Famili Ada Yang Gout, Bukan Je Makanan Laut Tapi 3 Makanan Ni Pun Perlu Dielakkan Sangat!

Share

Orang dulu-dulu selalu pesan, nak makan apa-apa kena berpada-pada. Jangan kerap sangat atau berlebih-lebih makan makanan laut, nanti boleh gout. Dan bila dan terkena gout, biasanya seseorang itu akan berasa tersangat sakit dan ada berlaku bengkak pada  bahagian ibu jari kaki, buku lali, lutut atau  pergelangan tangan.

Pun begitu, sebenarnya bukan makanan laut sahaja sebenarnya. Ini dijelaskan oleh Dr Suri Roowi, semoga selepas ini kita lebih berhati-hati dalam memilih makanan, terutamanya bagi yang pernah diserang penyakit gout ini.

Jom semak apakah jenis makanan itu.


MAKANAN dan GOUT

Kajian ke atas 270 jenis makanan menunjukkan HATI AYAM, BILIS dan supplement SPIRULINA adalah antara yang TINGGI bahan PURINE

Kepada yang ada masalah GOUT, PURINE boleh sebabkan GOUT jika diambil berlebihan

Hati ayam : 312 mg/100g
Bilis : 1108 mg/100g
Spirulina : 1269 mg/100g
(supplement)

PURINE juga banyak dalam ORGAN DALAMAN lain

PERLU TAHU

  1. Daging merah juga tinggi PURINE berbanding daging putih.

2. Daging eloknya DI BASUH sebelum dimasak untuk kurangkan kandungan PURINE

3. KURANGKAN ambil kuah sup daging kerana bahan PURINE banyak dalam kuah

4. Elakkan ambil MADU TIRUAN dan produk makanan / minuman yang menggunakan HIGH FRUCTOSE CORN SYRUP (HFCS)

5. Kurangkan ambil sayur ASPARAGUS, BAYAM dan KOBIS BUNGA

Kajian melibatkan lebih 50,000 orang di Singapura – mendapati bahawa, mereka yang ambil SOYA lebih rendah risiko gout, berbanding mereka yang kurang ambil SOYA

Sumber alami yang bagus untuk masalah gout adalah;
a. PERIA
b. BUNGA KRYSANTHEMUM
c. KULIT KAYU MANIS
d. CEKUR
e. MENGKUDU HUTAN
f. DAUN BETIK
g. EMPULUR NANAS

Selamat mencuba, dapatkan nasihat Dr anda

Rujukan:
a. Biol. Pharm Bull 37(5) 709-721
b. Asia Pac. J Clin Nutr 20(3): 347-358
c. Int Food Rec 19(1) 159-165
d. Frontiers in Pharma vol 9
e. Anna Ellington B. Sc Thesis

sumber : Dr Suri Roowi