Fahami 2 Syarat Nak Anak Cakap Guna Ayat. Elak Lambat Bercakap

Share

Kebelakangan ini masalah anak lambat bercakap atau speech delay menjadi masalah normal dialami oleh ramai kanak-kanak.

Sebagai ibu bapa sudah tentu kita risau apabila anak sudah masuk usia dua tahun tapi belum boleh bercakap.

Kemahiran bercakap atau bertutur sebenarnya salah satu perkembangan penting dalam kehidupan kanak-kanak.

Jika mereka masih belum mencapai kemahiran tersebut mengikut tahap usia sepatutnya, jangan berdiam diri atau bersikap ‘indenial’.

Sebaliknya ibu bapa kena peka dengan tahap perkembangan anak dan sesuatu perlu dilakukan supaya mereka tidak terbiar tanpa sebarang rawatan atau terapi tertentu bagi mengatasi masalah tersebut.

Menurut Aishah Kassim, Patologis Pertuturan Bahasa, jika anak masih belum boleh buat ayat walaupun dah masuk umur dua tahun maka penting untuk ibu bapa semak perkembangan anak setiap hari.

Katanya lagi, kalau lambat nanti kita dah tak boleh ambil tindakan awal. Jadi untuk elakkan daripada lewat perkembangan, ibu bapa sendiri yang perlu ambil tindakan!

Jom, tengok gambar infografik berikut untuk mengetahui apa syarat-syarat anak boleh cakap guna ayat.

Anak Cakap Guna Ayat

Syarat 1: Kuantiti

Jumlah vocab yang perlu disebut mengikut peringkat umur:

2 tahun – 50 vocab atau lebih
3 tahun – 200 vocab atau lebih
4 tahun – 500 vocab atau lebih

Jika anak sebut kurang dari 50 vocab, mereka belum bersedia untuk buat ayat. Jadi, kena tambahkan lagi vocab untuk anak.

 

Syarat 2: Kualiti

Pelbagaikan vocab anak. Contohnya:

Kata Nama : Nama objek, orang, tempat.
Kata Kerja : Nama perbuatan (tidur, mandi, makan)
Kata Sifat : Besar, kecil, kotor, manis
Posisi : Sana, sini, situ

Ada banyak lagi perkataan yang boleh diajar pada anak-anak. Pastikan ada macam-macam jenis barulah anak boleh buat ayat.

Semoga semua ibu ayah tak jemu belajar tip betul mengajar anak mahir bertutur dan bagi yang anak-anak ada masalah pertuturan, pastikan ambil tindakan cepat dan dapatkan rawatan daripada yang pakar.

Sumber: Aishah Kassim

Untuk lebih banyak info terkini jom klik di sini