Ezzaty Abdullah sarat hamil anak ketiga, tunggu hari nak bersalin. Pelakon Ezzaty Abdullah kini sedang sarat hamil sembilan bulan. Mengambil pendekatan untuk tidak banyak berkongsi kehamilan ketiga, suri hati Azwan Kombos ini lebih selesa untuk berkongsi kepada umum apabila kandungannya telah besar dan selepas melahirkan.
Ezzaty Abdullah Sarat Hamil Anak Ketiga, Tunggu Hari Nak Bersalin
“Sekarang ini memang menanti hari nak bersalin, In Shaa Allah selepas bersalin nanti saya akan kongsikan,” katanya.
Ezzaty juga dilihat ada memuat naik video bersama suami dan anak-anaknya. Jelas kelihatan ‘baby bump’ pelakon berwajah manis ini.
Mengakui bahawa kehamilan kali ini lebih mencabar berbanding dua kehamilan sebelum ini, kongsi Ezzaty, dia mengalami alahan yang teruk.
Ujarnya lagi mungkin kerana kehamilan sebelum ini dia ‘enjoy’ menjalani tempoh kehamilan.
“Mungkin pada awal kehamilan saya sibuk dengan penggambaran. Hanya selepas usia memasuki empat bulan barulah saya tidak terima sebarang tawaran dan tidak berlakon lagi,”kongsi Ezzaty.
Ads
Jelas Ezzaty lagi, dia dan suaminya tidak melakukan ujian imbasan (pemeriksaan jantina) anak ketiga mereka kerana inginkan kejutan.
Untuk info, Ezzaty dan Azwan berkahwin pada 16 Julai 2016. Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan dengan orang cahaya mata iaitu Harum Dahlia, 7 tahun dan Ahmed, 2 tahun.
Strok Haba! Mungkin ramai yang tidak mengambil berat mengenainya namun kehadirannya harus diperakui. Orang ramai terutamanya ibu bapa yang mempunyai anak kecil tidak harus mementingkan diri dengan memandang remeh dan langsung tidak mengambil langkah berjaga-jaga.
Semalam, dalam kemeriahan menyambut Syawal seorang kanak-kanak berusia 11 tahun telah maut akibat strok haba dan dehidrasi dan pagi ini kita dikejutkan lagi dengan berita seorang kanak-kanak berusia setahun setengah akibat perkara yang sama.
Menurut bapanya, Ahmad Faris Fazli Mohd Nasir, anak tunggalnya iaitu Nur Imani telah seminggu mengalami batuk dan muntah-muntah.
Bimbang melihat keadaan mangsa, pasangan suami isteri itu terus membawa anak mereka ke Unit Kecemasan Hospital Raja Perempuan Zainab II pada Isnin lalu sebelum diberi ubat dan membenarkan anak mereka pulang ke rumah.
Bagaimanapun, keadaan Nur Imani dikatakan semakin teruk sehinggalah jam 7.20 pagi Selasa, sebelum dia disahkan meninggal dunia.
Keputusan bedah siasat yang dilakukan mendapati, punca kematian Nur Imani adalah disebabkan strok haba di mana air dalam badannya telah mengering dan paru-paru pula sudah mengecut.
Seperti yang diketahui ramai, Malaysia kini mengalami cuaca panas yang agak tinggi di atas 34 darjah celsius di mana suhu sedemikian boleh menyebabkan masalah kesihatan.
Pakar kesihatan telah mengeluarkan peringatan dan nasihat kepada orang ramai untuk mengurangkan aktiviti di luar rumah dan memperbanyakan minum air kosong.
Sebagai ibu bapa, anda seharusnya mengambil tanggungjawab ini untuk memastikan anak-anak anda berada dalam keadaan yang baik.
Menarik juga jika di rumah ada sepasu pokok daun ketumbar yang ditanam sendiri. Tak perlu dah ‘berkejar’ ke kedai membeli daun ni. Jadi dapatlah memudahkan bila hendak memasak. Hanya capai sahaja di pasu setiap kali ingin menyediakan hidangan seperti tomyam atau sup ayam.
Menerusi facebook, Ahalinda Darjan, menunjukkan cara untuk menanam daun ketumbar dengan subur. Fahami cara proses yang dikongsi ini.
IKUTI PERKONGSIAN INI
GUNA BIJI KETUMBAR TIMBANG KILO:
Sini saya share cara menanam pokok ketumbar menggunakan biji ketumbar timbang kilo kt pasaraya je.. Tak perlu susah-susah beli benih paket tu. Biji ketumbar dia sikit je.. beli timbang kilo puas menanam nanti..sebb dpt banyak harga pon murah je..dan puas menanam nti.. Pada yg pernah cuba tanam pokok ketumbar tp asyik x hidup je.. boleh la cuba ikut cara sy ni..sy kongsi sekadar yg sy tau je..boleh baca penerangan di setiap gambar..
CARA TANAM:
Medium sy gunakan adalah tanah hitam yg di campur dengan cocopeat sikit… pembajaan pula sy ada guna baja biji yg di beli kt eco NPK 8:8:8 dan ada juga siraman baja ab..kdg2 sy siram guna air basuhan beras atau air rendaman perut ikan je.. siraman air setiap pagi atau ptg..atau 2x sehari..bergantung pada cuaca..
Pencahayaan pula dari pukul 8.30am-11am sahaja. Sebab saya letak kat balkoni. Jadi pencahayaan pagi sahaja kena matahari kejap..
Penjagaan dia sgt senang dan mudah hidup klo kena dgn caranya tapi tak panjang usianya.
TANAM DI BALKONI
Ok la sekian sahaja perkongsian dari sy ye.. selamat mencuba ye buat sahabat kebun.. sy xde ruangan yg luas. Bercucuk tanam di balkoni je. Jadi la utk manfaatkan ruang yang sedia ada. Rajin menanam hasil puas ati.. silakan share jika bermanfaat utk kawan-kawan.
LIHAT GAMBAR INI
Biji ketumbar ni sy beli yg timbang kilo je..beli kt pasaraya mydin je..pasaraya lain2 pon ada je yg jual timbang kilo ni..beli x smpai 50sen..leh tanam banyak kali.. untung kan x yah beli yg paket jual kt kedai dh.Pastikan masa beli tu..biji ketumbar dia bewarna cerah dan nmpk masih baru.. baru la senang nk bercambah nanti bila di semai.. klo yg warna dh agk gelap atau kelabu semcm je..peratus untuk hidup tu susah.. Sy rendam sesudu makan je biji ketumbar ni semalaman… bg dia lembut n mudah pecah nti.. Setelah rendam semalaman..sy tabur je kt pasu.. pastu siram air bg tanah lembab sentiasa.. Ni hari ke 4 setelah di tabur ke dalam pasu..nmpk dah pertumbuhan dia menjadi.. Ni dia dh mula menampakkan bibit pertumbuhan ank pokok ketumbar..Dia dh naik meninggi mcm ni..rasanya usia bru seminggu masa ni.. Ni dh mula penuh sepasu.. berebut2 semua nk naik berhimpit2 mcm ni. Setelah besar mcm ni..dh boleh la pindahkan ke bekas lain..tp di sebbkan ruangan sy terhad kt balkoni je..maka sy biar dia bersesak2 dalam 1 pasu tu..😂😂 Sgt senang bila nk guna..tinggal petik je sikit..boleh la letak dalam tom yam..dalam paprik..dalam sup thai..mcm2 lagi la.. sy dulu x suka bau dia..sebb bau aroma dia macam bau “kumbang busuk” tp setelah ada org ajar sy mkn tomyam thai je..lelama jdi suka… rasa sedap plak bau aroma dia skrg ni..Ni bila x terpetik n biar kan dia membesar sendiri..dia jdi berdaun halus..tanda2 penuaan di situ.. Setelah daun2 pucuk mengecil..maka keluarla bunga dia.. nasib pokok ketumbar ni x gayat duk tingkat 4.
Taraaaaa…ni la biji ketumbar dia..firstime sy tgk depan mata… setelah tua diaakan berbunga..dan akan jdi biji ketumbar balik… klo rajin nk tunggu dia kering..boleh la amik guna tanam semula..tp sy x ambil pon..sebb beli biji ketumbar timbang dh..byk kali dh boleh semai. ok la..selamat mencuba.
Selamat mencuba. Ilmu berkebun yang sangat bermanfaat.
Pelakon Izreen Azminda baru-baru ini telah mengadakan majlis tahnik serta aqiqah untuk anak keduanya, Aaron Ibrahim.
Pelakon Kerana Terpaksa Aku Relakan ini tampil berpakaian serba ringkas dengan tema turqoise, sedondon dengan suami dan anak keduanya itu.
Majlis tersebut diadakan dalam keadaan sederhana namun penuh bermakna untuk dirinya dan suami, Ude Wahid. Momen tersebut dikongsikan Izreen dengan memuat naik foto mereka sekeluarga di instagram.
“Terima kasih bagi mereka yang menjayakan majlis tahnik dan aqiqah semalam. Serba sederhana tapi penuh bermakna,” kongsinya secara ringkas.
Begitu pun, penerima anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Anugerah Skrin 2013 sehingga kini mengambil keputusan untuk tidak mendedahkan wajah anak ketiganya pada orang ramai.
Dalam kesempatan tersebut juga, Izreen turut mengucapkan selamat ulang tahun perkahwinan yang kedua kepada suaminya, Ude atau nama sebenarnya Muhammad Radzi Abdul Wahid. Pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada 8 Ogos 2017 di Damansara, Petaling Jaya secara tertutup.
Aaron selamat dilahirkan pada 29 Jun lalu dengan berat 2.85 kg di sebuah hospital swasta ibu kota.
Terdahulu, Izreen pernah berkahwin dengan jurukamera, Muhammad Riza pada 2012 dan berpisah pada 2014. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Muhammad Adrian Umar.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.