
Pelakon lagend, Faizal Hussien membuat satu pendedahan di mana akaun media sosialnya iaitu, Tiktok dipegang dan diuruskan sepenuhnya anak lelakinya.
Memetik dari laporan Gempak, pelakon utama filem ‘Azura’ mengatakan bahawa menyedari banyak syarikat meletakkan syarat untuk mempunyai platform itu, semua perkongsian di TikTok merupakan hasil penyuntingan anaknya.
“Saya memang ada akaun TikTok pun. Sebagai seorang pelakon, sekarang ini mesti kena beberapa platform sosial media. Macam dalam kontrak, ada syarikat yang nak kita promosi menerusi TikTok.
“Sebenarnya anak saya yang menguruskan akaun TikTok saya. Dia tak beri saya post sendiri. Apa yang video dikeluarkan di TikTok saya itu, semuanya hasil daripada dia.
“Tapi bila budak umur belasan tahun, yang memang era dia, jadi dia ini lagi pro daripada bapa. Jadi, saya ikut sahaja sebab ada view video yang dia edit pun capai 1 juta.
“Kalau mama dia tergodek-godek ke, dia marah mama dia. Jadi, memang dia yang jaga sebab agaknya dia tak nak nampak bapa dia bodoh dekat TikTok la,” katanya.
Filem arahan pengarah hebat Meor Hashim Manap yang sudah mula ditayangkan di pawagam itu turut diterajui oleh Datuk M Nasir dan Vanidah Imran.
Sumber : Gempak
Sebak! Rupanya Mangsa Rentung, Suami Baru Pulang Umrah

Semalam kita dikejutkan dengan berita kemalangan yang mengakibatkan berlakunya kebakaran pada kenderaan dan sekaligus meragut nyawa orang.
Menerusi rakaman tular, Muhamad Redzuan kedengaran sedang meraung ketika isterinya, Nurul Nazihah Kamalul Arifin berada dalam sebuah kenderaan terbakar.
“Allah, Allahuakbar. Yang, saya tak tinggal awak yang…Allah. Sumpah saya tak tinggal awak yang.
“Allahuakbar Itu bini saya bang. Allah Allah Allah,” jerit Muhamad Redzuan tidak jauh dari kenderaan berkenaan.
Dalam pada itu, sahabat kepada Allahyarham Nurul Nazihah turut berkongsi coretan sayu menerusi Facebook sejurus kejadian berkenaan tular dan menggemparkan seluruh rakyat Malaysia.
Menurut pemilik Facebook Syafiq Shariff, mangsa yang senang disapa Azie baru sahaja pulang mengerjakan umrah, baru-baru ini.
“Mohon sedekahkan al-Fatihah buat sahabat saya Nurul Nazihah Kamalul Arifin yang baru sahaja kembali ke rahmatulah akibat kemalangan di Highway Sedenak malam tadi.
“Arwah baru sahaja balik daripada umrah seminggu yang lepas. Sebelum arwah pergi ke umrah, arwah ada WhatsApp kami semua minta doa dipermudahkan urusan disana dan sekiranya ada nak sampaikan doa kat sana” ujarnya.
Dalam pada itu, Syafiq Shariff berkata mangsa juga sempat memuat naik petikan, memohon perlindungan menerusi status WhatsApp sebelum kejadian berkenaan.
“Sebelum dapat tahu arwah meninggal, baru je beberapa jam sebelum tu tengok status arwah di WhatsApp.
“Arwah ada update status kat story minta dipermudahkan urusan teman suaminya pergi appoinment dengan client untuk urusan medical card dan hibah, dan arwah juga ada selitkan ayat cukuplah Allah sebagai tempat diri bagi kami, sebaik-baik pelindung dan sebaikbaiknya penolong kami.
“Terlalu sebak melihat video suami arwah meraung. Allah. Salam takziah untuk keluarga Azie dan semoga keluarga Azie dan suami Azie tabah dan dipermudahkan segala urusan. Tenanglah di sana wahai sabahatku Azie, tulisnya lagi.
Melalui semakan di laman Instagram mendapati Allahyarham kali terakhir memuat naik foto pada 28 September lalu, namun ada berkongsi Instagram Story pada hari kejadian.
Dalam posting terakhir pada feed Instagram pada 28 September, mangsa berkongsi foto dia dan suami di lapangan terbang, dipercayai sebelum mereka berangkat ke Makkah.
“Saya, Nurul Nazihah dan suami, Muhamad Redzuan serta ayah, Kamalul Arifin dan ibu, Saliah.. dengan rasa penuh kesyukuran di atas kebesaran Sang Pencipta yang Maha Pengasih lagi Maha Mengasihani yang mengizinkan kami untuk menjadi Duyufurahman (tetamu Allah) bagi menunaikan lbadah Umrah.
“Ini adalah Anugerah Allah yang Maha Agung buat kami sekeluarga. Saya dengan penuh rasa kerdil dan rendah diri ingin memohon seribu kemaafan kepada semua yang mengenali saya. Segala salah dan silap, terkasar bahasa yang saya sedari mahupun tanpa sengaja dan terlepas pandang selama ini.
Segala yang saya hajatkan, semua yang saya impikan, apa yang saya impikan, tidak akan terlawan dengan anugerah dariNya ini, yang tidak akan mungkin saya dustakan sehingga akhir hayat,” tulisnya dalam posting itu.
Netizen juga dilihat membanjiri posting foto itu dengan ucapan takziah selepas kisah kematian mangsa tular sejak semalam.

Terdahulu, Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Renggam, Mohd Fauzi Md Nor berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian berkenaan pada 7.47 malam, Sabtu membabitkan empat kenderaan dengan dua mangsa maut rentung di lokasi kejadian.
Kemalangan membabitkan lori jenis Isuzu yang terbakar 70 peratus, Proton Wira dan Toyota Vios masing-masing 90 peratus, dan Proton Preve.
Mohd Fauzi berkata, mangsa yang maut ialah penumpang Proton Wira iaitu Nurul Nazihah Kamalul Arifin, 28.
Katanya, seorang lagi mangsa yang maklumatnya tidak diketahui berada dalam Toyota Vios yang turut terbabit.
Sumber : Mstar
Dr Izzar ‘Letak Jawatan’ Edit Video Drama Rindu Kasih, Sekali Ini Respon Ummi Nazeera, Bikin Netizen Terhibur

Drama bersiri Rindu Kasih mencetus fenomena menjadi bualan hangat warganet sejak akhir-akhir ini.
Drama ni memaparkan kisah dalam masyarakat kita. Plot cerita berkisah dendam, benci, yang memang ada dalam diri manusia yang akhirnya yang menjadi mangsa adalah anak-anak.
Semalam berakhirnya drama 15 episod yang membuatkan ramai berendam air mata sejak drama ini ditayangkan di TV3
Artikel Berkaitan: “Don’t tell them. Show them.” Faizal Tahir Kongsi Didik Anak Solat. Kecil-Kecil Dah Pandai, Sejuk Perut Ibu Mengandung Kan!
Artikel Berkaitan: “Ajar Anak Disiplin Kena Konsisten.” Cara Johan & Ozlynn Didik Anak, Wajib Baca Al-Quran Lepas Solat Subuh!
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Pelakon Umie Nazirah yang membawa watak dalam drama itu telah meraih perhatian. Mana taknya, dia menjadi mangsa kepada ibu mertua yang membenci menantunya disebabkan dendam lama. Sampaikan kita yang tengok pun rasa sangat benci dan geram.
Lebih istimewa, suami kepada Ummi, Dr Izzar Anwari menerusi muat naik terbaru di Instagram mengucapkan tahniah kepada pelakon-pelakon yang terlibat dalam drama bersiri itu.
Lebih melucukan, dia turut memberitahu, meletakkan ‘jawatan’ sebagai tukang edit video klip yang tidak berbayar. Tulisannya telah membuatkan wargamaya terhibur dengan mengatakan bahawa dia seorang suami yang sporting yang menyokong isterinya.
“Perjalanan hidup Salina yang penuh dugaan dan pancaroba. Sepanjang hidupnya dia inginkan kasih sayang dari seorang ibu. Dia lebih rela masuk penjara mencari kebahagiaannya dari berada di dunia luar yang menyeksanya. Drama macam ni la kita perlukan. Penuh nilai dan pengajaran. Barulah penonton2 boleh ambil tauladan.”
“Tahniah kepada semua barisan pelakon dan team #rindukasih”
“Rindu Kasih. Drama Terbaik 2022.”
“Korang puas hati dengan penamat dia?”
“p/s : Dengan ini saya letak jawatan sebagai tukang edit klip video tak berbayar.
Ini Respon Ummi Nazeera
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
8 Cara Ni Nampak Biasa-Biasa, Tapi Buat Kasih Sayang Suami Isteri Makin Intim. Cubalah!

Alam rumahtangga menuntut suami isteri untuk memberikan komitmen yang sepenuhnya dan berkongsi hidup dengan pelbagai aspek malah dalam berumah tangga, isteri adalah orang penting bukan sahaja tulang belakang keluarga tetapi indivdu yang mengetahui semua ‘rahsia’ dalam keluarga tersebut.
Bagi mengekalkan kasih sayang dan kebahagiaan itu, suami isteri harus memainkan peranan bersama, amalan tersebut bukan sahaja dipraktikkan oleh pasangan baharu sahaj sebaliknya, turut dikekal kepada pasangan yang lama.
Bagi memperbaharui cinta suami isteri, disenaraikan 8 panduan utama
Puji dan peluk
Setiap pasangan perlu saling memuji dan menghargai antara satu sama lain, terutamanya dalam semua aspek kehidupan. Juga setiap pasangan suami isteri hendaklah meluahkan kecintaan melalui pelukan yang mesra antara satu sama lain kerana pelukan berkenaan kasih sayang berterusan.
Solat berjemaah
Selepas bangun awal dan membersihkan diri, anda dan pasangan juga akan mempunyai banyak peluang untuk solat berjemaah bersama-sama. Jika suami ke masjid untuk solat subuh, bolehlah anda membantu menyiapkan baju dan menghantarnya ke pintu. Jika solat bersama, hubungan antara suami dan isteri lebih utuh. Selalunya, kita akan saling bersalaman dan bermaafan selepas solat. Ia memberikan keberkatan dan kemanisan dalam hubungan suami isteri.
Penghargaan
Pasangan mana yang tidak suka apabila setiap kelakuan dan perbuatan dihargai, jadi amalkan penghargaan kepada pasangan supaya pasangan tidak merasakan terpinggir, walaupun nampak ringkas tetapi sebenarnya ia membawa makna mendalam perhubungan.
Nostalgia dating
Kembalikan nostalgia ketika kali pertama keluar dating. Aktiviti sebegini dapat membantu mengembalikan momen terindah yang pernah anda dan pasangan lalui dahulu. Barulah terasa pemikiran anda dan pasangan positif sambil dibuai momen sweet!
Perhatian
Sentiasalah memberikan perhatian yang khusus terhadap pasangan agar pasangan tidak diabaikan.
Pergaulan
Menjaga batas-batas pergaulan dengan orang lain bagi mengelakkan daripada berlakunya salah faham, menimbulkan perasan tidak selesa seterusnya boleh menimbulkan keretakan rumah tangga.
Buat kejutan
Asyik isteri je bangun pagi dan perlu memasak sarapan untuk keluarga. Di sebelah tengah hari pula perlu membasuh pakaian dan mengemas rumah. Apa kata, si suami juga bangun awal pagi dan bantu isteri menyediakan sarapan di dapur. Aktiviti sebegini membantu mengeratkan lagi hubungan anda bersama pasangan. Mulakan hari anda dengan aktiviti positif di rumah.
Ucapan rindu
‘I love you’ adalah perkataan ajaib dan ungkapan romantis ini mampu memberi semangat kepada pasangan setiap kali dilafazkan dengan nada yang lembut. Jangan lupa cakap ‘I love you‘ kepada pasangan sebelum pergi ke tempat kerja dan setiap kali sebelum tidur. Pasangan anda juga akan menyedari bertapa berhargai dirinya dan terasa disayangi. Barulah setiap rutin harian anda akan jadi positif!
Moga perkahwinan bahagia sehingga akhir hayat.