Ernie Zakri dan Syamel sambut hari lahir anak, Khawla dah 3 tahun.” Tanggal 22 Februari menjadi tarikh istimewa buat pasangan selebriti Ernie Zakri dan Syamel kerana ia merupakan hari lahir anak sulung mereka, Nur Khawla Soleha, yang kini genap berusia tiga tahun.
Ernie Zakri & Syamel Sambut Hari Lahir Anak, Khawla Dah 3 Tahun
Menerusi perkongsian di Instagram, Ernie memuat naik video kejutan ringkas untuk Khawla. Dalam video tersebut, Ernie dan Syamel menyanyikan lagu selamat hari lahir sambil membawa sebiji cupcake dengan tiga batang lilin di atasnya. Walaupun baru bangun tidur dan dalam keadaan mamai, wajah Khawla tetap menunjukkan keterujaan.
Menurut Ernie, Khawla adalah seorang anak yang pemurah dengan senyuman tetapi mudah merajuk. Gelagatnya sering menceriakan suasana di rumah. Dalam hantaran tersebut, Ernie turut menulis harapan agar Khawla membesar sebagai anak yang solehah.
Ads
Ramai yang menyamakan wajahnya dengan Syamel tetapi perangainya mirip Ernie. Selamat hari lahir buat Nur Khawla Soleha! Semoga membesar dengan sihat dan menjadi anak yang membanggakan ibu dan ayah.
Bahasa yang dilontarkan cukup puitis, apatah lagi bila dia berkata-kata. Sesuai dengan kerjayanya sebagai pengacara dan personaliti televisyen, nama Ahmad Fedtri Yahya, 38 tidak aisng lagi dalam dunia penyiaran.
Selain MHI, bapa kepada empat cahaya mata ini juga bertindak sebagai hos bagi rancangan Soal Rakyat, mengacarakan Jejak Rasul dan Sahabat Backpackers. Selain itu, khidmatnya juga turut digunakan untuk mengacarakan pelbagai majlis.
Di dalam kesibukan sebagai pengacara, anak kelahiran Pantai Remis, Perak ini turut memiliki bakat dalam menulis lirik lagu. Beliau pernah menulis untuk penyanyi terkenal Wany Hasrita, Ernie Zakry & Syamel, Safura, Asfan, Ezad Lazim, Sharifah Zarina, Deja Moss dan ramai lagi.
Biarpun sibuk dengan kerjaya, namun suami kesayangan Nurul Anati Ismail tidak mengabaikan tanggung jawabnya sebagai ketua dalam rumah tangga. Berpeluang menemu bual keluarga bahagia Fedtri baru-baru ini, ternyata dia punya aura tersendiri sebagai ayah dan juga suami.
Rapat dengan Anak perempuan sulung
Malah, anak sulung bernama Indah Sutera Jannah, sangat rapat dengannya. Sesi fotografi terhenti seketika dek kerana anak perempuan Fedtri menangis teresak-esak dan tidak membenarkan jurugambar yang mahu mengambil gambar Fedtri berdua dengan Nurul Anati tanpa kehadiran anak-anak.
Biarpun cuba dipujuk namun gagal sehinggakan Fedtri sendiri terpaksa bertindak memujuk anaknya itu.
“Memang dia sangat rapat dengan ayahnya sampaikan tak boleh nak dekat. Terutama sekali kalau ayahnya dekat dengan saya. Sejak umur 2 tahun lagi, dia memang sangat ‘closed’ sehinggakan ayahnya ada tugasan di luar, dia akan menangis dan meraung. Berbeza dengan adik-adiknya yang lain tak ada masalah,” cerita Nurul Anati lagi.
Kejutan manis
Sementara itu, Fedtri mengakui anak sulungnya yang gemar berfesyen dan menari itu cukup rapat dengannya.
“Indah Sutera memang dari kecil lagi sangat rapat dengan saya. Tak keterlaluan dikatakan dia ‘anak ayah’. Mungkin ketika dia kecil, saya sibuk tugasan luar negara.
“Jadi kesempatan bersama dengan keluarga memang dimanfaatkan sepenuhnya, kami jadi seakrab mungkin. Jadi ikatan tu kuat dan anak-anak sayang. Dengan anak-anak saya sentiasa peluk, belai, buat kejutan manis. Mungkin itu yang membuatkan Indah Sutera jadi rapat dan susah nak berenggang.
“Dalam hal mendidik anak-anak, saya dan isteri sentiasa ada masa untuk berbincang. Walaupun antara kami, saya paling sibuk, kalau tak jumpa kami akan hantar mesej atau call. Termasuklah bab sekolah, tadika dan sebagainya. Biasanya memang kami suka berbincang dalam semua hal.
“Walaupun sentiasa sibuk, tetapi anak-anak dan isteri jadi keutamaan. Biasanya saya akan buat jadual dan pastikan keperluan penting untuk keluarga terjaga. Dalam bab mendidik, saya tak nafikan, isteri memainkan peranan penting dalam semua hal.
“Malah, antara saya dan isteri, dia lebih tegas dengan anak-anak,” ujar Fedtri yang mengakui menjadikan pihak lain sebagai idola terutama yang dilihat sukses dalam soal pendidikan anak-anak.
Suami yang romantik
Sesuai dengan jiwanya yang gemar bersastera, Ahmad Fedtri seorang suami yang romantik. Malah, dia juga gemar menggembirakan isteri dengan melakukan kejutan manis.
“Sebagai suami kita kena tahu mengambil hati pasangan. Memandangkan isteri sudah banyak berkorban menguruskan anak-anak, jadi sesekali apa salahnya kita gembirkan mereka dengan membuat kejutan yang manis atau sesuatu yang di luar jangka. Sebagai contoh, saya balik ke rumah daripada kerja tanpa beritahu awal tapi sudah siap dengan hadiah, urutan setiap kali letih di dapur dan sebagainya.
“Selain itu, saya juga akan bawa isteri dan anak-anak ke hotel untuk berehat. Atau jika ada pengacaraan di hotel, saya biasanya memang akan ambil bilik supaya anak-anak boleh ada bersama. Memandangkan isteri sibuk uruskan anak dan hari-hari sediakan hidangan untuk keluarga, jadi saya juga berikan ‘me time’ untuknya.
“Biasanya ada minggu memang saya tak benarkan isteri masak sebaliknya hanya tempah makanan secara dalam talian,” cerita Fedtri yang menasihati pasangan muda yang berkahwin supaya ada sifat sabar pada tahap yang paling tinggi dan pada masa yang sama cuba cipta kualiti masa dengan keluarga dalam memastikan hubungan sentiasa erat.
Nama anak sentuhan peribadi
Selain Indah Sutera Jannah, pasangan ini juga dikurniakan tiga lagi cahaya mata, Ahmad Willdan Arjuna, Indah Rauvda Inaara dan Ahmad Firaas Mevlana.
Mendengar keunikan nama anak-anaknya, akui Fedtri majoriti dipilihnya sendiri sebab nama anak adalah sentuhan peribadi asalkan maknanya indah dan penuh erti.
“Setiap pilihan nama anak-anak, saya akan pastikan isteri suka dan fahami maknanya. Tetapi untuk nama anak kami yang keempat, Ahmad Firaas Mevlana adalah pilihan isteri saya sendiri,” ujar Fedtri dan Nurul Anati yang berkahwin pada Mei 2011.
Pertemuan pertama kali disebuah masjid akhirnya membawa pasangan ini ke jenjang pelamin.
“Perwatakan dan ciri wanita solehah yang ada pada dia (Nurul Anati) antara sebab kenapa saya terpikat dengannya. Malah, dia wanita yang memenuhi ciri-ciri gadis pilihan saya selain sangat memahami kerja dan kesibukan saya dalam bidang ini. Sehingga kini, dia tak pernah mendesak atau merimaskan saya dengan hal-hal yang remeh,” ujar Fedtri lagi sebelum menutup perbualan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Begitu banyak pengorbanan yang dilakukan oleh seoang ayah kepada anak-anaknya. Sedaya mampu diusahakan untuk pastikan anak-anaknya diberikan keperluan yang secukupnya.
Walau hidupnya dibelenggu dengan kemiskinan, namun demi anak yang dicintai, seorang ayah itu akan bertindak seperti seorang super hero. Boleh lakukan apa sahaja demi anak tercinta.
Begitu juga halnya mengenai kisah yang dipetik daripada daripada Kompas.com berkenaan seorang ayah di Kemboja yang dihimpit kemiskinan, tidak mampu membeli beg sekolah untuk anaknya.
Namun dengan tekun si ayah ini sanggup mengayam beg sekolah yang diperbuat daripada tali rafia untuk diberikan kepada anaknya bagi memudahkan membawa buku-buku sekolah.
Gambar beg sekolah tali rafia buatan bapa seorang murid miskin di Kemboja tular di media sosial kerana dapat diubah kepada tiga jenis bentuk.
Memetik daripada Kompas.com, beg berwarna biru itu dianyam bapa NY Keng, murid Sekolah Rendah Lumpat yang berusia lima tahun.
Keng dilaporkan enggan ke sekolah kerana tidak mempunyai beg dan kerana tiada wang bapanya menganyam beg berkenaan untuk anaknya.
Guru Keng, Sophous Suon memuat naik beberapa keping gambar beg unik itu di Facebook dan status berkenaan dikongsi semula lebih 6,204 kali dengan 1,553 ‘likes’.
Sophous berkata, Keng yang berjalan kaki sejauh tiga kilometer tanpa kasut ke sekolah tidak segan membawa beg itu ke kelas.
Menurut Sophous, murid itu tinggal di Oda Commune Kamrieng yang terletak di daerah Battambang dan keluarganya baru berpindah dari Thailand. Sementara itu, Sophous berkata, Keng tidak begitu berminat untuk belajar kerana masih kecil. Sebaik pulang dari sekolah, kanak-kanak itu akan membantu ibu saudaranya mengembala sapi.
sumber : Kompas.com
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
1. Sentiasa Berasa Cukup
Perbelanjaan sentiasa cukup walaupun rezeki kecil. Masih dapat membeli barang keperluan keluarga dan menyimpan untuk masa depan. Terdapat sesetengah orang walaupun bergaji besar, masih berasa tidak cukup dan mahu lebih daripada sedia ada.
Selain faktor perancangan kewangan, kecukupan wang juga dipengaruhi oleh manusia yang sentiasa mahukan semua dan sering mahukan sesuatu yang lebih. Sedangkan jika diturutkan keinginan manusia, segunung emas pun masih tidak mencukupi.
2. Mudah Solat dan Beribadah
Keberkatan rezeki juga dapat dilihat apabila kita berasa mudah untuk melakukan amal kebaikan seperti solat, sedekah dan ringan untuk membantu orang lain.
Hal ini kerana setiap pendapatan yang diperoleh akan menjadi makanan dan darah daging, lalu membentuk hati kita. Dengan itu jika kita telah terbiasa dengan sesuatu yang baik, maka mudah juga melakukan kebaikan dan berasa takut untuk melakukan kemungkaran.
3. Keluarga Stabil dan Bahagia
Keluarga yang bahagia bermula dengan rezeki yang baik dan berkat. Jika perlakuan ahli keluarga kita baik dan harmoni, juga merupakan petanda akan keberkatan rezeki oleh Allah S.W.T. Pendapatan yang haram seperti hasil makan rasuah hendaklah dielakkan kerana ini boleh menganggu keberkatan rezeki dan kehidupan seharian.
4. Akan Dijauhkan Daripada Bala Allah S.W.T
Apabila seseorang berasa cukup dan tenang dengan rezeki yang diperolehnya, dia akan mudah bersedekah dan tidak berkira-kira untuk memberi kepada orang lain.
Sesungguhnya amalan bersedekah ini bukanlah sesuatu amalan biasa, tetapi amalan yang mampu menolak bencana dan kemurkaan Allah S.W.T. Sabda Nabi S.A.W:
5. Anak-anak Berjaya dan Berakhlak Baik
Rezeki yang berkat, melahirkan insan yang bertakwa dan taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka juga mampu cemerlang dunia dan akhirat, walaupun mungkin tidak menjadi orang terkaya di dunia.
Semua ini adalah kerana rezeki yang berkat yang akan menjadi darah daging dan mengisi hati agar menjadi terang dan tenang. Banyak contoh yang dapat dilihat apabila golongan yang bermasalah mendapat sumber rezeki daripada hasil pendapatan yang haram, judi contohnya.