Tidak semua negeri di Malaysia mempunyai jumlah cuti umum yang sama. Ada negeri yang perlu beroperasi seperti biasa walaupun negeri lain bercuti.
Begitu juga setiap kali menjelang tahun baru, ramai yang mula merancang cuti dan aktiviti bersama keluarga. Namun, bagi penduduk di lima negeri tertentu, cuti umum 1 Januari tidak termasuk dalam kalendar rasmi negeri mereka. Hal ini sering menjadi perbualan, terutama di media sosial.
Lima daripada 14 negeri iaitu Johor, Kedah, Terengganu, Kelantan dan Perlis memilih untuk tidak mengisytiharkannya sebagai cuti umum.
Sebagai contoh, di Kelantan dan Terengganu, sambutan Tahun Baharu tidak diraikan secara rasmi kerana negeri-negeri ini lebih mengutamakan hari-hari kebesaran yang berkaitan dengan agama Islam.
Hujung minggu di kedua-dua negeri itu ditetapkan pada hari Jumaat dan Sabtu bagi memudahkan penduduk menunaikan solat Jumaat dengan lebih selesa.
Begitu juga dengan Kedah, Johor, dan Perlis, yang lebih mengutamakan acara keagamaan dan tradisi Melayu berbanding sambutan yang bersifat umum atau universal.
Ini memandangkan lima negeri berkenaan terkait rapat dengan tradisi dan budaya, sekali gus membentuk jadual cuti umum yang berlainan dengan negeri lain.
Namun, sambutan Tahun Baharu di beberapa bandar di lima negeri tersebut tetap diadakan secara sederhana sebagai tanda turut meraikan malam ambang tahun baharu, meskipun penduduknya perlu bekerja seperti biasa pada keesokan hari.
Namun, untuk kepastian status mengenai status cuti umum pada 1 Januari, adalah disarankan untuk mendapatkan pengesahan daripada majikan bagi mengelakkan sebarang salah faham.
Mak Ayah Boleh Rancang Cuti Awal, Ini Takwim Cuti Sekolah & Kalendar Akademik 2025/2026!
Bagi memudahkan mak ayah untuk merancang keperluan persekolahan anak dan cuti, Takwim Cuti Sekolah 2025 / 2026 dan Kalendar Akademik KPM telah dikongsikan.
Dan ini merupakan takwim terbaru yang dikeluarkan oleh KPM untuk semua.
Dalam artikel ini dikongsikan takwim kalendar akademik sesi persekolahan KPM 2025 / 2026 melalui lampiran berikut :
Kalendar Akademik 2025/2026 (terpakai bagi kehadiran di institusi pendidikan KECUALI di sekolah swasta, sekolah ekspatriat dan sekolah antarabangsa)
Kumpulan A – Semua institusi pendidikan di Kedah, Kelantan dan Terengganu
Penggal Pertama – 16 Februari 2025 hingga 28 Mei 2025
Penggal Kedua – 10 Jun 2025 hingga 11 September 2025
Penggal Ketiga – 21 September 2025 hingga 18 Disember 2025
Kumpulan B – Semua institusi pendidikan di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, WP Kuala Lumpur, WP Labuan dan WP Putrajaya
Penggal Pertama – 17 Februari 2025 hingga 28 Mei 2025
Penggal Kedua – 10 Jun 2025 hingga 12 September 2025
Penggal Ketiga – 22 September 2025 hingga 19 Disember 2025
Ini pula melibatkan cuti-cuti perayaan di Malaysia mengikut kumpulan A dan B.
NOTA PENTING :
Untuk makluman, Sesi Akademik 2026 akan bermula pada 12 Januari dan dijangka berakhir pada 1 Januari 2027 dengan pengurangan 2 minggu cuti semester.
SESI AKADEMIK 2027 barulah kita kembali kepada takwim asal sebelum pandemik di mana cuti sekolah tahunan kembali kepada 9 minggu setahun berbanding 2 tahun kebelakangan hanya 5 minggu setahun ie. Sesi Akademik 2023/2024, 2024/2025 dan 2025/2026.
Untuk muat turun, sila rujuk laman web rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia: https://www.moe.gov.my/
Kecilkan ‘Circle’, ‘Delete’, Move On! , Wanita Ini Buang ‘Toxic’ People & Fokus Bahagia!
Tahun baru biasanya sinonim dengan azam dan permulaan baru. Tapi kali ni, Puan Faridah Mohd Ali kongsikan sesuatu yang lain dari kebiasaan bukan tentang apa yang kita nak tambah dalam hidup, tapi apa yang kita perlu buang untuk hidup lebih tenang, kemas, dan fokus.
Dalam perkongsiannya di Facebook, Puan Faridah berkongsi perjalanan beliau meng-clearkan bebanan hidup dari contact dalam telefon, group WhatsApp, barang peribadi, hingga ke circle sosial.
Beliau percaya bahawa hidup yang minimalis dan tersusun akan memberi ruang untuk kita capai lebih banyak kejayaan dan kebahagiaan dalam hidup.
Mari kita tengok, apa yang Puan Faridah dah buat untuk memulakan 2025 dengan langkah yang lebih ringan dan bermakna
Dalam hidup ni, kita tak boleh kawal apa yang orang lain fikir tentang kita, tapi kita boleh kawal apa yang kita pilih untuk simpan dan bawa ke depan. Fokus pada impian dan nilai yang penting dalam hidup kita. Bila kita kemas fikiran, hati, dan persekitaran, insyaAllah kita akan rasa lebih ringan, tenang, dan bersedia untuk kejar kejayaan yang lebih besar. Let go, dan fokus pada perkara yang membawa kemajuan dan kebahagiaan.
Sumber: Faridah Mohd Ali
Akhirnya Tiba! Kala Usia 62 Tahun Susan Lankester Menang Anugerah Filem Malaysia
Siapa sangka setelah 40 tahun dalam dunia hiburanya akhir berjaya merangkul anugerah paling berprestij. Itulah poelakon berbakat, Susan Lankester, melakar detik manis dalam kariernya apabila dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia (FFM33).
Pernah dikenali sebagai pelakon komedi 2+1, Susan Anne Lankester, 62, menyatakan bahawa kejayaannya adalah bukti bahawa usaha gigih akan membuahkan hasil, sama ada cepat atau lambat kejayaannya ini dapat menyuntik semangat kepada penggiat seni.
Memetik laporan mStar, Pelakon Susan Lankester berharap kemenangan anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia (FFM33) mampu menjadi inspirasi kepada penggiat seni wanita untuk yakin dengan bakat dan kemampuan sendiri.
“Saya harap semua pelakon wanita Malaysia sekarang akan percaya dengan diri mereka sendiri.”
Katanya lagi, mereka harus sedar yang mereka boleh pergi jauh sekiranya mereka berkerja keras dan bersuara sekiranya mereka mahukan lebih lagi dalam karier.
“Saya adalah contoh terbaik anak seni yang berada dalam industri selama 40 tahun.
Pada Rabu lalu, Susan dinotbatkan sebagai pemenang bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Akademi Kreatif Asia (AACA)
2024 di Singapura.
Rasa seperti di awang-awangan, Susan menyifatkan penantiannya lebih empat dekad berbaloi kerana dalam tempoh seminggu dia menerima pengiktirafan oleh dua anugerah berprestij.
“Dalam masa satu minggu sahaja saya peroleh dua pengiktirafan di rantau Asia Tenggara dan di negara sendiri.
“saya rasa seperti saya tidur di atas pelangi kerana terlalu gembira. Kadang-kadang
semuanya ditentukan oleh masa dan ini adalah tahun saya,” ujarnya.
Sementara itu, Susan sempat menasihatkan pelakon wanita lain untuk lebih berani menyuarakan keinginan mahupun idea kepada pihak produksi demi kebaikan karya dihasilkan.
“Memang betul kena cari makan, tetapi kita berhak bersuara untuk dapatkan apa yang kita nak. Kalau tidak sampai bila-bila kita akan dapatkan karakter yang sama berulang kali,” kongsinya.
Susan berjaya menundukkan empat lagi pesaing lain termasuk Nadia Agilah (Eva), Diana Danielle (Imaginur), Nabila Huda (Rahsia), Chen Keat Yoke (Hungry Ghost Diner)
menerusi kategori itu.
Sumber: mStar