Selesai sudah peperiksaan UPSR untuk subjek Bahasa Melayu kertas Pemahaman dan Penulisan. Seterusnya esok untuk subjek bahasa Inggeris.
Namun, ketika ini ibu bapa jangan mendesak anak atau memberi tekanan kepadanya. Inilah masa untuk kita memberi kata-kata semangat.
Begitulah perkongsian seorang guru di laman facebook ini Personal Home Tuition Cikgu Shahrul. Sungguh bermanfaat. Jom ikuti tip ini
Peranan Ibu Bapa Membantu Anak Menjelang Peperiksaan
Agak lama Cikgu tidak dapat menulis di Page ini… Kekangan masa dan kesibukan bergelar guru tuisyen yang sentiasa mencemburui masa Cikgu… Namun memandangkan peperiksaan UPSR akan bermula minggu hadapan cikgu akan kongsikan serba sedikit persediaan buat anak-anak murid diluar sana.. Diharap tips yang cikgu berikan ini membantu serba sedikit persediaan anak-anak menduduki Peperiksaan UPSR..
Setiap kali menjelang peperiksaan, ibu bapa biasanya lebih bimbang berbanding anak-anak. Kebimbangan ini lebih ketara di pihak ibu berbanding bapa.
Ibulah yang lebih gemuruh dan risau. Bapa pula biasanya lebih tenang dan terkawal perasaannya.
Jangan pula kerana tekanan yang kita rasakan dan harapan yang kita letakkan pada seorang anak, membuatkan kita kelam kabut sehingga lupa apa yang sepatutnya dilakukan di saat menjelang peperiksaan.
Sebab itulah kita sebagai ibu bapa mesti tahu persediaan yang perlu dilakukan bagi membantu kecemerlangan anak-anak menjelang peperiksaan. Berikut adalah peranan yang boleh dimainkan oleh ibu bapa menjelang Peperiksaan yang akan tiba
1. Kurangkan Tekanan yang Dihadapi oleh Anak
Bukan sahaja ibu bapa yang bimbang, anak-anak juga sebenarnya bimbang. Mungkin ada di antara mereka tidak menunjukkan kebimbangan tetapi ia dapat dilihat daripada segi perubahan sikap dan tingkah laku mereka. Tambahan pula ini Peperiksaan Pertama anak.. Kebimbangan memang tidak dilihat pada wajah mereka namun didalam hati Tuhan sahaja yang tahu…
Apa yang boleh kita selaku ibu bapa lakukan adalah nyatakan kepada mereka dengan jelas, apa yang kita harapkan daripada mereka hanyalah melakukan yang TERBAIK mengikut kemampuan diri mereka…
Apabila tinggal beberapa hari lagi menjelang peperiksaan, elakkan daripada menyuruh mereka menjawab terlalu banyak soalan-soalan yang tidak diketahui penyelesaiannya kerana ini dapat membuatkan mereka rasa tidak bersedia…. Keyakinan diri tergugat dan ini menjejaskan prestasi ketika menjawab soalan-soalan yang mereka sedia ketahui.
Selepas itu ajak anak melakukan aktiviti yang menyeronokkan tanpa perlu keluar dari rumah. Misalnya adakan masa menonton cerita jenaka seketika. Berhibur dan bergelak ketawalah sekeluarga…. Ini dapat mengendurkan tekanan dalam diri anak dan dia kini bersedia menghadapi Peperiksaan.
2. Gunakan Ayat Positif Pada Anak
Sebagai ibu bapa perlu selalu memberikan harapan kepada anak dengan melontarkan kata-kata yang positif. Disaat-saat akhir ini ayat-ayat positif amat diperlukan oleh anak-anak..Apakah ayat-ayat positif?
Ads
Ayat-ayat positif adalah ayat-ayat yang apabila diucapkan menghasilkan gambaran minda yang juga positif.
Contohnya:
Bukan “Jangan buang masa” tetapi ucapkan “Manfaatkan masa” Bukan “Jangan berputus asa” tetapi ucapkan “Berusahalah dengan lebih gigih lagi” ataupun “Mak percaya adik pasti BOLEH!” Bukan “Jangan kelam kabut” tetapi ucapkan “Bawa bertenang.”
3. Memberi Kerjasama Sepenuhnya
Apabila anak akan menduduki peperiksaan penting, maka keseluruhan ahli keluarga yang ada dalam rumah perlu memberikan kerjasama sepenuhnya.
Pastikan tiada seorang pun ahli keluarga yang menonton TV, mendengar radio, sembang-sembang kosong, bermain-main dan sebagainya, sedangkan ada anak yang sedang bertungkus lumus menghadapi pelajarannya….
Elakkan daripada terlalu banyak membuang masa dengan aktiviti diluar seperti keluar membeli-belah, makan di luar, balik kampong, menziarahi keluarga dan sebagainya. Ingatlah bahawa setiap minit amat berharga kepada anak… Berikan anak layanan istimewa setiap kali menjelangnya peperiksaan. Bebaskan anak daripada melakukan tugas harian yang sememangnya menjadi rutin seperti mengemas bilik, menolong emak di dapur, membersih halaman rumah, mencuci pakaian dan sebagainya.
Dengan cara ini anak akan dapat merasakan perjuangannya dihargai.
4. Pastikan Anak Tidur Awal
Pastikan anak masuk tidur awal dan bangun awal. Galakkan mereka membuat sedikit ulang kaji pada waktu awal pagi walaupun hanya 20 ataupun 30 minit. Pada waktu ini, fikiran mereka tenang, emosi belum terganggu dan suasana pula nyaman.
Ads
Ada anak yang suka belajar sehingga lewat malam bagi menghabiskan ulang kaji mereka. Jangan biarkan keadaan seperti ini berlarutan.
Banyak maklumat yang dibaca ketika ini mudah diingati bagi tempoh masa yang lebih lama.
5. Berikan Ganjaran Diatas Kejayaan Yang Realistik
Untuk menambah semangat Anak ibubapa boleh berjanji memberikan ganjaran diatas kejayaannya.. Namun jangan biarkan anak kita berteka teki mengenai ganjaran yang bakal dia terima sekiranya dia memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Nyatakan dengan jelas bentuk ganjaran yang mahu diberikan kepadanya.
Jika ia berbentuk kebendaan maka nyatakan dengan jelas apakah bendanya itu. Tunjukkan gambar mengenai apa yang mahu diberikan kepadanya.
Ini menunjukkan yang kita memang mengambil berat dan prihatin kepadanya…. Dengan cara ini, anak akan menjadi lebih bersemangat untuk berusaha dengan lebih gigih pada masa akan datang.
6. Cuti Untuk Anak
AMBILLAH CUTI.. Inilah masanya bagi ibu bapa memberikan dorongan yang tidak berbelah bahagi kepada anak yang akan menduduki peperiksaan.
Ambil cuti beberapa hari dan usahakan menghantar sendiri anak ke sekolah pada hari peperiksaan itu. Sepanjang perjalanan, terus berikan kata perangsang dan nasihat kepadanya.
Ingatkan anak sekali lagi, kita tidak pentingkan apa sekalipun hasil yang dia peroleh, yang penting dia memberikan usaha yang terbaik.
Ads
Apa sahaja keputusannya, kita terima dan bersyukur.
7. Berdoa dan Solat Hajat.
Tidak ada suatu yang lebih bermakna bagi seseorang anak ketika menduduki peperiksaan selain daripada doa dan restu daripada ibu bapanya.
Yakinlah Tuhan akan mendengar doa ibu bapa yang ikhlas. Berdoalah walaupun pencapaian anak kita pada ketika itu masih kurang memberangsangkan.
Sesuatu yang dirasakan mustahil bagi kita sebenarnya tidak mustahil bagi Tuhan. InsyaaAllah, bila kita letakkan kepercayaan kepada Allah, Allah akan memudahkan segala usaha kita.
Berikut adalah Cikgu kongsikan zikir yang boleh ibu-bapa amalkan untuk membantu anak-anak menghadapi Peperiksaan..
ZIKIR KETIKA ANAK SEDANG MENGHADAPI PEPERIKSAAN
Ya Zohir, Ya Haadi, Ya Nuur, Ya Baari’ (3x)
Bicara hati: Ya Allah, Ya Zohir, nampakkan kepada anakku jawapan bagi soalan -soalan peperiksaannya.
Ya Allah, Ya Haadi, berikan petunjuk jawapan bagi soalannya.
YA Allah, Ya Nur, pancarkan cahayaMu di dalam fikirannya agar dia mendapat jawapan bagi segala persoalan.
Ya Allah,Ya Baari’ yang Maha Mengatur, aturkan jari jemarinya untuk menulis ilmuMu dalam peperiksaan ini.
Bacalah zikir dan doa ini. Bagi ibu-ibu yang uzur.
Semoga bermanfaat kepada ibu bapa semua
Sumber: FB Personal Home Tuition Cikgu Shahrul
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Apabila melihat rumah bersepah, pasti ibu-ibu ‘naik hantu’. Apatah lagi jika baru saya mengemas. Bagi yang mempunyai anak kecil usia di bawah 6 tahun, perkara ini sudah menjadi kebiasaan.
Tidak perlu rasa lelah atau penat untuk menguruskan anak-anak begini. Nah ibu-ibu baca perkongsian yang dibuat oleh Ketua Paediatrik Occupational Therapy, Idzmir Shahril daripada Idzmir Kids Hub ini terlebih dahulu. Semoga bermanfaat ya.
6 tahun pertama adalah waktu rumah bersepah. Jika anda ada ruang lebih, boleh sediakan ruang khas hanya untuk bermain.
6 tahun sahaja. Selepas itu lebih susah nak minta anak peluk apatah lagi ucapkan perkataan sayang. Anak dah malu.. Kerana pada masa itu anak sudah mempunyai akal..
Bila nak didik anak berkasih sayang? 6 tahun ke bawah.
Kesan daripada didikan 6 tahun ke bawah akan memberi kesan terhadap sosio emosi anak pada 7 tahun ke atas. ?
Don’t trust me, but trust the process.
Dari segi kajian, didikan 6 tahun kebawah dengan Banyak bermain dan bonding time bersama Ibubapa banyak memberi kesan terhadap sosio emosi anak.
Selari dengan pesanan Rasullullah S.A.W, 6 tahun ke bawah Baginda berpesan berkasih sayang dan menyayangi anak tanpa batas. Tidak boleh dipukul walaupun mereka melakukan kesalahan walaupun ATAS DASAR MENDIDIK.
Akhirnya, kesan terhadap sosio emosi anak, mereka akan rasa dekat dengan kita dan merasakan kita adalah orang yang menjadi pelindungnya serta dianggap teman tempat rujukannya.
Ini akan memberi kesan untuk jangka masa panjang ya. Ia akan Bermula 7 tahun sehingga DEWASA! USIA EMAS anak adalah 6 tahun kebawah!
Ada Ibu bapa datang berjumpa saya, mereka merasa kecewa dan kesal apabila anak lebih menuruti perintah atuk nenek berbanding kita Ibubapa mereka.
Cuba tanya diri kita semula. Kenapa anak memilih atuk nenek dia berbanding anda sebagai ibu bapa mereka?
Jadi mulai hari ini dan saat ini, tanam satu azam. Peluk anak, cium anak, ucapkan perkataan SAYANG, pandang anak dengan kasih sayang, Tahan marah dan genggam tangan daripada naik ke kulit anak.
Ucapkan yang baik-baik, kata kan yang baik-baik, nasihat yang baik sahaja sehingga anak berusia 7 tahun walaupun TERPAKSA ulang perkara yang sama 1001 kali. Anak baru hidup, jadi dengan siapa dia akan belajar kalau bukan dari orang tuanya?
6 tahun sahaja. 6 tahun sahaja wahai ibu bapa sekalian. Objektif bukan untuk mendidik, tetapi berkasih sayang sambil mendidik dengan kasih sayang dan kasih sayang.
Hanya Kasih dan Sayang.
Idzmir Shahril Paediatric Occupational Therapist
Fb : Idzmir Kids Hub
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Anak kita berbeza-beza. Ada yang tahap keyakinannya di hadapan orang ramai terlalu tinggi, namun ada juga anak yang pendiam dan pemalu biar pun dirangsang dengan pelbagai cara.
Bagi ibu ayah yang mempunyai anak yang pemalu dan pendiam, trik yang dikongsikan oleh Penulis Keibubapaan, Pn Wawa Shauqi ini boleh dicuba.
Saya pernah rasa risau dengan anak saya yang kedua ni. Sebab masa kecik dia pemalu. Dah besar sikit, selalu rasa rendah diri.
Dia selalu diejek sebab rambutnya yang kerinting. Diejek sebab membaca lambat. Direndahkan sebab tak terer sangat bersukan. Dan cakap pun agak lambat-lambat.
Saya taknak dia struggle dengan keyakinan diri macam saya masa kecik. Jadi saya dan suami bekerja keras jugak untuk buat dia kekal confident.
Ini antara 10 perkara yang saya buat pada anak yang pemalu.
1) Validate.
Anak ada hak untuk rasa malu. Jangan sesekali perlekeh atau ketepikan perasaan dia.
Saya cakap pada anak, “Mama faham Aqlan malu. Sebab mama dulu pun pemalu. Tapi mama fikir balik, buat apa nak malu nak bercakap. Bukan orang tau pun kita malu. Baik berlakon confident.”
2) Puji.
Ini antara ubat mujarab untuk anak pemalu Bukan sembarangan puji untuk bagi anak perasan. Tapi puji sikap baik dan effort anak tu.
Insya Allah perlahan-lahan, bila selalu dapat pujian dan galakkan, confident anak akan memulih dan berkembang.
3) Pesan pada anak, bila bercakap dengan orang, pandang mata. Kalau rasa kekok, pandang batang hidung orang tu. Bercakap kena yakin dan jelas.
4) Pesan pada anak, kalau nampak kawan sebaya tengah main, angkat tangan dan bagi salam. Minta izin untuk cuba join main sekali.
5) Pesan pada anak, kalau teringin nak main, tapi takut orang tu kedekut, mintak dia ajar. Orang suka bila kita buat dia rasa pandai.
“Weh, pandai la ko main ni. Ajar aku boleh?” Walaupun niat nya nak bodek main sekali je.
6) Pesan pada anak, Cari benda untuk puji kawan.
Kalau dia menang, cakap tahniah. Kalau kawan kalah, bagi semangat, “Tak apa. Ko cuba lagi weh.”
7) Pesan pada anak, bila orang tak nak kawan, tak apa. Saya cakap,
“Rugi orang taknak kawan dengan budak baik macam Aqlan. Insya Allah mama doa, Aqlan akan jumpa kawan yang hargai diri Aqlan.”
8 )Pesan pada anak, bila orang ejek, stay confident.
“Aah. Rambut saya macam megi. Saya suka je.”
“Saya ok je. Hidung besar, lagi senang bernafas.”
Sekarang ni alhamdulillah dia makin ok. Sampai ke tahap, dia senyum je orang cakap dia miskin, sebab pakai baju koyak.
Orang cakap dia busuk, dia buat-buat cium ketiak, angkat ketiak sambil kejar orang yang mengata dia. That confident. Mama pun tak ada.
9) Jangan takut cakap “Tak nak” bila orang paksa anak buat benda yang dia tak suka. Atau berterus terang “Tak selesa” bila dibuli.
Pernah sekali masa tadika, cikgu suruh buat kerja, tak lama lepas tu, dia bagitau cikgu,
“Cikgu, tangan saya dah lenguh. Saya taknak buat dah.”
Saya geleng kepala. Tapi jauh di sudut hati, saya bangga dia tak kekok untuk cakap apa yang dia nak dan perlu.
10) Kalau kawan buli, stand up for yourself. Cakap terus terang,
“Aku tak suka ko buat macam ni. Main elok-elok”
Kalau rasa tak boleh handle sangat, cakap kat kawan,
“Mak aku nak jumpa ko. Sebab ko selalu buli aku.”
Syukur sangat. End up, semua pembuli dia berjaya jinakkan. Dah boleh berkawan baik
dengan anak saya ni.
Bila saya tanya dia handle macam mana, dia kata, dia buat baik je. Cakap elok-elok, nasihat elok-elok.
“Bila Aqlan geram sangat, Aqlan jerit je. Terus dia takut.” Kata anak saya.
Sekarang, saya boleh berbangga dengan dia. Ada saat yang dia tak boleh lakukan apa yang kawan-kawan lain boleh buat, dia dengan tenang cakap,
“Ala takpe. Aqlan boleh main benda lain.”
“Aqlan kena prektis lagi ni.”
Kalau dulu, jumpa orang, dia menyorok dalam baju mak. Tapi sekarang, dengan budak kecik, dengan orang tua pun, dengan jutawan pun dia boleh bersembang tanpa rasa segan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Dek angkara harta pusaka, lima anak membuat laporan polis mendakwa ibunya telah mengadaikan geran tanah arwah ayahnya.
Berita ini telah mengemparkan para netizen yang memberikan pelbagai komen. -Sebagaimana laporan Kompas.com baru-baru ini.
Wanita tua dikenali sebagai Rodiah yang berusia 72 tahu sebak tidak dapat menahan tangisan apabila mengetahui dakwaan itu dilakukan oleh anaknya sendiri.
Tiga hari selepas suami meninggal 5 anak tuntut harta.
Lapor Kompas.com lagi, warga emas itu memberitahu, anak sulungnya, sering meminta empat geran tanah seluas hampir satu hektar itu yang disimpannya selepas suaminya, Zein Choir meninggal dunia.
Malah, semua anaknya, seramai lima orang telah mendesak supaya tanah tersebut diagihkan segera. Kejadian itu berlaku selepas tiga hari bapa mereka meninggal dunia.
Ambil geran secara senyap
Wanita itu mendakwa tidak menyangka tindakannya yang tidak mahu memberikan geran kepada lima orangnya telah mengakibatkan anaknya membuat laporan polis, sedangkan secara senyap-senyap telah menggambilnya.
“Saya tidak menyangka anak sendiri akan laporkan ibu mereka kepada polis. Anak-anak mendakwa saya gadaikan kesemua geran tanah itu dengan harga 500 juta rupiah (RM146,840).
“Saya ada lapan orang anak dengan tiga daripadanya tinggal bersama saya dan lima yang lain duduk berasingan. Kelima-lima anak itulah yang laporkan saya kepada polis,” katanya yang lumpuh kedua-dua kaki akibat strok dan hanya mampu bergerak menggunakan kerusi roda, .
Trauma
Perlakuan mereka itu telah membuatkan dirinya menjadi trauma dan sering merasa takut apabila mendengar bunyi pintu rumahnya diketuk. Dia takut didatangi kelima anaknya kerana sering diancam.
Perlakuan lima anaknya itu membuat dirinya trauma. Dirinya sering merasa takut ketika mendengar bunyi pintu rumahnya diketuk. Bimbang sering diancam oleh anak-anaknya.
“Saya pasrah saja dibuat begini. Saya punya Allah SWT, serahkan semua nasib kepadanyaNya,” katanya sambil mengusap air mata.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...