Mana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi kan? Baru-baru ini, primadona Malaysia iaitu Erra Fazira ada memuat naik video sambutan ulang tahun kelahiran anaknya, Engku Aleesya yang ke-13 tahun.
Menjadi perhatian ramai dalam perkongsian tersebut adalah raut wajah anaknya yang semakin cantik ketika meningkat dewasa dan semakin iras seperti ibunya.
Malah ada yang mengatakan wajah Aleesya sangat sama dengan wajah Erra ketika berlakon dalam filem Sembilu. Tidak ketinggalan, doa orang ramai untuknya sempena hari lahirnya.
Dalam perkongsian tersebut, Erra meluahkan rasa syukur dengan kehadiran Aleesya dalam hidupnya serta menyifatkan anaknya itu adalah paling berharga buat dirinya.
Ads
Malah, Erra turut mengambil kesempatan dalam mendoakan Aleesya menjadi anak yang solehah serta berjaya dunia akhirat.
Terdahulu, Erra pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon dan pengarah Datuk Yusry Abdul Halim pada 2003 namun berpisah pada 2006.
Erra kemudian mendirikan rumah tangga dengan Engku Emran pada 2007 namun bercerai pada 2014. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Engku Aleesya kini berusia 13 tahun.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, peluasan BAP kepada pelajar Tingkatan Enam akan memberi manfaat kepada lebih 100,000 pelajar dengan implikasi kewangan kira-kira RM15 juta.
“Ini peluang yang sangat baik, BAP diberikan kepada pelajar Tingkatan Enam buat kali pertamanya dalam sejarah, dan kita mahu anak-anak Tingkatan Enam ini terus bersemangat.
“Kita harap inisiatif untuk Tingkatan Enam akan dapat kita tambah baik lagi kerana Tingkatan Enam ini sangat penting, ia pasca-Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan khususnya untuk menjamin akses pendidikan kepada semua,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Beliau berkata, peluasan pemberian BAP kepada pelajar tingkatan enam juga adalah cerminan keprihatinan kerajaan Madani untuk meringankan beban kewangan ibu bapa dan penjaga dalam melakukan persediaan keperluan persekolahan.
Inisiatif itu juga membuktikan komitmen berterusan Kementerian Pendidikan untuk terus memperkasakan pendidikan selain untuk menggalakkan pelajar memilih pendidikan Tingkatan Enam, selepas SPM, katanya.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat pada 18 Oktober lepas, mengumumkan BAP diteruskan, dengan hampir RM800 juta diperuntukkan kepada 5.2 juta murid Tahun Satu hingga Tingkatan Lima tanpa mengira pendapatan ibu bapa.
Dalam kehidupan seharian bersama suami isteri, bukan sahaja momen romantik menjadi pengikat hubungan. Usik mengusik dan lawak jenaka perlu diselit sekali untuk mengelak suasana hambar ketika duduk bersama.
Baru-baru ini pelawak dan pelakon, Achey ada berkongsi di aplikasi Tiktok miliknya bahawa dia dan Isterinya, Anne mempunyai pendapat yang sama dalam satu isu iaitu selebriti tidak dilarang untuk masuk campur hal politik. Bukan itu sahaja, tak kiralah apa pekerjaan sekalipun tetap boleh ambil tahu tentang perkaraa tersebut.
Yang menjadi perhatian dalam perkongsian ini di mana ada bahagian Achey dengan sengaja menukar perkataan politik ke poligami yang pada awalnya dia menyangka isterinya tidak perasan, tetapi malangnya Anne dengar dan terus ‘menghadiahkan’ tamparan hebat pada Achey dengan alasan nyamuk.
Selepas adegan itu, terus Achey berhati-hati dengan menyusun kata-katanya diikuti dengan ayat ‘mana ada nyamuk’ di hujung video tersebut.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata kasihankan nasib yang bakal menimpa Achey dek kerana lawaknya itu.
Webinar Aku Tak Serik Bersalin merupakan webinar kehamilan dianjurkan untuk para ibu hamil yang menanti kelahiran cahaya mata. Membariskan ramai speaker-speaker hebat yang terdiri daripada pakar dalam bidang masing-masing. Antaranya Dr Maiza Tusimin, Dr Siti Sarah Aishah, Dr Tengku Puteri Zainab, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti Ezzaty Abdullah. Jom daftar secara percuma di SINI!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Subjek Matematik umum ketahui sering menjadi antara mata pelajaran yang kurang dapat dikuasai oleh anak-anak kita.
Apatah lagi jika Sifir tidak dihafal dengan baik, akan bertambah sukar untuk skor dalam subjek tersebut.
Jadi apa kata kita bantu anak-anak kita dengan lakukan apa yang dipraktikkan oleh guru Matematik ini. Jom semak.
TIP BERKESAN HAFAL SIFIR
Sebenarnya ada banyak cara dan tip dalam aktiviti penghafalan sifir. Cumanya kali ini aku nak kongsikan langkah-langkah yang aku praktikkan untuk anak murid di sekolah.
Ianya berkesan!
1. Sendiri-sendiri.
Tetapkan masa. Baca sifir secara kuat berpandukan buku tulis dan sifir yang ada. Ulang dalam 5-6 kali.
Oh ya, mungkin ada yang akan bertanya, cara mana yang lebih berkesan.
1 x 2 =2
atau
2
4
6
8
Bagi aku mana-mana cara pun tak ada masalah. Mana-mana pun boleh. Tapi aku lebih suka yang hafal jawapan terus. Ia mengecilkan skop nombor bagi sesuatu sifir.
2. Tulis
Selepas beberapa minit, sifir ni mesti ditulis semula. Ia sebagai aktiviti pengukuhan. Terjemahkan apa yang sudah dihafal tadi. Masa ni lah nak tunjuk power dengan kawan-kawan.
Boleh gunakan cara segi tiga atau baris ke bawah terus. Kalau aku, aku buat segi tiga dulu kemudian baru baris ke bawah.
Cari pasangan. Seorang baca dan seorang lagi semak kemudian saling bertukar peranan. Bila murid semak, dia akan alert dengan jawapan rakan. Bila dia yang baca, dia akan alert dengan jawapan sendiri. Membantu untuk hafal sebenarnya.
Kemudian, panggil dua-dua ke hadapan. Seorang-seorang baca. Salah, dua-dua kena hukum. Jadi, mereka hafal sifir bukan untuk diri sendiri sahaja, tapi untuk elak rakan dari dihukum.
4. Latih tubi.
Banyak jenis latih tubi yang ada. Antaranya aku suka buat pertandingan. Rujuk pada gambar, aku panggil seorang murid lelaki dan seorang murid perempuan. Lawanlah siapa cepat dan betul.
Budak-budak ni kalau bertanding kalian faham-faham sahajalah. Teruja dia lain macam sampaikan boleh bergaduh. Tak apa. Yang penting semangat tu mesti ada. Membantu bukan?
Oh ya, kalian juga boleh gunakan latihan mentalis yang aku dah buat tu. Berkesan!
5. 1 hari 1 sifir
Jangan banyak sangat sifir dalam satu hari. Paling banyak 1 sifir untuk 1 hari. Lagi bagus 1 sifir 1 minggu. Jangan 1 tahun 1 sifir dah lah. Lambat!
6. Baca di perhimpunan
Budak-budak ni suka show off. Bagi aku tak salah kalau benda ni boleh bantu mereka untuk hafal sifir. Tapi bila dah janji memang tak boleh buat main. Dimarahnya aku balik sebab tak panggil diorang baca sifir di tapak perhimpunan.
Cuma cara aku, aku akan inform mereka pagi tu tanpa pengetahuan orang lain yang dia akan dipanggil. Aku nak dia bersedia dan tak nak isu memalukan di hadapan nanti.
7. Bakar line
Yang ni paling membantu. Masuk sahaja ke Tahun 6, aku bakar line.
“Murid tahun 3 pun dah hafal sifir 8. Tak kan kamu tak boleh. Mesti boleh!”
Tercabar lah beb. Haha.
Satu hari nanti aku nak buat pertandingan sifir antara kelas. Biar mereka teruja!
8. Pesan
Setiap hari aku tinggalkan pesan akan pentingnya sifir.
Sambil mandi tu, kamu baca lah sifir. Sebelum tidur, baca. Dalam kereta pun boleh baca. Dengan harapan supaya mereka baca sifir dimana pun mereka berada.
9. Rotan
Ini sebagai catalyst dan ianya sangat berkesan. Kalian letak sahaja rotan di sisi. Pasti membantu!
Bila salah jawapan tu, hayunkan sedikit rotan tu. Haha.
Zaman kita dulu-dulu puas dah kena rotan dan marah ni. Hasilnya, sampai sekarang sifir dalam ingatan. Bukan sifir sahaja, tetapi momen disebat juga pasti akan dikenang sampai bila-bila.
Ini antara langkah-langkah yang aku guna. Semoga ianya membantu.
Bagi aku, murid yang dah hafal sifir, dia akan bergerak laju dalam menyelesaikan satu-satu soalan matematik.