
Tahniah diucapkan buat pelakon Erin Malek yang telah selamat melahirkan cahaya mata ketiganya pada Isnin di sebuah pusat perubatan.
Menerusi perkongsian suaminya, Farriz Fauzy, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki.
“Alhamdulillah selamat datang ke dunia anak lelakiku,” katanya.
Menerusi entri itu turut dikongsikan sekeping gambar memegang jari si comel yang dinantikan oleh semua.
Paling menarik pastinya tarikh kelahiran yang cukup cantik iaitu pada 11 November.
Terdahulu, Erin dan suaminya Farriz mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2014. Pasangan ini turut dikurniakan dengan sepasang cahaya mata, Mohamed Faliq, 9 dan Nur Aisha yang kini berusia 7 tahun.
Jadi Suri Rumah Pun Boleh Beli Rumah Sendiri, Wanita Ini Kongsi Kejayaan Untuk Berjaya.

Inilah yang dikatakan, nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Bergelar suri rumah bukan alasan untuk tidak berjaya dan mempunyai impian.
Bagi wanita ini, kira-kira tujuh tahun lalu setelah mengambil keputusan untuk tidak bekerjaya, mula merancang hala tuju kehidupannya. Dengan melakukan perniagaan secara atas talian, beliau kini mampu membeli rumah hasil daripada simpanannya sejak bergelar suri rumah.
Kisah inspirasi buat suami. Jangan anggap wanita yang hanya duduk di rumah tidak tahu mencari pendapatan sampingan. Moga jadi panduan buat kita semua.
MULA MERANCANG SETELAH BERGELAR SURI RUMAH
Bila Allah detik pada hati kak tiqa. “ini lah masanya”. Ya.. Kak tiqa pasti dan yakin. Allah dah bagi “green light” untuk kak tiqa. Kak tiqa mula mengira poket. Ya…sudah CUKUP! Kak tiqa pergi sendiri melihat rumah yang masih dalam pembinaan. Lokasi bagus! Harga bagus! Developer bukan calang-calang! Terletaknya di KUALA LUMPUR!
Ok baik.. Langkah diatur.
Bermulalah perjalanan seorang suri rumah membeli rumah. Ya..suri rumah!
7 tahun lalu sejak hari pertama kak tiqa membuat keputusan untuk tidak bekerja.
Kak tiqa sudah mula merancang.
Kak tiqa nak beli satu rumah kecil di Kuala Lumpur. Senang kalau balik kampung di Selangor anak-anak lebih selesa jika ada weekend’s home. Jadi macam mana nak kumpul modal?
PENGURUSAN WANG KENA ADA
Pengurusan wang harus dibuat sebaiknya. Ada duit simpan! Ada duit simpan!
Ada duit simpan! Macam mana nak ada duit? Kita buat bisnes online. Duit untung jangan belanja tapi simpan.
Buat ASBF then dapat dividen jangan usik!
Biar compaund agar hasilnya lebih besar. ASBF sudah masuk tahun ke 8 dan ianya mengajar kak tiqa untuk menabung secara paksa. Dah jadi habit! Tahan juga diri beli sesuatu yang bukan keperluan. (yang ni mencabar ).
Modal membeli rumah ini dan kos renovasi serta dekorasi adalah sepenuhnya hasil bisnes online, pelaburan ASBF dan simpanan. Kalau suami bagi duit.. Simpan! Sebab dah jadi duit kita.. Haha!
CABARAN BISNES ATAS TALIAN
Bisness online ni cabarannya bila pegang phone orang kata kita main henpon.
Padahal kita nak iklan atau nak layan whatsap customer. Lagi stress bila kita tengah deal nak close sale dengan customer, time tu lah anak tarik kaki baju seluar kita sambil nangis. Dan time tu jugak suami kita kata kita main henpon dari tadi!
Ha.. Kau ghase?
Apa pun.. Terima kasih korang yang sudi membeli apa yang kak tiqa jual..
Macam-macam kak tiqa jual Dexandra, periuk belanga, cadar, handbag dan banyak lagi semua korang tapau! Tanpa sedar anda dah bantu seorang surirumah mencapai sebuah impian
FASA AWAL BERGELAR SURI RUMAH
Pada awal menjadi suri rumah. Kak tiqa pernah melalui fasa di mana rasa macam looser.
Ada degree tapi tak bekerja jauh sekali berduit. Hanya lihat kawan-kawan yang bekerja wahh makan tengahari bersama rakan sekerja di restoran mewah. Ade me time!
Pergi shopping balik kerja.Mesti seronok!
Sedang Kak tiqa pula berhempas pulas di rumah menjaga anak. Tapi itu dulu. Sekarang bila anak dah besar sikit kak tiqa dah tak heran pasal semua tu. Malah lebih bersyukur kerana banyak sebenarnya hikmah untuk diri dan keluarga bila kak tiqa tak bekerja di luar.
Tapi ini jalan kak tiqa ye. Lain orang lain hidup dan cabarannya. Percaya pada aturan Allah s.w.t.
RUMAH IDAMAN
Ok berbalik pada perjalanan beli rumah tadi. Ianya tak lah mudah. Ada liku-likunya.
Tapi biarlah kak tiqa simpan yang pahit tu jauh di hati. Selepas setahun menanti..
Akhirnya dapat kunci. Kak tiqa kata dengan suami.
“saya nak deko nampak macam hotel supaya anak-anak rasa macam pergi bercuti dan bukan balik kampung” Haha.. Besar betul angan kak tiqa! Kak tiqa pergilah jumpa ID beberapa ID company tapi iya lah.. Harganya boleh tahan.
Fikir punya fikir.
Wang harus dialir dengan tepat supaya tak bocor dan lebih jimat. Tambahan pula pandemik covid19 menjadikan tahun ini tahun yang mencabar! Jadi kak tiqa decided untuk upah kontraktor buat renovasi ikut citarasa kak tiqa dan selebihnya kak tiqa deco sendiri.
Tak ada 2D 3D drawing. Semua aku bayangkan aje dalam kepala. PKPB agak sukar untuk kak tiqa pergi survey barang secara offline. Anak tak ada orang jaga kalau keluar.
Suami pula kerja. Jadi banyak juga barang dibeli secara online.
So akhirnya.
Inilah hasil renovation dan deco yang kak tiqa buat. Apartment 805sqf
Stress juga sebab kita sorang2 kena deal dengan kontraktor/aircond/wiring/curtain..
Kalau bayar ID semua dia buat tak payah pening.
SURI RUMAH JANGAN TUNGGU LAGI!
Buat suri rumah di luar sana.. Jangan hanya tunggu! Jika anda mahukan sesuatu..
Kejarlah impian anda. Menjadi suri rumah bukanlah alasan untuk tidak boleh mencapai sesuatu matlamat.
Go for it!! Ok lah mari kita menabung lagi untuk next mission!
Dah banyak minggu sepi beriklan sebab busy uruskan rumah baru.
Busy jugak pindah balik Johor sebab suami dah transfer kerja semula ke Johor.
Semoga apa yang kak tiqa cerita ini menjadi inspirasi kepada suri rumah di luar sana.
Tujuan kak tiqa tulis tak lain hanyalah ingin berkongsi pengalaman.
Mungkin bagi sesetengah orang beranggapan ianya hanya cerita biasa.
Tapi bagi sesetengah orang ianyalah boleh menjadi satu motivasi untuk apa saja tujuan dan matlamat untuk dicapai! Jika kita mahukan sesuatu..Kejarlah ia.. berusahalah!
Akhir sekali, terima kasih korang yang sudi baca sampai habis! Panjang gile kot karangan sis.
Semoga Allah mempermudahkan urusan kita semua. InsyaAllah. Hidup bukan hanya untuk kita melihat pada kejayaan seseorang. Tapi bagaimana seseorang itu boleh memberi inspirasi kepada orang lain.
Sumber: Wan Faizatul Atiqah Ismayatim
Berkat Baca Satu Hari Satu Juzuk Al Quran, Pelajar Cemerlang Ni Raih Pelbagai Anugerah Kecemerlangan!

Sebagai ibu ayah sejujurnya kita mengharapkan anak-anak yang menuntut ilmu akan berjaya memperolehi keputusan yang cemerlang dalam setiap peringkat atau sesi pembelajaran mereka.
Sama ada ketika di peringkat sekolah rendah hinggalah ke universiti, setiap kecemerlangan yang diraih oleh setiap anak pasti akan membuatkan ibu ayah rasa bahagia dan tumpang bangga. Sekali gus menjadi inspirasi buat yang lainnya.
Memetik kisah hebat keluarga yang dilaporkan di Sinar Harian ini umpamanya, seorang hafizah yang dikenali sebagai Dr Hanah Alam Faizli, 27 yang berasal dari Shah Alam menerima pelbagai anugerah kecemerlangan Fakulti Perubatan Veterinar, Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Pengkalan Chepa di sini pada Ahad lalu, dianggap cukup luar biasa.
Difahamkan daripada pencapaian kecemerlangan yang diperolehi telah melayakkan Dr Hannah membawa pulang wang tunai keseluruhannya berjumlah RM11,250, sijil dan trofi.
Pencapaian yang diraih adalah Anugerah Kijang Emas (RM5,000), Anugerah Terbaik Projek Tahun Akhir (RM2,000), Anugerah Terbaik Paraklinik (RM1,500), Anugerah Terbaik Latihan Klinikal (RM1,000) Anugerah Kepimpinan (RM1,000) dan Anugerah Kecemerlangan Hill’s Pet Nutrition – Terbaik Peperiksaan Komprehensif (RM750).
Amal Baca Al Quran
Berkongsi rahsia kejayaannya, Dr Hannah berkata, membaca al-Quran pada setiap hari menjadi amalannya di samping memberi tumpuan 100 peratus ketika pembelajaran berlangsung sama ada secara bersemuka atau dalam talian.
Katanya, kejayaan itu bukan sesuatu yang mudah kerana menuntut pengorbanan selama lima tahun atau 10 semesta tempoh pengajian dalam keadaan kekangan
ketika pandemik Covid-19.
“Cuma, amalan saya akan fokus sepenuhnya kepada pensyarah yang ketika mereka mengajar dan mengamalkan bacaan satu juzuk al-Quran pada setiap hari.
“Sesibuk manapun saya akan tetap akan berusaha mencari waktu dan mengaji al-Quran selain berpuasa pada hari peperiksaan berlangsung serta mengamalkan memakan kismis,” katanya ketika ditemui di UMK pada Ahad.
Hadir sama, ibu bapa Dr Hannah yang merupakan, pasangan bekas pensyarah universiti awam, Rohani Abdul Rahman, 62, dan Alam Faizli Mohd Zain,63.
Dr Hannah sebelum itu menerima kesemua penganugerahan itu pada Majlis Ikrar dan Pendaftaran Ikhtisas Kedoktoran Veterinar Fakulti Perubatan Veterinar, UMK di Kampus Kota, Pengkalan Chepa di sini.
Anak kelapan daripada 10 beradik itu sebelum ini turut dinobatkan sebagai penerima Anugerah Pelajaran Diraja UMK dengan pencapaian Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.94 pada Istiadat Konvokesyen UMK kali ke-10 dan 11 di UMK Bachok pada 20 November lalu.
Hannah juga adalah hafizah yang mendapat pendidikan di Maahad Tahfiz Quran Hira, Jeram, Selangor ketika berusia 16 dan 17 tahun pada tahun 2010 serta 2011.
“Ibu bapa adalah pendorong kuat dan tulang belakang yang sentiasa bersama saya semasa berdepan kesukaran dalam pelajaran melengkapkan Ijazah Sarjana Muda Doktor Perubatan Veterinar di UMK.
“Selainnya, dua lagi abang adalah hafiz yang turut membantu serta tujuh lagi adik-beradik berjaya dalam pelajaran turut menjadi pembakar semangat,” katanya.
Minat Haiwan
Mengulas berkait minat terhadap haiwan terutama binatang buas bermula ketika berada di sekolah menengah dan kerap kali menjadi sukarelawan di Zoo Negara Malaysia, Ampang, Selangor.
“Ketika itu, saya dapat mendekati banyak binatang buas untuk memberikan makanan dan sempat memperoleh pengalaman merawat seekor harimau belang betina bernama Pia yang mengalami muntah.
“Saya juga sangat teruja melakukan pemeriksaan kesihatan terhadap singa serta menyimpan hasrat membuka sebuah klinik haiwan pada masa depan,” katanya.
Sumber : Sinar Harian
Baca juga : Sayang Nak Buang Botol, Terus Buat Projek Tanam Sayur Dalam Botol. Hasilnya Tanaman Subur & Mudah Nak Jaga!
“Anak Makan Sampai Licin” Uyaina Arshad Bahagia Anak Pandai Makan Sendiri!

Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad rupanya sudah mendidik anak sulungnya, Raja Urhan untuk makan sendiri biarpun terpaksa reda bila anak makan bersepah.
Tambah Uyaina lagi menerusi perkongsiannya di Instagram, dia bahagia apabila dapat memberikan yang terbaik buat suami dan anak-anaknya lebih-lebih lagi bila melihat anaknya makan dengan cukup berselera setiap kali memasak hasil masakannya di dapur.
Kata ibu kepada dua cahaya mata, Raja Urhan dan Raja Urayyan ini lagi, dia sebolehnya akan memasak jika mempunyai waktu lapang. Semuanya demi kesayangannya, anak-anak dan suami.
“Harini I tak kerja. Buat some grocery shopping sekejap. And terus masak Chicken Soup Spaghetti favourite @rajaurhan extra carrots 🥕
“Happiness is bila suami & anak makan apa yang kita masak sampai habis & sehingga menjilat jari & menghirup mangkuk,” ujarnya.
Menurut Uyaina lagi, dia sebenarnya sudah mendidik anak sulungnya, Raja Urhan untuk makan sendiri di kala usianya setahun. Biarpun terpaksa menahan mata kerana bersepah tetapi dia mahu melatih perkembangan anak sulungnya itu.
“And I memang train Urhan untuk makan sendiri since dia umur setahun.
“Walaupun confirm akan messy, and tumpah sana sini (and kena rajin nak clean up lepas dia habis makan.)
“Nasib baik I’m a Cool Mama 🥶 So I biarkan je. And it’s actually good for his motor skills & coordination 😊 So takpelah bersepah pun,” kongsinya.
Menerusi entri itu juga, Uyaina turut memuat naik gelagat Raja Urhan yang makan dengan cukup berselera sekali.
Terdahulu, Uyaina dan suaminya, Raja Syahiran dikurniakan dua orang cahaya mata, Raja Urhan dan Raja Urayyan.