Boleh dikatakan setiap rumah pasti ada susu dalam tin untuk minuman atau bahan untuk masakan.
Rasa manisnya memberi rasa nikmat yang enak. Jadi tidak mustahil ada yang akan mengunakan susu pekat manis ini dalam minuman harian.
Namun, disebalik keenakan itu, sebenarnya ia mengundang kesan sampingan kepada kesihatan kita.
Dalam pada itu, sebenarnya susu ini mempunyai pelbagai jenis seperti susu sejat, susu isian sejat, krimer sejat, susu isian peka dan krimer pekat manis. Tak sangka kan, rupanya banyak jenis.
Kisah inpspirasi: “8 Tahun Duduk Rumah Ni Baru Sempat Buat…” Dulu Tempat Bakar Sampah Kini Jadi Ruang Menonton TV, Siap Satu Bulan Masa PKP.
Nak tahu lebih lanjut ikuti perkongsian Dr. Rusyainie Ramli di facebooknya.
‘SUSU’ DALAM TIN?
Tahukah kalian yang krimer pekat manis yang dalam tin yang berbagai jenama yang dijual dengan begitu banyaknya di pasaraya dan kedai runcit tu, BUKAN SUSU?
Kalau kalian lihat labelnya, perkataan pertama dalam senarai kandungannya ialah GULA. Sebab? Krimer pekat manis mengandungi hampir 50% gula!
Krimer pekat manis ni dihasilkan dari minyak tumbuhan, biasanya kelapa sawit dan ia tak ada pun protein susu dari binatang seperti lembu. Dan kerana itulah harganya lebih murah dari susu pekat manis. Rasa lemak berkrim yang seperti susu tu datang dari minyak kelapa sawit tulah.
Dipasarkan sebagai tanpa kolesterol, kita ingat ia bagus. Tapi mana nak ada kolesterol kalau lemaknya datang dari tumbuhan. Kolesterol hanya ada dalam haiwan. Ditambahlah vitamin ke, mineral ke, dalam krimer pekat manis, fakta tentang gula yang begitu banyak masih tak dapat diletak tepi. Vitamin dan mineral tu semua boleh datang dari makanan yang lain kan.
Yang krimer pekat manis nilah yang menjadi salah satu bahan penting dalam teh tarik. Kalori dalam 1 cawan teh tarik kecil pun dah 140kcal, kerana kandungan gulanya yang sangat tinggi.
Sekarang dah tahu kan yang krimer pekat manis tu gulanya menimbun, maka buatlah keputusan sendiri.
Keluarga inspirasi: PKP Tukang Tak Boleh Datang, Suami Buat Sendiri Kabinet Dapur. Belajar Di Youtube, Jimat RM1000!
SEBAB TU PENTING BACA NAMA PRODUK sebelum beli.
Di pasaran ada juga SUSU PEKAT MANIS. Yang ni memang susu dari sumber binatang, biasanya lembulah. Ia ada protein susu. Penuh berkrim tu sebab ada lemak susu. Susu ni melalui proses pemekatan, di mana kandungan airnya disejat dan lepas tu ditambah gula. Malang sekali, kandungan gula tu jauh lebih tinggi dari susu tu sendiri untuk bagi rasa yang manis.
Kalau ada kat label SUSU PEKAT MANIS PENUH KRIM tu bermakna, susu tu dah ditambah lemak susu. Lemak susu tu datang dari proses penghomogenan susu.
Kalau dibandingkan, secara logiknya susu pekat manis penuh krim tu memang rasanya lebih sedap tapi dahlah ada gula, tambah lemak susu lagi hampir 10%. Aduh. Seram ok.
Sama macam krimer pekat manis, kalau dilihat di label isi kandungan, gula adalah bahan paling utama. Jadi, pandai-pandailah fikir bila nak bubuh dalam makanan dan minuman kita.
Susu pekat manis ni susah nak jumpa kat negara kita. Saya tak pasti kalau pasaraya premium macam Village Grocer, SAM Groceria atau Jaya Grocer ada dijual. Secara peribadi, krimer atau sus pekat manis memang tak ada dalam rumah saya.
Krimer sejat bukan susu
KRIMER SEJAT tu pun bukan susu. Macam krimer pekat manis, ia adalah produk dari minyak tumbuhan yang diproses menjadi seakan bentuk rupa susu. Ia lebih cair dan rasanya kurang manis. Ia banyak digunakan dalam sajian manis dalam masakan.
Krimer ni boleh dijadikan dalam bentuk serbuk. Yang nilah banyak digunakan dalam minuman 3 dalam 1, bubble tea yang sekarang tengah in-trend atau sesetengah ‘susu’ kambing sunnah yang sebenarnya punah yang banyak dijual di toko jamu.
Susu sejat
SUSU SEJAT tu pula bermaksud, susu dari haiwan, yang melalui proses penyejatan supaya kandungan air dari susu tu jadi sikit, dan susu tu lagi pekat. Yang ni tak ada tambahan gula.
Susu isian
Kalau nampak perkataan SUSU ISIAN, biasanya dijual sebagai susu isian sejat, bermakna susu dah melalui proses untuk buang lemaknya dan diganti lemak tu dengan lemak minyak tumbuhan. Selalunya minyak sawit. Jadi SUSU ISIAN SEJAT yang kalau kita nampak kat kedai tu, tulah maknanya.
Semak dulu kandungan nutrisi sebelum beli.
Yang penting, semak kandungan nutrisi sebelum beli. Rasanya saya dah merangkumi semua jenis ‘susu’ dalam tin. Sekarang dah ada ilmu, silakan amalkannya dan buatlah pilihan yang bijak, pandai dan cerdik. Kalau tanya saya, elakkan lagi baik. Sekali sekala boleh la buang kempunan.
Sumber: Rusyainie Ramli
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club