Tahniah diucapkan buat pengacara, Dayah Bakar yang telah pun selamat menimang cahaya mata keduanya semalam yang merupakan seorang bayi lelaki.
Menerusi Instagramnya, ibu kepada dua cahaya mata ini berkongsi perkhabaran gembira itu kepada semua.
“Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar.
“29/12/2023. Dengan limpah kasih dan kebesaranNya, baby adik telah selamat dilahirkan pada hari Jumaat jam 11.01 pagi dan alhamdulillah kedua baby dan ibu dalam keadaan yang baik,” katanya berkongsi.
Menerusi entri itu juga, Dayah turut memuat naik sekeping gambarnya memegang jari bayi keduanya yang merupakan seorang bayi lelaki.
Ibu kepada Achbar Muhammaf Fakri ini juga turut berterima kasih kepada semua yang setia mendoakan kehamilan dan kelahiran bayi keduanya.
Ads
“Terima kasih untuk semua yang mendoakan kesejahteraan dan keselamatan kami. Hanya Allah mampu membalasnya. We are overwhelmed with so much love, and so grateful for this rezq. Thank you ya Allah.
“P/s : Its another hero,” tulisnya lagi.
Terdahulu, Dayah memuat naik entri sebelum melahirkan bayinya dan memohon doa agar kelahiran anak keduanya itu dipermudahkan.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Setiap antara kita mempunyai minat yang berbeza termasuk cara menghias kediaman. Bukan itu sahaja ada gemar menghias ruang kegemaran asalkan sedap masa memandang.
Unik dan rare cara seorang pemilik bangsal, Baharuddin Mamat, 66 yang menjadikan sebuah bangsal yang menunggu masa untuk roboh kepada teratak yang indah.
Bagi yang pertama kali melangkah masuk ke dalam, ia bagaikan berada di sebuah bilik hotel bertaraf lima bintang.
Katanya, ruang rehat yang digelar ‘Bangsal Jerenggen’ itu dibinanya dengan kos RM11,000 sebagai tempat berehat buatnya selepas berniaga selain tempat solat pekerja dan tandas di dalam bangsal itu turut digunakan pelanggan yang bertandang ke kedai makannya.
Dia yang mengusahakan kedai makan di Jalan Sultan Mohamad, Terengganu idea mengubah suai ruangan dalam bangsal itu tercetus tiga tahun lalu.
“Tak sangka ramai yang terkejut melihat bangsal ini kerana orang ramai yang datang ke kedai tidak menyangka ruangan dalamannya tidak seperti bahagian di luar.
“Biasanya orang akan membuat ubah suai pada bahagian luar bagi memperlihatkan sesebuah binaan sempurna namun saya tidak berbuat demikian kerana ruangan dalaman lebih penting kerana ia dapat memberi keselesaan apabila berehat atau beribadat.”
TANDAS PUN MEWAH!
Bangsal Jerenggen bersebelahan kedai makan miliknya, turut mengubah suai tandas begitu menarik.
Katanya, ada pelanggan masuk ke dalam bangsal untuk menggunakan tandas di situ dan ramai yang terkejut melihat dalaman tandas itu.
“Tandas di dalam bangsal dan di luar bangsal saya jaga serta membersihkannya setiap masa bagi menjamin kebersihannya selain selesa untuk digunakan pelanggan.
“Sebelum ini apabila ke tandas kedai makan di mana-mana yang saya singgah saya melihat kebersihannya tidak dititik berat,” katanya yang lebih dikenali dengan panggilan ‘Pok Din Lejeng’.
Tidak dinafikan bila adanya aplikasi Waze ini menjadikan ramai antara kita yang pada mulanya tidak berapa mahir akan selok belok jalan, namun kini boleh sampai ke mana-mana destinasi yang ingin dituju dengan mudah.
Pun begitu, ada hari dan waktunya bilamana menggunakan waze untuk ke suatu tempat, kita akan ‘dibawanya’ melalui jalan-jalan pelik dan merepek.
Hakikatnya, waze pun perlu di setting. Nak tahu stepnya, ini dikongsikan oleh Aida Joseph yang menurutnya, jika auto setting takut bawa anda berjalan-jalan di ladang kelapa sawit, ladang getah, dalam semak, dalam hutan.
Pernah kena dulu masa kat Pantai Timur, segala jalan kampung batu kelikir tepi sungai diangkutnya. Pergi Tasik Chini pun tak teruk macam tu.
Satu lagi, avoid jalan berbelit yang tidak berapa membantu (kurang 1-5 minit jer) jika kawasan anda banyak. Di Ampang ni banyak jalan shortcut yang amatlah berbelit-belit, so kena kurangkan.
Step 1: Bula aplikasi wave dan click butang setting.
Step 2 : Click pada butang berkenaan.
Step 3 : On kan beberapa button seperti di bawah untuk elakkan dibawa ke jalan-jalan tidak berturap, berbelit-belit mahu pun jalan melalui sungai.
Ruang tetamu yang luas dan selesa pastinya idaman semua orang. Lebih menarik jika ciri-cirinya menjurus kepada konsep Islam. Sudah tentu aurat tuan rumah dan tetamu terjaga.
Menarik dengan perkongsian, Khairunnisa Hamzah di facebook miliknya berkongsi ilmu dekorasi yang memberikan ilham kediaman yang sesuai untuk tetamu.
Dia yang juga pengasas Rekabentuk 3D online berkongsi info menarik ruang tetamu yang sesuai untuk orang Islam. Jom lihat ilham dekorasinya.
Bagaimana ruang tetamu yang sesuai untuk rumah orang Islam
Adalah lebih baik jika tetamu tidak dapat melihat langsung aktiviti dan dalaman rumah keluarga.Cukuplah pergerakan tetamu di ruang tetamu sahaja.
“Minta maaf, nak tumpang tandas, boleh?” Biasa tetamu akan buat permintaan mengejut sebegini apabila datang berkunjung.
Sekiranya ada tandas di ruang tetamu, tetamu tidak perlu lagi masuk ke dalam bilik-bilik tuan rumah atau terus terjah ke dapur.
Saya ada menonton kuliah agama seorang ulama Indonesia yang mengatakan:
“Yang terbaik adalah jika kamu boleh mengasingkan ruang tetamu dengan ruang keluarga. Kalau boleh, diasing terus dari rumah kamu sehingga apabila kamu menutup pintu dan menguncinya sekalipun, tetamu masih boleh aman di situ”
Maksud beliau kita sememangnya wajib melayan tetamu sebaiknya. Oleh itu sediakan ruang untuk tetamu semampu boleh namun paling penting ialah mengambil kira aurat dan aib tuan rumah sekeluarga.
Siapkan ruang duduknya, ruang bersucinya (tandas), ruang solatnya dan juga ruang berehatnya (bilik tidur) di satu kawasan yang sama yang tidak perlu melalui ruang keluarga.
Ini dapat membataskan aurat, pandangan dan pergaulan antara tetamu dan ahli keluarga.
Orang putih ada wujudkan ‘powder room’ di ruang tamu. Ia adalah bilik bersiap yang dilengkapi dengan kemudahan tandas. Namun berbeza dengan rumah-rumah di negara kita yang kebanyakkannya tandas diletakkan di ruang dapur atau di dalam bilik tidur.
“Nisa, macam mana ya nak buat? Kalau tetamu datang, dari pintu masuk terus boleh nampak akak tengah memasak di dapur. Tak selesalah. Kadang tak sempat pakai tudung atau baju lengan panjang”
Luah salah seorang pemilik kediaman masa sesi makeover rumahnya.
Sekarang banyak rumah buat konsep terbuka (open concept). Namun, apabila menerima kehadiran tetamu secara mengejut, ia menyebabkan wanita Islam tidak selesa kerana belum bersedia menutup aurat. Apatah lagi ketika itu sedang sibuk beraksi dengan kuali di dapur.
Jika kita lihat senibina rumah lama dahulu, mereka sudah ambil berat tentang hal ini terlebih dahulu.
Di dalam rumah mempunyai ruang publik, semi publik dan ruang privasi.
Apabila tetamu yang tidak rapat datang berkunjung, mereka hanya ditapis dan dilayan hanya di serambi (ruang publik).
Sekiranya merupakan tetamu rapat seperti kenalan atau saudara, barulah dapat masuk sehingga ke ruang menonton, ruang rehat, ruang makan (semi publik).
Manakala bilik-bilik tidur, ruang keluarga dan dapur (ruang privasi) hanya untuk tuan rumah sahaja.
Ramai kita sudah siap beli rumah dari pemaju. Jadi bagaimana untuk menjadikan rumah kita terpelihara aurat dan pandangan dari tetamu?
Mungkin boleh buat begini:
1. Boleh buat penghadang pandangan seperti tambahan tembok atau tabir yang menghalang pandangan terus ke ruang privasi tuan rumah.
2. Boleh tambah tempat wuduk dan ‘powder room’ (tandas) di hadapan rumah.
3. Boleh siapkan bilik tidur/bilik solat tetamu di hadapan rumah.
Saya pernah datang berkunjung ke rumah kenalan di Indonesia. Ia merupakan rumah bertingkat (apartment).
Apa yang menariknya, setiap rumah itu dilengkapi dengan ruang yang sangat menarik perhatian saya. Pemaju menyiapkan ruang untuk pembantu rumah yang boleh dipisahkan terus dari rumah keluarga.
Ini bermakna apabila tutupnya pintu dapur dari dalam, maka pembantu rumah boleh menjalankan aktivitinya seperti biasa kerana dilengkapi dengan tempat tinggal, tandas, fasiliti lain dan boleh terus keluar dari kawasan pagar rumah di bahagian tersebut. (Ada 2 akses)
Mungkin apa yang boleh kita buat akan datang ialah merekabentuk rumah di mana ruang tetamu boleh direkabentuk sebegitu. Iaitu mempunyai akses yang berlainan dan terpisah terus dari rumah keluarga.