Boleh dikatakan setiap rumah pasti ada susu dalam tin untuk minuman atau bahan untuk masakan.
Rasa manisnya memberi rasa nikmat yang enak. Jadi tidak mustahil ada yang akan mengunakan susu pekat manis ini dalam minuman harian.
Namun, disebalik keenakan itu, sebenarnya ia mengundang kesan sampingan kepada kesihatan kita.
Dalam pada itu, sebenarnya susu ini mempunyai pelbagai jenis seperti susu sejat, susu isian sejat, krimer sejat, susu isian peka dan krimer pekat manis. Tak sangka kan, rupanya banyak jenis.
Nak tahu lebih lanjut ikuti perkongsian Dr. Rusyainie Ramli di facebooknya.
‘SUSU’ DALAM TIN? Tahukah kalian yang krimer pekat manis yang dalam tin yang berbagai jenama yang dijual dengan begitu banyaknya di pasaraya dan kedai runcit tu, BUKAN SUSU? Kalau kalian lihat labelnya, perkataan pertama dalam senarai kandungannya ialah GULA. Sebab? Krimer pekat manis mengandungi hampir 50% gula!
Krimer pekat manis ni dihasilkan dari minyak tumbuhan, biasanya kelapa sawit dan ia tak ada pun protein susu dari binatang seperti lembu. Dan kerana itulah harganya lebih murah dari susu pekat manis. Rasa lemak berkrim yang seperti susu tu datang dari minyak kelapa sawit tulah.
Dipasarkan sebagai tanpa kolesterol, kita ingat ia bagus. Tapi mana nak ada kolesterol kalau lemaknya datang dari tumbuhan. Kolesterol hanya ada dalam haiwan. Ditambahlah vitamin ke, mineral ke, dalam krimer pekat manis, fakta tentang gula yang begitu banyak masih tak dapat diletak tepi. Vitamin dan mineral tu semua boleh datang dari makanan yang lain kan.
Yang krimer pekat manis nilah yang menjadi salah satu bahan penting dalam teh tarik. Kalori dalam 1 cawan teh tarik kecil pun dah 140kcal, kerana kandungan gulanya yang sangat tinggi.
Ads
Sekarang dah tahu kan yang krimer pekat manis tu gulanya menimbun, maka buatlah keputusan sendiri.
Di pasaran ada juga SUSU PEKAT MANIS. Yang ni memang susu dari sumber binatang, biasanya lembulah. Ia ada protein susu. Penuh berkrim tu sebab ada lemak susu. Susu ni melalui proses pemekatan, di mana kandungan airnya disejat dan lepas tu ditambah gula. Malang sekali, kandungan gula tu jauh lebih tinggi dari susu tu sendiri untuk bagi rasa yang manis.
Kalau ada kat label SUSU PEKAT MANIS PENUH KRIM tu bermakna, susu tu dah ditambah lemak susu. Lemak susu tu datang dari proses penghomogenan susu. Susu ni kan kandungannya ada air dan lemak. Kalau tak buat proses ni, susu akan terpisah sebab lemak tak larut dalam air. Penghomogenan akan pecahkan lemak kepada molekul yang jauh lebih kecil dan hasilnya, lemak lebih baik penyebarannya dalam susu. Masa proses tulah ada lemak yang terapung kat permukaan susu. Yang tulah dimasukkan dalam susu yang dilabel penuh krim.
Ads
Kalau dibandingkan, secara logiknya susu pekat manis penuh krim tu memang rasanya lebih sedap tapi dahlah ada gula, tambah lemak susu lagi hampir 10%. Aduh. Seram ok. Sama macam krimer pekat manis, kalau dilihat di label isi kandungan, gula adalah bahan paling utama. Jadi, pandai-pandailah fikir bila nak bubuh dalam makanan dan minuman kita.
Susu pekat manis ni susah nak jumpa kat negara kita. Saya tak pasti kalau pasaraya premium macam Village Grocer, SAM Groceria atau Jaya Grocer ada dijual. Secara peribadi, krimer atau sus pekat manis memang tak ada dalam rumah saya.
Krimer sejat bukan susu
KRIMER SEJAT tu pun bukan susu. Macam krimer pekat manis, ia adalah produk dari minyak tumbuhan yang diproses menjadi seakan bentuk rupa susu. Ia lebih cair dan rasanya kurang manis. Ia banyak digunakan dalam sajian manis dalam masakan. Krimer ni boleh dijadikan dalam bentuk serbuk. Yang nilah banyak digunakan dalam minuman 3 dalam 1, bubble tea yang sekarang tengah in-trend atau sesetengah ‘susu’ kambing sunnah yang sebenarnya punah yang banyak dijual di toko jamu.
Susu sejat
Ads
SUSU SEJAT tu pula bermaksud, susu dari haiwan, yang melalui proses penyejatan supaya kandungan air dari susu tu jadi sikit, dan susu tu lagi pekat. Yang ni tak ada tambahan gula.
Susu isian
Kalau nampak perkataan SUSU ISIAN, biasanya dijual sebagai susu isian sejat, bermakna susu dah melalui proses untuk buang lemaknya dan diganti lemak tu dengan lemak minyak tumbuhan. Selalunya minyak sawit. Jadi SUSU ISIAN SEJAT yang kalau kita nampak kat kedai tu, tulah maknanya.
Semak dulu kandungan nutrisi sebelum beli.
Yang penting, semak kandungan nutrisi sebelum beli. Rasanya saya dah merangkumi semua jenis ‘susu’ dalam tin. Sekarang dah ada ilmu, silakan amalkannya dan buatlah pilihan yang bijak, pandai dan cerdik. Kalau tanya saya, elakkan lagi baik. Sekali sekala boleh la buang kempunan.
Sedapnya tak boleh bawa bincang. Kalau ibu-ibu suka colek atau pencicah jenis serbuk, inilah resipi mudah tapi terangkat yang boleh dicuba sendiri di rumah. Makan pula dengan mangga muda memang sesuai sangat ni.
Rasanya yang pedas, manis dan masin memang kecur liur. Cara buat Serbuk Colek ini dikongsikan oleh Mak Hazs menerusi facebook. Kalau ibu-ibu nak cuba, bolehlah tengok resipi ini. Cukup mudah, guna 4 bahan je.
Sangai semua bahan2 kecuali gula. dah garing semua bahan2 tu… sejukan dan bland kering..
kalau ikut resepi asal bland sekali dng gula.. tapi saya guna gula pasir yg halus tu.. terus campur bahan bland tu dng gula dalam bekas asing dan gaul sebati…
*add on garam kalau x cukup masin
*boleh lebihkan cili kering jika suka tahap kepedasan yg lebih
*yang paling penting pastikan bahan2 sengai tu sejuk dahulu baru bland.. kalau tak nanti x cantik kejadiannya…
Jom sertai pertandingan Pilihan Keluarga Bulan Ini. Caraya mudah, klik sahaja link INI atau imbas QR code yang ada di poster. Hadiah menarik menanti anda!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Jodoh itu rahsia Allah, tiada siapa yang tahu. Begitu juga kisahnya buat pasangan ini yang selepas 21 tahun bercerai, namun siapa sangka jodoh mereka sangat kuat apabila bertaut kembali sebagai pasangan suami isteri buat kali kedua.
2002 Bawa Haluan Sendiri
Ikatan perkahwinan pertama dibina Hawazalina Mohd Othman, 46, dan Mohd Ezwani Ahmad Nazeri, 45, selama dua tahun terlerai pada Jun 2002 sebelum masing-masing membawa haluan sendiri.
Kisah mereka mendapat perhatian di TikTok apabila Hawazalina yang mengambil tempahan dan mengajar seni mengait berkongsi video di akaun sosial itu, baru-baru ini.
Hawazalina berkata, selepas berpisah mereka berkahwin lain dengan pasangan masing-masing, namun perkahwinan itu tidak bertahan lama.
Menurutnya, sepanjang perpisahan selama hampir 21 tahun, mereka tidak pernah berhubung atau bertemu kerana sudah mempunyai hidup sendiri.
“Saya berkahwin dengan bekas suami kedua pada 2008 sebelum berpisah pada 2019 dan kami mempunyai tiga anak, manakala suami pula berkahwin bersama bekas isteri keduanya pada 2007.
“Suami kemudian berpisah dengan isterinya pada 2018 serta turut mempunyai tiga anak dan kami tidak pernah berhubung ketika itu,” katanya yang tinggal di Kampung Jawa, di sini, ketika dihubungi, baru-baru ini.
Hawazalina berkata, hubungannya dengan suami kembali terjalin pada 22 Februari lalu iaitu dua hari selepas ibunya meninggal dunia apabila Mohd Ezwani mengucapkan takziah di hantaran Facebook (FB) selepas diberitahu rakan mereka.
“Pada mulanya saya tidak mengecam wajah suami sebab susah terlalu lama tak berjumpa dan wajahnya juga sudah berubah sehingga adik saya yang mengecamnya.
“Suami kemudian mahu menjadi rakan di FB dan sejak itu kami mula berhubung dan ketika itulah kami baru tahu kisah masing-masing.
“Suami kemudiannya cakap, kenapa tidak kami bersatu kembali dan saya bersetuju dengannya,” katanya.
Setuju Perkahwinan Semula
Katanya, dia tidak mengambil masa lama untuk bersetuju kerana mengakui percaya dan yakin bahawa Mohd Ezwani mampu menjaganya hingga ke akhir hayat selain perpisahan sebelum ini bukan kerana mereka mempunyai masalah.
“Perpisahan kami sebelum ini kerana faktor sangat peribadi, tetapi sepanjang perkahwinan kami sebelum ini suami seorang yang baik dan bertanggungjawab. Saya percaya suami masih sama seperti 21 tahun lalu.
“Semua anak dan keluarga kami juga menerima keputusan (perkahwinan semula) ini. Sejujurnya memang agak kekok kerana sudah lama tidak bertemu, tetapi apa yang saya harapkan perkahwinan semula ini akan kekal selamanya hingga akhir hayat kami,” katanya.
“Orang nak RM100,000 kita tak jual, jual tak ada untung simpan tak ada rugi,” luah penjual pokok keladi hiasan di dalam video yang dikongsikan di aplikasi TikTok milik @pemburujanda8339.
Video berdurasi 32 saat itu telah menarik perhatian warganet berkenaan harga pokok keladi tersebut.
Menurut penjual, dia ditawarkan oleh seorang pembeli yang ingin membeli pokok keladi miliknya jenis Guine 916 Gold dengan harga kira-kira RM100,000.
Bagaimanapun katanya, dia tidak akan menjual keladi kesayangannya itu kerana ingin membiakkan bakanya. Jadi bolehlah peminat keladi membeli anak-anak keladi yang ada dan ini difikirkan lebih menguntungkan baginya.
“Kita simpan untuk jual anak (benih), benih ini sahaja pun RM3,000 hingga RM4,000,” jelas penjual itu.
Menyedari harganya yang begitu bernilai, peniaga ini juga dilihat terpaksa merantai setiap pokok keladi yang ada kerana bimbang dicuri orang.
Susulan perkongsian video daripada lekaki ini, rata-rata netizen terkejut dengan harga keladi terbabit yang hampir menyamai harga sebuah Proton X70.
“Harga dia (keladi) dah boleh beli Proton X70 baharu dengan spesifikasi tinggi. Tetapi hobi orang berlainan, ada yang sanggup beli demi hobi,” kata Hajar Abdullah.
Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Guzs’s, ujarnya, “Dekat Selangor pun dah ramai bela keladi, ramai dah main. Ribu-ribu deap jual.”
Musim raya ni, selain biskut dan kek, pencuci mulut sejuk-sejuk pun mesti ada kan? Lagi-lagi kalau ada budak-budak kat rumah confirm mereka suka yang...