Ezzaty Abdullah dan Azwan Kombos timang anak ketiga, “Jam 11.29 pagi, baby boy kami selamat dilahirkan. Pasangan pelakon Ezzaty Abdullah dan Azwan Kombos berkongsi berita gembira menimang cahaya mata ketiga. Pelakon drama Rahimah Tanpa Rahim ini selamat melahirkan bayi lelaki pada 11.29 pagi pada 26 September.
Ezzaty Abdullah & Azwan Kombos Timang Anak Ketiga, “Jam 11.29 Pagi, Baby Boy Kami Selamat Dilahirkan”
Melalui satu hantaran di laman Instagramnya, Ezzaty berkongsi gembira dan rasa syukur selepas selamat melahirkan cahaya mata ketiganya itu.
Alhamdulillah syukur kepada Allah, dengan mengambil berkat bulan kelahiran Rasulullah, pada 21 Rabiul Awal 1446H bersamaan 26 September 2024, pada jam 1129 pagi, baby boy kami telah selamat dilahirkan. Baby dan saya dalam keadaan sihat. Terima kasih kepada yang mendoakan kamI- tulis Ezzaty di ruangan kapsyen.
Perkongsian Ezzaty dihujani dengan ucapan tahniah di kalangan rakan selebriti dan juga warga maya.
Ads
Berikut antara komen-komen warga maya:
Untuk info, Ezzaty dan Azwan berkahwin pada 16 Julai 2016. Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan dengan orang cahaya mata iaitu Harum Dahlia, 7 tahun dan Ahmed, 2 tahun.
Pelakon cantik, Datin Atikah Suhaime, 33, yang kini sedang hamil lima bulan berkongsi bakal melahirkan anak sulungnya di Kuala Lumpur sahaja.
Tidak mahu memilih di negara kelahirannya, kongsi Atikah dia dah suaminya, Datuk Lokman Teh, 34, juga menyokong pilihan ini kerana mereka ingin anak mereka menjadi warga Malaysia.
“Kami sudah berbincang mengenai soal kewarganegaraan anak sebelum berkahwin lagi.
“Saya dan ahli keluarga juga tidak ada masalah untuk anak kami menjadi warga di sini kerana Malaysia dan Singapura tidak jauh beza dan hanya bersebelahan saja,” ujarnya.
Tambah bakal ibu ini lagi, keputusannya untuk bersalin di Kuala Lumpur bukan sahaja berkaitan dengan kewarganegaraan, tetapi juga kerana urusan perniagaan suami dan keluarga mentuanya yang berpusat di Kuala Lumpur.
“Saya bersetuju dengan kemahuan suami saya kerana semua urusan keluarga kami di sini,” katanya, menambah bahawa sokongan dari suami dan keluarganya memberi kekuatan dalam membuat keputusan ini.
Ketika ditanya mengenai hasrat untuk memohon taraf kerakyatan Malaysia, Atikah menjelaskan bahawa dia tidak bercadang untuk berbuat demikian.
“Saya masih warga Singapura dan ulang alik ke Kuala Lumpur dengan menggunakan ‘spouse visa’ saja. Saya tidak mahu menukar kerakyatan kerana ia memudahkan urusan untuk saya ‘travel’ ke luar negara termasuk ke Amerika Syarikat,” jelasnya.
Dengan statusnya sebagai warga Singapura, Atikah tidak perlu memohon visa untuk melawat negara lain, termasuk AS, yang menjadi pertimbangan penting baginya.
Seperti yang kita tahu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ialah seorang yang gemar berkongsi content masakan dan kisah hidupnya di Instagramnya.
Terbaru, Raja Permaisuri Agong membuat perkongsian satu video di IG beliau, gelagat cucu pertamanya, Tengku Zayn Edin Shah.
Hantaran itu disertakan caption yang ringkas tapi sweet!
“Tok Mok je dia ingat …. my grandson Zayn .!”
Apa yang menarik perhatian warganet dan pengikutnya ialah gelaran nenek dan datuk yang diberikan oleh cucunya itu.
Lebih mencuit hati, cucunya itu hanya tahu menyebut ‘Tok Mok’ panggilan untuk nenek bagi Raja Permaisuri Agong Hajah Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskanda.
Sebaliknya tidak menyebut ‘Tok Bok’ gelaran datuk buat Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Amboi manjanya cucu ni pada Tunku Azizah. Sweet!
Tengku Zayn Edin Shah bersama ‘Tok Bok’ dan ‘Tok Mok’
Tengku Zayn Edin Shah bersama bonda dan ayahanda tersayang, Tengku Puteri Iman Afzan dan Tengku Abu Bakar Ahmad Tengku Arif.
“TOK MOK FAVORITE CUCU”
Dalam ruangan komen video tersebut, rata-rata warganet memuji kecomelan dan keletah Tengku Zayn Edin Shah.
Sepintas mengenai Puteri sulung Yang di-Pertuan Agong Al- Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Tengku Puteri Iman Afzan, beliau mendirikan rumah tangga dengan Tengku Abu Bakar Ahmad Tengku Arif pada 24 Ogos 2018 dalam satu adat istiadat yang penuh gilang gemilang. Hasil perkongsian hidup mereka telah dianugerahkan seorang cahayamata yang diberi nama Tengku Zayn Edin Shah yang diputeraan pada 23 Julai 2019.
Anak anugerah terindah buat kita pasangan suami isteri dan mereka itu ibarat kain putih dan bergantung kepada kita sebagai ibu bapa untuk mencorakkannya.
Sebagai ibu bapa yang diberi tanggungjawab yang cukup besar ini, kita kena faham pembentukkan dan cara didikan perlu dilakukan bermula sejak mereka kecil lagi.
Semestinya kita semua impikan anak-anak yang baik akhlaknya, berjaya dunia dan akhirat. Doa kita pasti sentiasa ada mengiringi mereka.
Pun begitu, dalam usaha kita untuk membesarkan anak-anak jangan lupa untuk menitipkan pesanan-pesanan yang membuatkan mereka ingat sampai bila-bila walau ibu ayah sudah tiada di dunia ini.
Hubungan anak dan ibu bapa tidak akan terputus walau salah satunya sudah meninggal. Meski tidak berhubungan secara langsung, anak yang soleh akan dapat mengirimkan doa untuk memberikan ketenangan kepada ibu ayah yang telah tiada.
PESANAN PENTING BUAT ANAK
Bila mak ayah dah meninggal…..
-Nanti jangan lupa bersedekah untuk mak ayah setiap hari. Sebab dulu mak ayah tak sedekah banyak kerana besarkan korang.
-Jangan lupa bacakan Surah Mulk untuk mak ayah setiap malam. Nanti ada juga peneman mak ayah di kubur.
-Doakan kebaikan untuk mak-ayah setiap hari.
Ini yang lebih penting untuk kita pesan dan wasiatkan sebab, tak tentu lagi kita selamat dengaan amalan sendiri.
Kalaulah amalan sedekah pahala tak cukup, boleh juga anak yang masih hidup tolong ‘top-up’kan.
Dan doa, bacaan Quran dan sedekah ni jangan minta mereka buat setahun sekali masa hari raya je. Ingatkan mereka, jika benar sayang mak-ayah buat setiap hari.
Sebab dulu, kita jaga anak careful everyday. Kita bagi mereka makan-minum everyday, bukan seminggu sekali.
Ingatkan anak anda. Sebab, jarang anak yang ingatkan ibu-bapa mereka yang dah meninggal. Masa meninggal je anak menangis seminggu. Lepas tu mereka enjoy dengan harta-pusaka. Mereka fikir kita di alam sana pun selamat dan gembira.
Then setahun sekali baru nak jenguk kubur baca Fatihah masa raya.
Saya kira, bukan begitu relationshipnya. Saya fikir, antara tanda anak benar-benar sayangkan ibu-bapanya, ia berpanjangan setiap hari tak kira kita masih hidup ataupun dah kembali ke alam sana.
Ia bantu kita setiap hari dengan doa, bacaan Quran dan sedekah yang ikhlas yang BERMANFAAT untuk kita di alam sana.
Dan semua kesedaran ini bermula dengan kita, ibu-bapanya yang mendidik dan mengingatkan mereka.
Ingatlah,
Apa yang kita ingatkan mereka, itulah yang kita dapat.
Ingatlah,
Kematian bukan penutup segalanya. Kita masih hidup. Cuma berpindah medium (alam lain) sahaja.
Sekian, ingatan untuk diri sendiri, seorang bapa yang ada anak-anak dan, seorang anak yang telah bapanya kembali ke Rahmatullah .
Setiap hari saya cuba yang terbaik untuk sambungkan kasih-sayang kepada arwah abah dengan bacaan Al-Quran, sedekah dan doa kerana percaya janji Tuhan :
‘dan orang beriman yang diikuti zuriat keturunannya dalam keadaan beriman juga, Kami hubungkan (himpunkan) mereka dan zuriatnya di syurga….’ (Surah Thur, 21).
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.