Extension Wire Memang Ada Di Rumah. Tapi Jaga-jaga Jangan Salah Guna, Bahaya Padahnya!

Share

Kebanyakkan kita mungkin  tidak semua tahu  tentang penggunaan wire penyambung elektrik ada had dan caranya yang tersendiri. Tersilap percaturan mengundang bahaya untuk seisi keluarga.

Umumnya, kita gunakan extension wire, soket 3  pin dan sebagainya bertujuan untuk mudahkan kita untuk ada lebih banyak point untuk mencucuk plug alatan elektrik dalam satu masa tanpa perlu buat wiring.

Pun begitu, janganlah sampai hendak berjimat hingga membahayakan. Jadi ada baiknya baca dulu info yang dikongsikan ini andai ingin juga menggunakan penyambung wayer tersebut. Jom semak.


Hari ni sy share tentang peralatan ( wire penyambung atau adaptor.) Untuk ibu bapa atau pengguna sila ambil perhatian.. share kat kwn kalau boleh..

Gambar A ( extension wire) wire penyambung..benda ni sangat practikal digunakan di rumah..mudah senang dan murah..

Akan tetapi adakah anda tahu ianya sesuai dgn alat elektrik yg anda pakai?

Wire penyambung ini hanya boleh digunakan untuk kerja2 sementara ..atau kerja berpindah.

Penting:
1,Tidak sesuai untuk peti sejuk, alat penghawa dingin, oven , microwave , water heater.

2, pastikan wayar ditarik semua daripada
kotaknya..inilah adalah untuk mengelakkan rintangan( resister) aliran elektrik akan tersekat..tanpa berbuat begitu bil elektrik akan melambung..lebih parah lagi boleh mengakibatkan kebakaran disebabkan litar pintas ( shock circuit)

Gambar B : 3pin soket tambahan ( 3pin Adaptor)

Benda ni juga hanya boleh digunakan untuk kerja2 sementara..Tidak sesuai untuk Tv,radio, computer.peti sejuk dan lebih2 lagi peralatan elektronik digital..

Kalau boleh beli Adaport ..ianya seakan akan sama cuma ia dikawal oleh fuse & cip elektronik di dalamnya..jika berlaku kilat atau powersurge ( arus mengejut) fuse Adaport akan putus & menyelamatkan peralatan elektrik..

Gambar 3: wire cord tidak kemas..

Pastikan wire anda tidak seperti gambar 3.. ini..ini adalah kerana wire anda tidak selamat dan tidak kukuh jika ianya ditarik.. pastikan cuma salutan luar ..

4: Terakhir jangan sekaki beli barangan elektik yang murah di kedai discount..ini adalah ianya tidak diuji, tidak diluluskan & tidak mengikut ISO

Gambar hiasan

5..oh ya…vacuum kalau  guna kena tarik habis wirenya..kalau tak vacuum mudah panas dan rosak..

Akhir sekali ..UTAMAKAN KESELAMATAN.. sekian terima kasih..

Sumber : James Hulaka

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club