Kalau dikumpulkan seluruh kasih sayang kita untuk membalas kasih sayang ibu bapa kita, nescaya kita tidak akan mampu melakukannya.
Kedua ibu bapa kita telah menumpahkan kasih sayang mereka kepada kita semenjak kita dalam rahim ibu kita lagi, di saat itu kita masih segumpal daging, belum lagi digelar manusia. Namun, kasih sayang mereka sudah ada terhadap kita.
Begitulah dengan perkongsian lelaki ini yang sebak melihat sikap anak sulungnya yang memahami susah senang keluarganya.
Ekoran dek belanja melebihi yang dirancang, anaknya berasa serba salah hingga meminta belanja sekolahnya sebagai ganti.
Ikuti lanjut perkongsian oleh Edi Arjuna Pencerita ini. Kisah yang menyentuh hati.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Ads
Anak aku yang sulong ni dah 2 hari ada di Bukit Jalil, jadi wakil sekolah dia untuk pertandingan Techlympic peringkat kebangsaan. Dia mintak ibu dia pi tengok pertandingan tu, nak ada semangat ibu. Aku pula kena jadi wakil dia di anugerah kecemerlangan kat sekolah dia kelmarin.
Semalam, masa tengah bina model, banyak barang yang tak cukup. Penganjur sediakan yang asas ja, yang lain-lain peserta kena usahakan sendiri. Pihak sekolah cuma sponsor transport, makan dan penginapan. Mujoq jugak ibu dia ada sana boleh tolong belikan barang.
Dah habis beli, dia terkejut tengok kos dah melebihi budget yang aku bagi kat dia. Memang terpaksa guna duit ibu dia la. Duit yang ibu dia guna tu aku bagi untuk ibu dia buat belanja.
Jadi, dia wasap aku dengan penuh rasa bersalah. Suruh aku ganti duit ibu dengan duit sekolah dia selama 2 bulan . Adoi laa..
Macam lawak pun ada budak ni, tapi terasa sebak juga dada seorang ayah.
Bila anak cakap macam ni, ertinya anak tu faham susah payah ibu dan ayah dia. Anak tu tahu ayahnya bukan orang senang, anak tu mengerti betapa susahnya nak cari duit demi kejayaan anak anak.
Ads
Ayah-ayah kita dulu pun macam ni. Pernah kita nampak ayah melengung sebab tak ada duit? Pernah kita nampak ayah pening fikirkan duit sekolah anak? Pernah kita nampak ayah tak tidur memikirkan esok nak bagi anak makan apa? Pernah kita nampak keringat ayah jatuh ke tanah? Pernah kita sedar ayah menangis atas sejadah memohon rezeki dari Allah?
Jarang jarang kita nampak semua tu. Ayah pandai sorok kesusahan dia. Yang kita tahu, mintak ja ayah bagi, sebut ja ayah hulur. Ketat macam mana pun ayah usahakan juga. Ayah letak keperluan dia pada carta paling belakang, keperluan dan kejayaan anak mesti letak di depan.
Anak…
Ayah dan ibu tak minta ganti dengan wang ringgit. Ayah dan ibu cuma nak kamu ganti dengan berusaha bersungguh sungguh. Berjaya atau tidak, itu perkara nombor dua. Kesungguhan kamu yang perlu dibuktikan dulu. Kerana pengorbanan ayah dan ibu bukan untuk diri kami sendiri, tapi untuk masa depan kamu.
Jangan risaukan rezeki ayah ibu. Kerana Tuhan dah janjikan rezeki kami, begitu juga Tuhan dah janjikan rezeki kamu. Moga beroleh kejayaan buat anak anak kita semua
Pelakon, Liyana Jasmay berkongsi berita duka apabila ayahnya, Datuk Jasmay Md. Shah, 68, meninggal dunia selepas lebih setahun berjuang melawan kanser paru-paru.
Berita tersebut dimaklumkan pelakon filem Papadom itu menerusi Instagramnya yang dimuatnaik bersama dengan sekeping gambarnya bersama arwah bapanya.
Menurut Liyana, ayahnya menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 11.30 pagi tadi di kediaman keluarga di Kemensah, Hulu, Kelang, Selangor.
“Semoga babah diampunkan segala dosa. Semoga babah ditempatkan bersama orang beriman. Semoga babah dijauhi azab kubur.
“You are the best daddy to our family, to your extended families, tp your friends. You bring light and joy to people. You are the giver.
“You gives me so much daddy and i thank you for raising me well. Hanya doa yang mampu mengiringi babah sekarang. Adik harap dapat jumpa babah di jannah nanti. I love you babah,” ujar nya menerusi kapsyennya.
Ibu kepada seorang cahaya mata ini juga turut berkongsikan berita tersebut di insta stories.
“THANK YOU YA ALLAH SWT FOR ALLOWING ME TO BE WITH MY FATHER ON HIS LAST BREATH. TO BE ABLE TO HOLD HIM, LOOKING INTO HIS FACE. HE WAS CALM. I COUNT BE THANKFUL ENOUGH.
“THANKFUL BECAUSE HE PASSED ON A FRIDAY. I WAS WITH HIM. THANK YOU YA ALLAH SWT,” tulisnya lagi.
Allahyarham meninggalkan seorang balu, Datin Habsah Simpon, 64, dan empat orang anak iaitu Juzaili Jasmay, Faradilla Jasmay, Adriana Jasmay dan Liyana.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Semalam ( 7 Mei 2021) kita dikejutkan kes baharu COVID-19 yang merekodkan angka membimbangkan melonjak naik sebanyak 4,498 kes!
Pastinya ini bukan situasi yang menggembirakan tambah lagi menjelangmya Aidilfitri. Jangkitan yang tidak mengenal usia masih belum nampak penurunan. Para frontliners kini bagaikan kembali di medan perang yang kritikal.
Hari ini, Kementerian Kesihatan Malaysia menerusi facebook berkongsi Siaran Media Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. – Hotspot Identification for Dynamic Engagement ( HIDE ) atau dengan kata mudah kawasan titik panas yang bahaya untuk dikunjungi.
Nyata, tindakan ini jelas menunjukkan keprihatinan kerajaan kepada keselamatan rakyat agar berhati-hati apabila berkunjung ke pusat membeli belah ketika membuat persiapan menyambut Aidilfitri.
Turut menjelaskan bahawa Majlis Keselamatan Negeri (MKN) telah mengeluarkan senarai lokasi serta premis berisiko yang dikenalpasti oleh sistem amaran awal HIDE sebagai lokasi titik panas penularan COVID-19. Ia bertujuan membantu masyarakat membuat perancangan perjalanan dan keputusan yang wajar sebelum menuju ke sesebuah lokasi atau premis.
Senarai premis yang berisiko tinggi berlaku penularan jangkitan #COVID19 yang dikenal pasti menerusi Hotspot Identification For Dynamic Engagement System (HIDE). Ini memudahkan langkah-langkah pencegahan dan kawalan dilakukan lebih awal. Rancang perjalanan anda. Elak kawasan sesak, sempit dan sentiasa pakai pelitup muka.- KKM
SOALAN LAZIM MENGENAI HIDE
Moga kita semua menjaga SOP demi mengurangkan kes jangkitan.
Ramadan kali ini dikhabarkan lagi dengan berita gembira oleh penyanyi dan komposer Harry Khalifah atau lebih mesra dipanggil Apak, apabila dikatakan isterinya Noormala telah selamat melahirkan cahaya mata ke-9 mereka ahad lalu.
Memetik laporan mStar, Harry Khalifah dan isterinya yang sebelum ini mempunyai 8 orang anak tidak menolak rezeki sekiranya dikurniakan anak lagi, malah tidak malu untuk mempunyai anak yang ramai.
“Andai kata diberi rezeki lagi saya terima. Saya tidak pernah malu memiliki anak ramai.
“Bagi saya, anak ramai ni akan memudahkan urusan saya pada masa akan datang, mereka juga yang akan mengangkat jenazah saya apabila saya sudah tiada nanti,” kata Harry.
Bukan itu je, Harry juga meluahkan bahawa walaupun ini adalah kali ke-9 menyambut kelahiran anak, dia tetap terharu sehingga mengalirkan air mata ketika menemani isterinya bersalin.
“Masa dia selamat bersalin, saya menangis rasa terharu campur gembira,” luah Harry.
Meskipun sibuk dengan kerjaya, Harry juga tidak lupa untuk menggalas tanggungjawabnya sebagai seorang suami mithali kerana menrutnya dia memang menemani isterinya di dewan bersalin walaupun ini anak ke-9.
“Saya sudah berjanji dengannya untuk sentiasa bersama,” katanya.
Untuk rekod, Harry Khalifah dan Noormala mendirikan rumah tangga pada 12 Ogos 2004 dan dikurniakan dua orang anak perempuan dan enam anak lelaki. Manakala dua orang anaknya menjadi penyanyi, Chombi yang popular dengan lagu Sayunk I Love You dan Mizan.
Sumber: mStar
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Dalam rumah tangga, hubungan suami isteri bukan sekadar berkongsi kehidupan, tetapi juga memahami keperluan masing-masing termasuk keperluan seksual.Walaupun ia sering dianggap isu peribadi, hakikatnya...