Enggan Dibawa Tinggal Bersama, Anak Ni Risau Keadaan Ibunya & Mohon Diberi Bantuan!

Share

Umumnya perasaan belas kasihan akan terbit dalam diri kita jika melihat, merasai atau mendengar sesuatu berita yang sedih dan meruntun hati. Apatah lagi bila menyentuh tentang kesusahan yang ditanggung oleh wanita yang berusia.

Ini sebagaimana saat melihat kelibat seorang wanita yang hidup seperti gelandangan dengan berbekalkan dua besen yang sering dilihat  di kawasan perumahan di Paya Bemban, Kota Bahru.

Memetik berita yang dilaporkan Harian Metro, wanita yang dikenali sebagai Masuri Aida Samsuddin, 45, membawa dua besen itu mengandungi pakaian dan barangan peribadi  yang dipercayai mengalami masalah kemurungan dengan menjadikan tanah lapang di sebelah kawasan perumahan itu sebagai tempat dia berteduh.

Tanpa endahkan sesiapa, Masuri Aida akan duduk memerhatikan orang ramai lalu lalang dan sesekali berbual dengan anak tunggalnya, Umie Syafiyah Mohd Noor, 18, yang akan datang menjenguknya setiap hari.

Alami Kemurungan 

Umie Syafiyah berkata, ibunya sudah lama berpisah dengan bapanya dan faktor itu mungkin menjadi punca wanita terbabit mengalami kemurungan sebelum hidup berpindah-randah dan tidak menentu sebegitu.

“Ibu sebelum ini bekerja sebagai kerani di sebuah sekolah namun berhenti kerana masalah kesihatan dan dia juga masih ada keluarga di Pasir Mas.

“Keluarga ibu pernah membawanya tinggal bersama, tapi ibu enggan sebelum memaksa agar menghantarnya semula ke Kota Bharu dan ibu hidup tanpa ada rumah dan merata-rata.

“Sebelum ini, ibu tinggal di rumah abang angkatnya berhampiran, tapi waktu siangnya dia berada di pekarangan rumah dan hanya masuk waktu malam sahaja tanpa sesiapa mengetahui kenapa dia menjadi begitu,” katanya.

Tumpang Berteduh

Difahamkan, sepanjang beberapa bulan lalu, Masuri Aida berteduh di lokasi bersebelahan Sekolah Kebangsaan Islah dan akan membersihkan diri di masjid berhampiran manakala akan melelapkan mata di tempat menunggu bas sekolah.

Umie Syafiyah berkata, ibunya pernah dibawa berubat, tetapi sehingga kini belum menampakkan hasil menyebabkan keluarga wanita itu buntu dan tiada ikhtiar lagi selain membiarkannya seperti itu.

Menurutnya, dia menetap bersama bapanya yang kini sakit di Padang Bongor di sini, dan akan berjalan kaki hampir satu kilometer datang menjenguk ibunya setiap hari.

Katanya, kebimbangan sering bertandang setiap kali mengenangkan keadaan ibunya terutama menjelang malam, tetapi tiada apa mampu dilakukan selain berdoa agar tiada malapetaka menimpa ibunya.

“Ibu bergantung kepada ubat, tapi sudah lama berhenti. Keadaannya masih terkawal cuma adakalanya garang namun dia masih kenal saya.

“Jika sehari tidak datang berjumpanya, dia akan bertanya kerana sudah menjadi rutin harian saya sejak dahulu untuk menjenguknya.

“Saya risau keadaan ibu terutama menjelang malam dan berharap ada pihak dapat tampil membantu dengan membawanya ke mana-mana tempat perlindungan,” katanya.

Sumber : myMetro

KELUARGA INSPIRASI selami perkongsian eksklusif keluarga dan kerjaya daripada figura yang pernah menjadi fenomena Bonda Rozita, Encik Azmi Zainal, Profesor Dr Md Nasir Ibrahim, Datuk Rashid Sidek dan Ustazah Asma Harun.

Saksikan setiap jam 2.30 petang pada 12-16 September 2022 hanya di facebook keluargamagazine. Jangan ketinggalan ok!

ARTIKEL MENARIK : “Di Rumah Auto Jadi Bapak-bapak..”-Isteri Abam Bomba Viral Kongsi Rutin Suami,Tarik Perhatian!

Baca Ini Juga :Hidup Mewah, Rupanya Datuk Lee Chong Wei Buat Macam-macam. Bukan Main Badminton Je Dulu!

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club