Sebagai ibu yang bekerja, ada masanya tidak sempat untuk menguruskan rumah terutama sekali  bab nak mengemas dan membersihkan daripada sebarang habuk dan kotoran.

Usah risau buat ibu superbusy, gunakan pati tumbuhan untuk menyelesaikan masalah kediaman dan kesihatan. Jom cuba 10 tip mudah ini:

Membersihkan pinggan mangkuk

Tambahkan beberapa titis pati minyak lemon ke dalam dishwasher sebelum anda mula membersihkannya. Ia sangat berhasil menghilangkan kotoran atau spot yang degil pada pinggan mangkuk anda.

Menenangkan ibu bersalin dan bayi

Sediakan haruman lavender ataupun sapukan pati minyak lavender pada badan dan urut perlahan-lahan sebelum tidur. Ia berkesan memberikan tidur yang lebih lena dan tenang kepada ibu selepas bersalin dan bayi.

Tujuan pembersihan

Campurkan tiga titis pati minyak lemon dan pati minyak tea tree dengan air suam. Gaul sebati dan masukkan ke dalam bekas semburan. Ia sesuai dijadikan pencuci harian untuk bahagian permukaan atas kaunter dapur dan pembasmi kotoran yang handal.

Ads

Membunuh serangga

Sediakan satu bekas semburan pati minyak buah oren yang dicampur dengan pati minyak cengkih. Ia akan membunuh dengan pantas serangga perosak di kediaman anda.

Penghalau nyamuk

Sediakan pati minyak serai wangi, citronella dan eucalyptus. Setelah itu, campurkan dengan 1 sudu besar minyak kelapa. Bau yang dihasilkan dari bahan-bahan tersebut membuatkan nyamuk tidak selesa dan akan hindar daripada kawasan tersebut.

Ads

Skrub untuk tab mandi

Campurkan setengah cawan baking soda, setengah cawan cuka dan lima titis pati minyak bergamot ataupun pati minyak limau. Gunakan bahan tersebut sebagai pengganti pencuci tab anda. Ia juga turut boleh digunakan untuk ruang sinki. Hasilnya, anda akan mendapati kotoran degil hilang dan bonus mendapat aroma terapi yang menyegarkan!

Membersihkan udara

Rembeskan atau semburkan pati minyak kayu manis yang dicampurkan sedikit dengan air ke ruang udara. Ia praktikal untuk mencegah bau yang kurang menyenangkan dan merupakan anti mikrobial yang efektif.

Ads

Menyingkirkan bau tong sampah

Sediakan gulungan kapas yang telah dititiskan dengan pati minyak lemon dan tea tree. Kemudian tempatkan kapas tersebut pada bahagian dalam tong sampah. Dengan teknik itu, ia akan meresap dan mengurangkan bau serta melakukan proses detox.

Membasuh buah dan sayur

Untuk membersihkan buah-buahan dan sayur – sayuran daripada kesan racun serangga, tambah dua titik pati minyak lemon ke dalam mangkuk besar dan sedikit air. Kemudian bilas.

Mengharumkan kediaman

Satukan minyak pati cengkih, rosemary dan minyak essential oren. Ia akan menyebarkan bau aroma yang sangat harum dan unik. Pasti tetamu akan terkesima.

Sumber: impiana.my

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI