Bilamana anak-anak kita dapat fahami dan seterusnya menguasai subjek yang diajar disekolah, tentu membuatkan kita sebagai orang tua berasa bahagia.
Namun andai kata ada antara anak-anak kita lemah menguasai mata pelajaran Bahasa Inggeris, ada bagusnya kita bantu anak-anak sebagaimana cara ini.
Anak saya Dhiya Amani. 8 tahun. Dia tak berapa suka English. Ye lah baca je tapi tak tau maksud.
Jadi tercetusnya idea bila nampak article ni kat fb.
Saya print dua copy dan tampal pada buku. Satu untuk dia salin balik cerita pada article tu. Sebelum salin tu saya suruh dia baca dan saya explain tentang cerita tu.
Pada muka surat satu lagi saya suh dia senaraikan words yang dia tak tahu maksud dan tulis maksud di sebelah.
Sekali dia request suh saya tampal article lain lagi.Nampaknya dia suka dengan cara ni. InsyaAllah doa-doakan moga ada improvement nanti.
Kredit : kids toy via pakar diari hati