ESCAPE Penang Sambut Ulang Tahun Ke-10, Rasmi Cerun Ski Pertama Malaysia & Kolam Laut Mati

Share

ESCAPE Penang Sambut Ulang Tahun Ke-10, Rasmi Cerun Ski Pertama Malaysia & Kolam Laut Mati

Pulau Pinang memang terkenal dengan tempat yang sentiasa menjadi destinasi percutian yang popular di Malaysia kerana ia menawarkan makanan yang enak dan suasana santai untuk bercuti bersama keluarga.

Salah satu kawasan percutian yang menajadi tumpuan ramai adalah ESCAPE Penang yang kini menjadi tumpuan ramai. Bukan hanya penduduk di sekitar Penang tetapi dari seluruh negara.

Tampil dengan keunikkan tersendiri, ESPACE Penang telah beroperasi sejak tahun 2012 telah membuatkan ramai terhibur dengan kemudahan yang ditawarkan yang sesuai untuk seisi keluarga. Sambil bercuti sambil mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Artikel Berkaitan: “Don’t tell them. Show them.” Faizal Tahir Kongsi Didik Anak Solat. Kecil-Kecil Dah Pandai, Sejuk Perut Ibu Mengandung Kan!

Artikel Berkaitan: “Ajar Anak Disiplin Kena Konsisten.” Cara Johan & Ozlynn Didik Anak, Wajib Baca Al-Quran Lepas Solat Subuh!

DUA TARIKAN BAHARU-CERUN SKI MALAYSIA DAN KOLAM LAUT MATI

 

Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini 

Baru-baru ini ESCAPE Penang telah mengadakan sambutan ulang tahun ke 10 secara besar-besaran termasuk melancarkan dua tarikan serba baharu. Ramai yang teruja dengan permainan baharu ini.

Cerun Ski Malaysia dalam persekitaran tropika Pulau Pinang dan Kolam Laut Mati iaitu pengunjung boleh terapung secara semulajadi. Nyata tarikan baharu ini berjaya menambat hati pengunjung ke ESCAPE Penang!

Dalam pada itu, majlis sambutan dan pelancaran itu dihoskan oleh selebriti dan veteran komedi Malaysia, Harith Iskander dan dihadiri Dato’ Sim Choo Kheng, Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Sim Leisure Group, pemilik dan pengendali taman tema jenama ESCAPE.

Malah baru-baru ini, beliau diiktiraf dalam The Blooloop 50 Theme Park Influencer List 2022 sebagai penggerak utama dalam industri – pengiktirafan industri berprestij yang meraikan kerja 50 individu penting yang kreativiti, semanfat dan dorongan mereka telah membantu membentuk dan menambah baik industri.

Turut merasmikan pelancaran tarikan baharu itu ialah Pemain Ski Alpine Olimpik Malaysia berusia 18 tahun, Aruwin Salehhuddin, yang mempamerkan kemahirannya di Lereng Ski, membuktikan sifat tarikan baharu bertaraf dunia itul

Dato’ Sim Choo Kheng, Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Sim Leisure Group, pemilik dan pengendali taman tema jenama ESCAPE.

“Inilah kita. 10 tahun kemudian selepsa jenama ESCAPE dikonsepkan di sini. Ia sememangnya perjalanan yang panjang untuk kami tetapi seperti yang anda boleh lihat dengan jelas kami tidak seperti taman tema lain.

” Kami berani untuk berbeza, menjawab panggilan untuk pengalaman bermain yang dibayangkan semula. Hari ini kami masih berpegang pada konsep penemuan semula zaman kanak-kanak yang telah dicuba dan diuji ini. Sambil mempromosikan hubungan dengan alam semulajadi.

“Dan kami bersungguh-sungguh, Semasa membangunkan taman ini, kamia berusaha sedaya upaya untuk tidak menjejaskan kehijauan semulajadi yang boleh anda lihat di sekitar taman. Malah kami juga menanam banyak pokok,” ujar Dato’ Sim Choo Kheng.

Nyata, ESCAPE menjadi penanda aras bagi taman tema yang bukan sahaja untuk beriadah tetapi menawarkan keunikkan tersendiri dengan memecahkan Rekod Gunness- Slaid TiuB Air Terpanjang Di Dunia dan Zip Coaster Terpanjang Dunia.

Pemain Ski Alpine Olimpik Malaysia berusia 18 tahun, Aruwin Salehhuddin,
Harith Iskander di Kolam Laut Mati

 

 

 

 

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club