Saban hari, boleh dikatakan ada sahaja isu ‘penyondol’ dilaporkan. Tidak kira sama ada melibatkan selebriti, pempengaruh malah ianya turut terjadi pada orang biasa.
Paling merisaukan, walaupun banyak kecaman dibuat dan nasihat diberikan kepada ‘orang ketiga’ namun ianya semakin langsung tidak mencuit di hati mereka.
Berkongsi pandangan mengenai perkara ini, penyanyi popular Ernie Zakri mengatakan bahawa beliau mengakui isu-isu sedemikian sudah tentu menakutkan kaum isteri, apatah lagi ia turut terjadi pada rakan-rakan selebriti.
Menurut Ernie, dia sangat berharap agar perkara itu tidak berlaku pada rumah tangganya dan sekiranya terjadi, dia tidak kuat untuk menghadapinya.
“Saya bukan wanita yang kuat untuk menghadapinya. Siapa yang mahu suaminya disondol? Ada satu saat, saya takut nak baca kisah-kisah sebegitu terutama yang terjadi dalam kalangan rakan-rakan artis.
“Saya tidak mahu berada di posisi mereka. Sekiranya berlaku, saya boleh jadi gila dan meroyan. Bahkan, mungkin boleh buat sidang media untuk kongsi tentangnya (penyondol),” katanya.
Walaubagaimanapun, Ernie kagum dengan wanita yang tabah dan kuat menghadapi situasi seperti itu.
“Saya tidak dapat membayangkan keadaan diri jika berhadapan dengan masalah ‘penyondol’, tetapi kagum dengan kekuatan golongan wanita yang diuji dengan gangguan orang ketiga. Tabik dengan kekuatan mereka,” katanya.
Sumber : Kosmo
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club