Mungkin ramai yang belum tahu kegunaan lain esen vanila selain sering digunakan di dalam membuat biskut dan kek. Sebenarnya esen vanila ini juga sangat hebat kesannya jika digunakan sebagai merawat sakit gigi.
Pengalaman ini dikongsi oleh seorang isteri bernama Rafidah Ramli untuk meredakan kesakitan yang ditanggung oleh suaminya setelah buntu melihat keaadaan suaminya berminggu-minggu menanggung kesakitan gigi.
Ini perkongsian diakaun fb miliknya.
PENAWAR SAKIT GIGI
Alkisahnya husband sakit gigi dekat seminggu dah.. P klinik pulak ingat doc nak cabut tak jugak cabut..just bagi ubat tahan sakit aje.. Bila suami makan je ubat tu tdo aje..kepala penin,badanpun sampai nak demam sian tengok..
Ads
Aku nie xboleh tengok suami xsihat biasalakan. Isteri solehah hehe…telepon mak mcm mana nak buat mak bgtau balik kg ambik daun sakit gigi tumbuk2 letak dlm gigi sbb mak sakit gigi bubuh tu je hilang..udah jauh pulak..
Last Aku google petua sakit gigi jumpa la petua nie..biasa kita guna utk buat kuih atau kek je kan xsangka pulak boleh jadi PENAWAR..
Aduhh panjang lebar pulak hihihi..ok petua dia mcm nie
Ads
Bahan-bahan:
Esen vanila
Putik kapas
Ads
Langkah-langkahnya:
Ambik putik kapas dan celupkan ke dalam esen vanilla
Kemudian letak dekat gigi yg sakit tu
Cukup mudah dan memang berkesan dan ini turut diakui oleh beberapa yang pernah mencuba petua ini dan dikongsi di media sosial, antaranya Zu Ra Mazlan dan Farhana Ismail.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Musim percintaan yang dahulunya dipenuhi dengan bunga-bunga cinta kian pudar ditelan dek masa. Walaupun sudah hampir empat tahun berumah tangga, namun sikap suami anda semakin hari semakin berubah. Bagaimana untuk betulkan kedaan ini?
Untuk menjadi pasangan yang terbaik dalam rumah tangga, perlu ada sikap memberi dan menerima. Tip yang disediakan ini mungkin dapat membantu bagaimana untuk menjadi isteri mahupun suami terbaik buat pasangan anda:
Berlaku adil
Jangan sesekali mengelakkan diri daripada pasangan, bimbang mengundang masalah yang lebih serius. Sebaiknya berbincang dan dengar pandangan pasangan anda. Usah bersikap pentingkan diri sendiri dan hanya mahukan pandangan anda dituruti. Mungkin idea atau nasihat pasangan lebih baik daripada anda.
Seimbangkan masa dengan baik untuk kerjaya dan rumah tangga. Bagi wanita pula, biar sehebat atau setinggi mana jawatan anda di luar, di rumah anda adalah seorang isteri dan ibu.
Keterbukaan
Sikap ini perlu ada di dalam diri setiap pasangan baik yang baru mahupun yang sudah lama berkahwin. Komunikasi dua hala sering kali menjadi penyelamat dari sebuah konflik. Jika ada benda-benda yang kurang berpuas hati, selesaikan dengan segera.
Tidak perlu cepat melenting, sebaliknya minta penjelasan daripada pasangan tentang apa yang terbuku di hati anda. Jangan biar masalah menjadi duri dalam daging dan mengganggu perasaan.
Nasihat orang yang betul
Jika anda dan pasangan sedang menghadapi masalah, jangan sesekali menceritakan hal tersebut kepada orang lain, terutama rakan sekerja. Bimbang nanti ia akan menambahkan lagi masalah. Jika mahu mendapatkan pandangan mahupun nasihat, cari mereka yang boleh membantu. Misalnya ibu bapa, sahabat rapat atau sebagainya.
Jangan mengutuk mahupun menceritakan keburukan pasangan anda, sebaliknya minta nasihat bagaimana kaedah terbaik untuk berkomunikasi dengan pasangan anda.
Bertolak ansur
Setiap orang mempunyai pendapat dan pendirian masing-masing. Sebaiknya, untuk menjadi pendengar yang baik jangan cepat membantah atau menolak sekiranya pasangan anda mengemukakan pendapatnya. Dalam hal ini, harus ada memberi dan menerima.
Bertolak ansur antara satu sama lain adalah perkara asas dalam sesebuah rumah tangga yang harmoni. Tidak kiralah jika apa yang anda rasa betul dalam sesuatu perkara itu, tetapi fikirkan juga tentang sensitiviti orang lain. Mungkin baik untuk diri anda tetapi tidak daripada pandangan mereka atau sebaliknya.
Tarik perhatian pasangan
Bagi anda yang baru mahupun sudah lama berumah tangga, harus sentiasa memikat hati pasangan . Suami isteri perlu berusaha untuk mendapatkan perhatian daripada pasangan. Bukan sekadar memberi perhatian kepada penampilan diri semata-mata, sebaliknya dari segi layanan, mengambil berat, bermanja dan sebagainya.
Tunjukkan penghargaan terhadap pasangan anda. Hargai apa yang mereka cuba lakukan. Penghargaan tidak semestinya berbentuk materialistik, cukup sekadar dengan hanya menyatakan terima kasih. Apabila anda menghargai pasangan, pasti segala masalah yang wujud boleh diselesaikan dengan cara yang mudah.
Komunikasi dua hala
Jangan disebabkan tekanan atau kesibukan kerja, anda tidak mahu meluangkan masa untuk berkomunikasi dengan pasangan. Penat bagaimana sekalipun, ‘curi masa’ untuk berbuat demikian. Jangan sesekali membawa pulang kerja pejabat ke rumah. Fokus kepada rumah tangga dan pasangan anda.
Selain menjadi pendengar yang setia, anda juga perlu juga meluahkan rasa jika mempunyai masalah. Jangan selesaikan sendiri biarpun ia perkara yang mudah buat anda. Ini akan membuatkan pasangan terasa tidak dipinggirkan.
Jangan biarkan pasangan tertanya-tanya kenapa sikap anda berubah. Berterus terang adalah satu sikap yang baik untuk mengelakkan masalah dalam rumah tangga.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kasih pada haiwan kesayangannya, seorang wanita mendapat perhatian ramai kerana sanggup menyewa sebuah lori khusus untuk membawa kesemua 100 ekor kucing-kucing kesayangannya untuk berpindah.
Menerusi perkongsian video oleh individu yang merupakan jiran kepada wanita tersebut, dapat dilihat sebanyak 100 ekor kucing menunggu sebelum bersedia untuk menaiki lori.
Difahamkan wanita berkenaan mahu berpindah dari Perak ke Kedah dengan turut menyewa sebuah lori khas untuk kucing-kucingnya.
“Tengok jiran nak pindah. 100 ekor kucing Ipoh ke Kedah.
“Penuh satu lori,” tulisnya menerusi kapsyen.
Menjengah ke ruangan komen rata-rata netizen terpegun melihat kegigihan wanita ini yang begitu kasih pada kucing belaannya biarpun terpaksa berpindah jauh.
Wang bukan ukuran bila mana semuanya sudah dianggap seperti keluarga.
Suami isteri berusahalah untuk menjaga hati pasangan masing-masing. Apabila memasuki alam perkahwinan, kebanyakan suami isteri sering mengabaikan emosi dan perasaan pasangan. Mungkin masing-masing penat mencari rezeki dan menguruskan hal anak-anak, tetapi dari sudut ambil hati anda tetap tidak boleh letak tepi.
Suami Isteri Jagalah Hati Pasangan Masing-masing
Jangan biarkan hubungan suami isteri menjadi renggang dek kerana masing-masing gagal menjaga hati pasangan. Masalah ini boleh diperbaiki. Cubalah untuk melakukan beberapa perkara mudah berikut kepada pasangan.
1. Pegang Tangan
Sentuhan fizikal paling mudah bagi simbol cinta suami isteri adalah dengan pegang tangan tanpa diminta. Tetapi apa yang pelik kalau sudah halal, anak pula akan dijadikan satu alasan untuk pegang tangan pasangan. Perlu pasangan tahu, pegang tangan juga mampu kurangkan tekanan emosi isteri.
Cuba buat waktu isteri merajuk, lagi cepat aura positif itu muncul. Mahu lagi istimewa, sesekali paut jari jemari waktu sama-sama menonton televisyen. Atau lebih manis curi pegang tangan waktu keluar membeli belah, walau payah dengan dukung anak. Jangan pula satu pasangan di depan, satu di belakang.
Barulah Hubungan Makin ‘Ketat’
2. Beli Hadiah
Isteri selalunya tidak meminta. Ada yang menghulur dia menerima. Kalau pun pasangan sama-sama mencari rezeki di luar, apa salahnya jika anda selalu ada hadiah kecil buat tambat hati. Tidak perlu yang mahal, mencukupi walau sekeping coklat. Lebih puas hati jika anda belikan makanan atau barang kesukaannya.
Waktu memberi mungkin boleh selit gurauan, semata untuk cungkil rasa cinta yang tersembunyi. Kadang penat kerja di rumah atau pejabat boleh hilang apabila mata melihat pemberian kecil dari orang tersayang. Tanda mengingati…
3. Buat Sesuatu Tanpa Disuruh
Ya, mungkin masing-masing penat tetapi jangan saling mengarah. Jika nampak sesuatu yang kurang enak depan mata, anda boleh memahami hati pasangan. Letak diri anda di tempat pasangan. Mungkin tidak sempat untuk kemas kerana anak-anak meragam. Jika mahu menjaga hati, anda sendiri boleh terus tolong pasangan.
Bertindak lebih baik daripada mengarah. Isteri, kalau nampak suami bertindak dia akan terus rasa bersalah. Jadi automatik, esok-esok hari kerja harian anda lebih dijaga kerana tidak mahu apa yang suami buat sendiri, terulang seperti hari sebelumnya.
4. Pujian tanda menghargai
Wanita lebih bertindak dan rasa dihargai jika suami selalu memuji. Mungkin hidangan tidaklah begitu istimewa, tetapi jika anda pandai ambil hati, isteri pasti lebih rajin masuk dapur walau penat seharian bekerja. Andai tidak begitu memuaskan, anda boleh sampaikan dengan cara lebih positif. Awas, jangan kritik kalau bab makanan yang dimasak. Nak menegur bab masak, suami kena sama-sama masuk dapur.
Mahu lagi romantis, saling berebut saat menyuap depan anak-anak. Anak-anak tengok pun, pasti mereka dapat baca isi hati kedua ibu bapa yang sedang bahagia.
5. Belajar mendengar
Memang tidak pelik kalau isteri selalu bercerita hal remeh sampai bertukar jadi bebelan. Saat mereka bercerita bukan kerana suka-suka ya, itu kerana mereka rasa tertekan dengan keadaan yang dilalui. Walau anda rasa perkara yang dikongsi agak tidak penting, tetapi belajarlah menjadi pasangan yang memahami. Faham saat pasangan berduka kerana sikap wanita, hanya meluah mereka akan rasa lebih puas dan disayangi.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...