Fahami Cara Interaksi Untuk Didik Anak. Ibu Ayah Kena Alert.

Share

Ada ketika kita nampak anak kita nakal, kita kata apa pun dia tak mahu dengar, malah bila anak tak jadi seperti apa yang kita impikan kita mudah tempelak.

Padan muka tak mahu dengar kata!

Itu kata kita.

Anak pula terpinga pinga tak tahu apa salah mereka. Pilunya hati!

Setiap anak ini lahirnya dengan keistimewaan tersendiri. Setiap dari mereka ada cara belajar berbeza, cara memahami sesuatu perkara berbeza dan cara berinteraksi yang berbeza.

3 anggota badan ini beri kesan besar dalam hidup anak kita.

1 – Telinga
Anak jenis auditori sangat sensetif dan peka di bahagian telinga. Mereka paling senang nak di tegur dengan kata kata, sekali cakap mereka dah boleh faham.

Tapi awas, setiap perkataan yang keluar dari mulut kita akan mereka ingat sampai bila bila. Baik mereka dengar maka baik la yang akan mereka praktik nanti.

2 – Mata
Mata ni anggota dominan untuk anak jenis visual. Mata mereka macam helang, cukup mahir memerhati baik jauh atau dekat. Mengajar mereka perlukan visual jika tidak mereka akan mengelamun.

Anak jenis visual ni tak boleh beleter jika nak menasihati, memang susah nak masuk kepala. Buat demo depan mata baru mujarab nasihat masuk kepala otak.

3 – Tangan dan kaki
Ini keistimewaan anak kinestatic. Tangan dan kaki aktif semacam. Apa dia nampak semua dia nak rasa. Jatuh, berguling, memanjat tu rutin bagi anak kinestatic. Nak bagi mereka belajar kena bagi mereka buat sendiri, itu je caranya.

Tapi ada bahayanya! Budak kinestatic ni tak faham bila kita cakap bahaya atau boleh cedera, mereka main terjah je. Mak ayah la kena lebih agresif memantau.

Bila kita dah tahu anak lebih dominan anggota badan yang mana, tugas mendidik akan jadi lebih mudah.

– Senang nak cari cara untuk beri nasihat yang boleh masuk dalam hati
– Kita lebih senang nampak kebolehan tersembunyi anak kita
– Makin kurang buruk sangka pada anak yang lasak
– Anak pun lebih taat dan dengar kata

Bak kata pepatah,

“Tak kenal, maka tak cinta”

Makin kenal, makin sayang. Makin sayang, makin cinta. Makin cinta, makin sempurna la hubungan anak beranak.

Wallahu A’lam,

Kredit: Mohd Fhais
Saya jenis visual, anak jenis auditori