berhias dan bersolek muka samada berhias untuk orang lain ataupun berhias untuk diri sendiri
4. Dia akan perhati cara ibunya mendidik adik-adiknya samada menggunakan cara kekerasan ataupun kelembutan
5. Dia akan perhati bagaimana ibunya mengamalkan dan mengutamakan agama dalam kehidupan sehariannya samada mengabaikannya atau berpegang teguh dengan prinsip agamanya
6. Dia akan perhati bagaimana cara si ibu menghabiskan masa ketika waktu luangnya samada menghabiskan masa dengan perkara yang berfaedah atau sebaliknya
7. Dia akan perhati cara ibunya melayan dan menghormati pasangannya samada melayani dengan penuh cinta dan kasih sayang atau sebaliknya
8. Dia akan perhati gaya pengurusan si ibu dalam mengurus rumahtangga samada dengan gaya yang efisen tersusun atau sebaliknya
9. Dia akan perhati bagaimana cara si ibu tunjuk kasih sayang pada ahli keluarga samada dengan penuh cinta tanpa syarat atau sebaliknya
10. Dia akan perhati pengorbanan si ibu dalam menjaga seluruh ahli keluarga kerana di situ lah sebenarnya hikmah pelajaran terbesar buat anak perempuan kita
Di sebalik anak perempuan yang baik dan solehah majoriti ada di belakangnya ibu yang banyak berkorban, beriman dan sabar dalam menjaga seluruh ahli keluarga
Sumber: Taufiq Razif
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
KELUARGA TALK: Nak tahu formula mengurus belanjawan keluarga dengan sistematik? Ikuti Keluarga Talk kali ini dengan tajuk ‘ Ringgit Diurus Keluarga Lebih Tenang’ bersama panel Prof Madya Dr Nuradli Ridzwan Shah Bin Mohd Dali Fakulti Ekonomi Dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Terkini: E-TOUR KE FARM IN THE CITY. ENJOY!
MedicKeluarga: Dialisis, Peluang Kedua Pesakit Ginjal. Pakar Buah Pinggang Ni ada jawapannya.
MedicKeluarga: Obesiti dalam keluarga atasi cara selamat.
MedicKeluarga: Berapa lamakah luka jahitan czer atau caesarean akan pulih? Bilakah masa sesuai untuk memulakan hubungan intim?
MedicKeluarga: Mandi malam ketika hamil. Ada pendapat kata nanti bengkak kaki. Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
MedicKeluarga: Betul ker ni, makan atau minum pati ikan haruan mampu sembuhkan luka operation dengan cepat? Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
Nak Hiburkan Isteri Ni Banyak Cara. Lepas Makan, Suruh Isteri Rehat Suami Handle Dapur Pun Kejutan Yang Sangat Membahagiakan

Suami yang baik adalah suami yang memberi kebahagiaan kepada isteri. Termasuklah menghormati, lemah lembut dalam melayani, beri perhatian sepenuhnya dan tidak melebihkan orang luar dari insan yang disayanginya.
Rumah tangga yang berjaya juga bukan bila ada rumah dan kereta besar, tapi ia berjaya bila tak ada yang rasa besar kepala kat rumah. Saling melengkapi, bekerjasama, toleransi, memahami dan paling penting menghargai pasangan anda. Itu kunci rumah tangga bahagia.
Ada orang berpendapat dengan duit beli kebahagiaan, bila tiada duit itu yang kucar kacir rumah tangga. Tanggapan yang tidak betul sama sekali. Tidak dinafikan dalam kehidupan kita memerlukan wang tetapi bukan itu terletaknya keharmonian dalam rumah tangga.
Hadamkan perkongsian oleh saudara Firdaus Mokhtar ini tentang bagaimana cara nak buat rumah tangga bahagia dengan percuma.
Petang itu ada kawan cakap ke aku, “Dia boleh lah banyak duit. Kejap surprise kan isteri beli kasutlah, beli cincin lah, beli kereta lah. Pernah sekali surprise beli tiket kapal terbang berjalan ke Bali. Aku ni mana ada duit sangat. Duit hujung bulan pun tak cukup.”
Aku balas ke dia;
“Nak hiburkan isteri ni macam macam cara. Kau tak ada duit, banyak lagi benda percuma kau boleh buat jadikan surprise. Kau pernah basuh kain baju dekat rumah? Kalau tak pernah esok cuba kau buat, siap sidai dah kering kau lipatkan pula. Itu pun surprise.
Kau pernah tak bangun tidur kemas katil sendiri selama kahwin ni? Biasa kau bangun tinggal terus, tahu-tahu dah cantik tegang je cadar katil kan? Apa kata kau pula yang kemaskan katil. Masa isteri dalam bilik air tu, kau kemas siap-siap. Dia keluar tengok dah kemas. Surprise juga kan?
Lepas makan, kau angkat semua pinggan mangkuk. Kau tunggu dekat sinki dapur. Bila isteri datang bawa bekas makanan yang dah guna, kau suruh isteri basuh tangan dan pergi rehat dekat depan tv. Kata lah biar kau yang handle dapur. Pun kejutan yang sangat membahagiakan isteri.
Kau tengok, ada guna duit? Tak ada. Ada banyak hal dalam rumahtangga yang kita boleh jadikan kejutan istimewa buat isteri. Atas kau sahaja yang nak buat atau tidak.”
Dia mengangguk tanda setuju. Lama lepas tu dia termenung. Agaknya berfikir benda apa yang dia nak buat dekat rumah nanti.
Aku kata ke dia lagi, “Kita selalu fikir benda yang tak ada. Sedangkan depan mata kita macam-macam ruang untuk bina kasih sayang rumahtangga. Tuhan bagi siap dah.”
Begitulah.
Firdaus Mokhtar,
Mujur kerja sendiri. Boleh lah basuh kain selalu. Hahai.