Ezzah Aziz Fawzy, macam tak percaya cecah usia 61 Tahun, nenek tiga cucu ini tetap nampak anggun. Ezzah antara nama besar dalam industri penyiaran negara yang berpengalaman lebih tiga dekad dalam bidang penyiaran.
Ezzah Aziz Fawzy, siapa yang tidak kenal dengan figura ini. Wanita ini telah berjaya membuktikan kemampuan diri dan mengasah bakat sebagai penyampai berita, pengacara dan penerbit.
Bersandarkan wajah cantik, bakat dan kepetahannya dalam menyampaikan informasi, tidak hairanlah pesona Ezzah masih diingati penonton hingga ke saat ini.
Bakal mencecah usia 61 tahun pada Ogos nanti, Ezzah memulakan karier di TV3 pada tahun 1987. Antara personaliti televisyen lain yang seangkatan dengannya termasuklah Puan Sri Normala Samsudin, Zakiah Anas dan Yusanani Yushak.
Ketika era kegemilangannya, Ezzah bukan hanya dikenali sebagai pembaca berita bahkan dia turut pernah mengendalikan program popular seperti Nona, Wanita Hari Ini, Majalah 3 dan pengacara wanita Jejak Rasul.
Lagi artikel: Tak Mampu Bayar Sewa Rumah, Budak Lelaki 11 Tahun Sanggup Tolak Nenek Hidap Strok Sejauh 20KM!
Meskipun tidak lagi aktif muncul di kaca televisyen, aura Ezzah masih menjadi bualan. Mana tidaknya, pada usia mencecah 61 tahun dia masih kelihatan sihat bertenaga. Bergelar nenek dan mempunyai tiga orang cucu, penampilan Ezzah tetap tampak anggun dalam kelas tersendiri.
Aktif mengamalkan gaya hidup sihat dengan bersenam dan meluangkan masa bersama keluarga tersayang, Ezzah juga gemar bercucuk tanam. Buktinya, taman di kediaman personaliti ini dihias indah dengan pokok-pokok bunga mawar yang tumbuh mekar.
Enggan mensia-siakan pengalaman dan bakat yang ada, Ezzah pada Oktober 2021 telah dilantik sebagai Profesor Adjung Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Hebat!
Untuk info, Ezzah Aziz Fawzy mendirikan rumah tangga dengan suami tercinta, Ahmad Rezal Mohd Esa pada 5 Julai 1986. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan lima orang cahaya matai aitu Dr Fatin, Akif, Amanna, Farhan dan Alya.
Sumber: Instagram Ezzah Aziz Fawzy
Baca artikel lain: Datuk Nenek Jaga Cucu Tidak Mudah Kesepian, Hidup Jadi Lebih Positif
Hajat Tak Kesampaian! Nenek Simpan RM30 Ribu Rosak Dimakan Anai-Anai
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my