Empat Sekeluarga ‘Pergi’ Bersama, Rumah Dihiasi Lukisan & Permainan Anak-anak. Undang Sebak!

Share

Susulan penemuan empat beranak yang menjadi mangsa di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Batang Kali, suasana pilu menyelubungi keluarga waris di Taman Machap Indah , Alor Gajah apabila jasad anak beranak iaitu mendiang Lai  Chee Sam dan isteri, Lai See Tin bersama dua anak mereka iaitu Giselle Lai Yu Xi,6 dan Jonas Lai Ze Kai,2 di bawa ‘pulang’ ke rumah mereka.

Ruang Dihiasi Lukisan Anak-anak

Meninjau laporan di China Press turut dikongsikan beberapa keping gambar ruangan perletakkan keranda yang bukan sahaja dihiasi dengan potret mendiang sekeluarga.

Malah lebih menyentuh hati wargamaya apabila turut dapat melihat ruangan tersebut dihiasi dengan lukisan-lukisan dan alat permainan dua beradik tersebut bagi memperingati mereka.

Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP 

 

Difahamkan hampir 50 ahli keluarga dan penduduk sekitar serta Ketua Polis Daerah Alor Gajah turut hadir memberi penghormatan terakhir buat keluarga ini.

 

Tak Dapat Nak Bayang Satu Keluarga Tertimbus Sekali

Susulan permergian emat sekeluarga itu, ruangan komen di media sosial dibanjiri dengan ucapan takziah daripada wargamaya tanpa mengira kaum dan agama.

Meskipun berkongsi rasa  kedukaan dan kesedihan yang dirasai, mereka juga turut luahkan rasa syukur sekurang-kurangnya kesemua ahli keluarga Lai berjaya dijumpai oleh pihak berkuasa di lokasi tanah runtuhan tersebut.

“walaupn berlainan bangsa kami tetap sedih..mengalir air mata..”

“Takdpt bayangkn mcm mana dorg yg trtimbus tu fight nk bernafas. Yg kanak2 lagi. Kecik lagi.. Sedih nyaa 😭😭”

“Maknanye yg jumpe 4 terus tu yg ni ke…😭😭😭😭… Sedihnye…”

“takziah pda keluarga dua belah pihak kehilangan yg tiada gantinya…hencem,isteri n anak2 nya cantik”

“Takziah…seluruh rakyat Malaysia semua berduka,” ini antara komen-komen warganet.

Sumber : Bernama, China Press & TikTok @leeana_shop2

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club