Merancang membeli tanah untuk membina rumah impian dengan memiliki sebidang tanah yang luas dan selesa tentunya memerlukan perancangan yang rapi. Apatah lagi ini merupakan pelaburan jangka panjang dan memerlukan modal yang besar.
Oleh itu, jangan tersilap langkah. Ambil tahu serba sedikit fakta asas yang dikongsikan oleh peguam ini. Semoga dengan perkongsian ini dapat membuka minda dan menjadikan kita celik dalam perkara asas berkaitan hartanah. Jom semak.
PERINGATAN KEPADA MEREKA YANG NAK BELI TANAH. PASTIKAN ANDA SEMAK 10 CHECKLIST INI
Peringatan saya buat sesiapa yang ingin beli tanah, pastikan tanah tersebut free from all encumbrances ( bebas daripada sebarang bebanan) sebelum anda buat keputusan untuk beli.
Jangan hanya bersetuju untuk beli disebabkan tertarik dengan lokasi dan keadaan tanah semata-mata. Lokasi dan keadaan tanah tidak akan membawa apa-apa erti kepada anda seandainya tanah yang anda beli tersebut tidak bebas daripada bebanan.
Sesuatu tanah itu dianggap “not free from all encumbrances” sekiranya :
Ads
1. Dalam geran masih nama tuan punya yang telah meninggal dunia dan masih belum diturunmilik kepada nama waris si mati.
2. Terdapat kaveat atas hakmilik tanah.
3. Sekiranya tanah yang ingin dijual adalah tanah lot bangunan, status tanah masih lagi pertanian.
4. Hakmilik individu yang berasingan terhadap tanah tersebut masih belum dikeluarkan.
Ads
5. Terdapat sekatan kepentingan (consent) ke atas tanah tersebut.
6. Tanah masih digadai kepada bank.
7. Terdapat perintah mahkamah terhadap tanah tersebut.
8. Sekiranya tuan tanah ramai, ada tuan tanah yang tidak setuju terhadap penjualan tersebut.
Ads
9. Terdapat setinggan (illegal occupant) di atas tanah.
10. Tanah dalam tindakan lelongan oleh bank.
Kalau anda terpaksa beli juga, pastikan anda dapatkan nasihat perundangan daripada Peguam Hartanah yang berpengalaman supaya hak dan kepentingan anda sebagai pembeli sentiasa dilindungi.
Terima kasih.
SALKUKHAIRI ABD SUKOR
Pengerusi
Gabungan Peguam Hartanah Rakyat (GEMPHAR)
Penggunaan pinggan mangkuk yang berwarna putih apabila kerap kali digunakan atau disimpan dalam tempoh yang lama memang mudah untuk kelihatan seperti berkarat dan berwarna kekuningan.
Lebih-lebih lagi mug yang digunakan untuk minum kopi atau teh. Bila terjadi seperti itu, ada sesetengah antara kita apabila hendak menggunakan cawan tersebut akan rasa tidak selesa pula. Seakan minum di dalam cawan atau gelas yang kotor walhal telah dicuci bersih!
Untuk itu, ketahui cara terbaik untuk membersihkan cawan tersebut agar kembali bersinar seperti baharu. Umumnya, penggunaan soda bikarbonat adalah yang terbaik dan berkesan. Pun begitu ada dua cara yang boleh anda praktikkan, pilih sahaja yang memudahkan anda dan pastinya tidak akan menghampakan anda.
Oleh itu, ayuh teliti dahulu kedua-dua cara ini sebelum memulakan ‘operasi’!
CARA 1
“Hari ni rajin sikit. Jadi ada masa nak kasi cuci bersih set cawan putih arcopal mak. Tindakan perlu dilakukan kerana mak dah serik sental teko dengan pencuci pingggan biasa tapi tak keluar kesan warna yang ditinggalkan oleh kopi.”
Jadi inilah hasilnya dan lihat perbezaan sebelum dan selepas dicuci dengan soda bikarbonat. Memang berkilau jadinya.
sebelumselepas
Bahan-bahan yang diperlukan :
Soda bikarbonat
kitchen towel (kalau pakai tisu biasa hancur pula nanti)
sedikit air
Cara:
Tabur soda bikarbonat di bahagian cawan yang berwarna hitam.
Basahkan kitchen towel dan kemudian sental hingga bersih berkilat. Sedikit kesabaran juga diperlukan semasa menyental, namun hasilnya tidak akan mengecewakan!
sumber : Azhani Mazmi
CARA 2
Ini pula lain sedikit caranya namun tetap menggunakan soda bikarbonat sebagai bahan utama berserta penambahan bahan lain. Kesannya juga boleh menjadikan cawan atau mangkuk kembali bersinar.
Bahan-bahan yang diperlukan:
1 sudu soda bikarbonat
2 sudu cuka
Sedikit pencuci pinggan mangkuk
Cara-cara:
1. Masukkan soda bikarbonat ke dalam bekas yang kotor.
2. Tuang cuka ke dalam bekas yang kotor.
3. Isikan sedikit pencuci pinggan mangkuk.
4. Tambahkan dengan air panas.
5. Kacau hingga sebati dan biarkan selama 10 minit.
6. Cuci cawan/mug itu dengan menggunakan span pencuci pinggan anda.
sumber : Petua Emak
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Alam perkahwinan bukanlah perkara yang mudah dan perasaan cinta sahaja tidak dapat menjamin keutuhan sesebuah rumah tangga.
Sering kita dengar tentang peranan yang perlu dilaksanakan oleh seseorang isteri untuk menjadi seorang wanita yang mentaati suami. Tapi jarang sekali kita ketengahkan tanggung jawab suami.
Untuk menjadi suami dan bapa yang awsome sekali gus bertanggung jawab kepada keluarganya, 5 Cara ini mungkin dapat membantu.
Jom baca perkongsian dari Dr Taufiq Razif yang banyak berkongsi ilmu keibubapaan di facebooknya.
1. Selalu jaga mulut di depan anak dan isteri walaupun sedang marah melampau
2. Tak berkira dengan duit bila melibatkan nafkah dan benda yang berfaedah
3. Kenal personaliti & perwatakan anak dan isteri. Lagi hebat bila si suami sendiri berminat nak belajar ilmu parenting & ilmu mendidik anak anaknya sendiri
4. Jadi ’emphatic listener’ pada pasangan dan anak anaknya sendiri. Tak terlalu cepat memberikan solusi dan sedia mendengar keluhan pasangan dan anak anaknya kerana hanya dengan mendengar pun ianya adalah satu terapi emosi!
5. Tahu beza BONDING TIME & ME TIME. Masa me time tu boleh la nak bermain game dan handphone sekejap tapi jangan la sampai terabai perhatian kat anak isteri.
Jangan sampai ketika anak anak dah liar dipengaruhi oleh BONDING LUAR baru kita nak tersedar. Masa tu mungkin semuanya dah terlambat dah ?
Jom sebarkan ilmu ni pada mak ayah yang belum tahu
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Hidangan pencuci mulut bubur cha cha ini sejak zaman berzaman memang enak rasanya. Sesuai dijamu untuk dinikmati ketika waktu petang bersama seisi keluarga. Biasanya untuk membuat bubur cha cha atau ada juga yang menamakannya sebagai bubur gandum, kita akan membeli tepung cha cha yang segera.
Namun sebenarnya kita boleh sahaja membuatnya sendiri dengan cara dan teknik yang cukup mudah seperti yang dikongsikan oleh Cahaya Jannah dengan menggunakan resipi dari arwah Toknya.
Jadi tidak perlulah tiba-tiba perlu pergi ke kedai untuk membeli tepung cha cha segera andai tiba-tiba terasa teringin menikmati bubur yang enak ini.
Nak tahu resipi dan langkah untuk membuatnya, ini perkongsian penuh daripada Cahaya Jannah. Selamat mencuba.
Nak share dengan korang… Bubur caca Terengganu atau nama lain bubur gandum. Resepi ni dari arwah Tok saya. Kita tak ada tapisan traditional nak buat bentuk bubur ni, so kita ambil sahaja bakul yang ada dekat rumah ni sahaja. Asal boleh.
Resepi :
2 cawan gandum
1 sudu teh kapur
Air
(Campur semua bahan tu, adunan lebih kurang nak buat jemput-jemput jangan terlalu cair atau pekat..agak-agak sahaja)
Cara Buat :
Guna bakul ni nak tekan-tekan adunan tadi untuk jadi bentuk bubur caca tu.
2. Bubur yang dah ditekan tu kita masukkan dalam air panas yang mendidih. Bubur ni akan timbul bila sudah masak.
3. Tadaaa…. Sejat dalam bakul dulu.
4. Masak santan dan gula melaka atau nissang. Masukkan daun pandan jugak untuk harum mewangikan dia. Dan siap!
Mayat bayi lelaki berbalut kain ditemui dalam kotak di sebuah gerai kosong. Mayat seorang bayi lelaki yang lengkap sifat dijumpai berbungkus dalam kain di dalam sebuah kotak, dipercayai ditinggalkan di sebuah gerai tidak bernombor di Batu 13, Jalan Jeroco, Lahad Datu.